Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

Kakak Cool Bukan Calang-Calang Orang

Pepatah Orang Puteh yang mengatakan 'Dont Judge The Book By It Cover' adalah benar. Sangat-sangat benar.

Kakak Cool ~ Salah seorang kawan rapat saya. Percaya tak Kakak Cool bukan calang-calang orang? Dia bijak, very smart. Cuba tanya dia apa sahaja .. baik pengetahuan am mahupun 'expertise' dia. Saya kagum. Saya kagum jumpa orang secerdik dia. Dia cool ..  susah nak tengok dia marah. Dia positif .. susah nak tengok dia bersedih atau berduka walau se negatif mana pun berita yang dia terima. Dia bijak dan very smart kerana dia rajin membaca. Percaya tak dia baca suratkhabar wall to wall .. pages by pages .. tak cukup dengan itu, dia jugak rajin membaca 'online'. Saya suka borak dengan dia. Kalau isu keagamaan, tanya lah dia tentang Sejarah Nabi .. tentang Mother Theresa, tentang Gauthama Buddha .. dia boleh kupas isu-isu tersebut. Dari segi kecantikan .. tanyalah dia tentang Sejarah Martha Tilaar .. sapa pengasasnya dan bagaimana cara Pengasasnya membina empayar.  Penggemar kopi seperti saya, tanyalah dia tentang Asal usul Kopi terbaik di dunia .. Dia tau semua. Saya impress. Saya dah lama kagum dengan dia. Tapi sayang .. sikap 'low profile' serta rendah diri Kakak Cool menyebabkan ramai yang tak tau kehebatan dia tapi bak kata Kakak Cool .. tujuan membaca untuk menambah dan berkongsi ilmu dengan yang sudi *saya la tu* bukan untuk menaikkan atau menunjuk kehebatan diri. Hmmm .. saya kagum lagi sekali.

OK lah kawan-kawan. Sekian Entry berkongsi cerita tentang Kakak Cool yang bukan calang-calang orang di mata saya. Terima Kasih baca ye. 

By the way, gambar saya dengan Kakak Cool tu diambil tahun 2009, masa saya 'celebrate' birthday dia di Bora Asmara bersama Aiman. Rindulah nak celebrate birthday dengan 'Live Band' kat situ. 


18 comments:

Pok Amai-Amai said...

Org yg byk membaca mmg berpengetahuan segala. KC, kakak cool tak de blog eh?

bujal X said...

kakak kool takde blog?

kakcik said...

Orangnya nampak 'simple' tapi luas pengetahuannya ya. :)

miloais milo said...

dah orang yg bertanya soalan yg sama...
and now jadik 3 orang termasuk iols...

-gedek! said...

Eh! Kamu pakai spek, comel!

(uncle pon layan live band)

pena rozie said...

hebat la. Ye la die x de blog ke???? kalau tak de srh die buat la...

diana said...

wanita hebat...
itu kelebihan orang yang suka membaca..:)

PUTUBAMBU said...

best betul ada kawan seperti kakak cool ni..

a'ah..dia takde blog ke?
kalau tidak..boleh le gi intai2 sikit.. hehehe

wahida said...

bukan mudah nak jumpa org mcm tu...

very knowledgable!!

Nanie@NMS said...

Salam KC,

Mudanya kakak cool tuh

Good for you for having such a knowledgeable friend

Mama Likha said...

lain kc ikat rmbut hehe

..::SangRatoo::.. said...

seronok kan ada kawan yg mcm tu dikalangan kite..

anyway..gambar KC dulu dgn gambar skrg tak banyak beza..mentenggg gitu :)

Daddy Ziyyad said...

Memang cool lah kakak cool itu! ;)

Best ke makan kat Bora Ombak ni? Plan nak buat anniversary dinner kat sini ;)

kak ina kl said...

akak setuju...klu tgk airmuka tak tentu lagi orangnya macamana..cam akak orang kata muka garang kan..tapi sebenarnya....ah malu nak puji diri sendiri

amboi bergetah geng the pink class tu ek

Mooniqueen said...

KC, kirim salam saya pada kakak cool tu ye...teringin nak mengenali kakak cool yang sangat hebat di mata saya..

Irfa said...

suhlah kakak cool tulis blog ;)
saya pun kagum dgn orang yg banyak info ni

eni said...

dia tak ada blog ke...suruh dia buat nanti...kakak cool ni ikut resmi padi ...makin berisi makin tunduk....(^_^)
..dah follow ella dan linkkan...tq..

Hidayah Bach said...

ermmm..

sekali pandang orangnya pun mmg ada gaya cikgu..

:)