Darling dah balik dari bercuti .... with a lot of surprise for me. Terkejut ai. Hehe. Darling cakap, ada lagi untuk me yang dihantar balik via 'Air Freight and inside the Contena'. Terkejut ai lagi sekali. Hehehe. Dari London ke Paris dari Paris ke Scotland .. pergi satu beg .. pulangnya berbeg-beg ~ 21kg excess luggage dia akhirnya and instead of excess luggage tu terbang bersama dia dan bayar penalti lebih RM5,000 kepada Syarikat Penerbangan Malaysia, dia 'air freight dan Kontena' benda-benda tu dan dia hanya bayar RM1,000 sahaja. Bijak my Darling.
Tiap pemberian .. tak kira kecik besar .. wajib dihargai. Tak cukup dengan ucapan Terima Kasih .. Entry Penghargaan ini khas untuk mereka. Dalam waktu yang sama kita setuju dengan komen Kakcik Seroja di blog kita baru-baru ini ~ Persahabatan Ikhlas Tidak Diukur Dengan Kebendaan. Betul Kakcik. Kita tak boleh ukur kasih sayang seorang sahabat melalui pemberian tapi ukurlah dengan kesetiaan. Bertuahnya daku kerana punya teman setia seperti Darling yang kita kenal dari zaman hingusan. Zaman balas surat cinta pakwe (itu kerja Darling), dari zaman Zaila Gonjeng*hahaha*, dari zaman pakai baju kurung kain banjir gi sekolah pastu lari sana sini takut ditangkap Ustazah. KahKahkah. Oh My .. kenangan .. mana la boleh kita lupakan. Umur belasan kami tinggalkan dengan seribu kenangan dan melangkah ke 40an dengan memasang impian .. Moga Hingga Hujung Nyawa Persahabatan dan Kasih Sayang Kita.
A Day Out With Darling ~ Makan berdua .. minum nya macam berenam. Cuaca panas camni memang kena minum banyak air. Haussss sokmo tekak mahu air lagi .. lagi dan lagi. Dari tengahari sampai ke petang .. barulah kita pulang itupun setelah betul-betul penat dan perut tak larat. Hehehe.
23 comments:
Wahhh... Meriahnya... KC, tunjuklah isi didalamnya.. Nak jugak tengok..
kalau dpt kwn yg mcm ni mmg bonus KC...
ssh nk cr kwn yg betul2 baik...mmg kt xmgharapkan apa2...
@ Pinky .. betul tu. Kita tk mghrpkan kebendaan dlm hubungan tp kwn KC yg ni mmg special .. mgkn sbb dh kwn dr kecik, kan so mmg kenal hati budi masing2 sgt2.
@Mooniqueen .. Dust beg je yg mampu KC tunjuk, dik. Hehehe.
Benar, bukan saiz dan nilai jadi ukuran. Yang penting adalah tanda ingatan yang bersulamkan kasih sayang. :)
seronoknya ada darling macam ni...
moga persahabatan uols kekal dan mesra sepanjang hayat nokkk....!
ahhh.. pagi ni banyak baca entry yg touching le..
rasa nak menitik ayor mata aje nih!
moh la nk tgk barang apa yg KC dpt tu..
assalam KC.. betul persahabatan sejati tak bolih dijual beli..beruntung KC punya teman spt `darling`..
wah.. kena sayang darling lebih ni.. he..he.. tp betullah kakchik, harga sebuah persahabatan itu lebih tinggi dari segala barangan yg ada.. semoga persahabtan yg terjalin terus diberkati...
bukan senang nak cari sahabat sejati kan KC...kawan tu ramai, tapi nak cari yg boleh bersama kita susah senang mmg payah...
beruntung KC ada darling yg best ni...
:)
aduiiii.. best nya hadiah.. nakkkkk..
meriahnya...siyes jeles!!!
seronok dapat kawan macam nie kan
yang setia dengan kita susah & senang :)
bestnya.. macam2 dapat.. untungnya kalau kita ikhlas berkawan kan..
wah..
nak tengok isinya!!
alahai..saya ingat betul2 'darling' yang itu tadi...hehehe..maklum la pembaca baru kat sini..hehe.
moga persahabatan u all kekal ke akhir hayat...macam ni la bagus..:-)
tahniah-tahniah. beg beranak-pinak n bercucu-cicit penuh ole-ole, memang beruntunglah.
Mak aiii..21kg excess luggage ! heheheh..
Sahabat/jiran yang baik, ialah rahmat Allah.. ;)
setuju dengan Daddy. bukan semua bernasib baik macam kakchik..dikelilingi sahabat yg baik2.
wah..best gle sis!hee
waaaa best tuu
Syukur la ad kawan camtu..
jum tgk cakes!
haaaaa... KC, adakah itu kak pita????? omg keciknya dunia ni. itu cousin hubby i.. =)
Post a Comment