Sure? Unsure?

Wednesday, June 20, 2012

Dalam usia semuda 18 .. i keja dengan Lawyer. Femess oooo dia. Ada sekali tu, nama dia disebut satu dunia .. sebab dia handle antara Kes Terfemes di Negara kita.

One thing yang i like and appreciate about my working life ialah ~ Peluang bekerja dengan bermacam orang dan berbagai bidang. Bila kerja dengan Lawyer, i learned not to talk too much. Paling kelakar i kena belajar buat Nescafe sebab bila Tea Lady tak ada .. i as a Junior Clerk kena buat kopi untuk dia. Bayangkan, umur baru 18 .. kurus keding .. baru nak belajar pakai kasut tumit tinggi jalan pun tergolek-golek .. melayang-layang badan .. pegi keja naik bas Sri Jaya No. 38 sejam satu berhenti kat Kelab Lumba Kuda Jalan Ampang*sekarang dah jadi KLCC* Kita ni Mama sokmo bagi minum Teh O .. jarang sangat la minum Nescafe .... tiba-tiba disuruh buat air.

Elaaaaaaa ... ni Nescafe ke Susu? Cam tu la dia jerit. Satu opis dengar. Malu. Tapi tak pe. Sebab opis tu tak la sebesar mana*paling kuat Si Lingam dan Kak Zarina je gelakkan aku*

My Boss is a Litigation Lawyer. Kang dah dekat-dekat nak gi Court, dia kelam kabut. Dah sampai pintu .. Elaaaa .. Kot ai mana? Ya Rabbi .. dia ni*dalam hati* Kelam kabut lari masuk bilik dia ambek kot pastu Nah Boss.

Satu lagi 'habit' dia .. dia suka datang awal pagi. Kita datang je lampu bilik dia dah terang. Dia duduk kat kerusi, tangan kat dahi .. belek buku rujukan tebal-tebal. Jangan la kau berani kacau .. setakat wish Good Morning dah.  Jangan nak terlebih peramah.

Satu pelajaran paling berharga yang ai learned here ialah .. Just mentioned things that you are very sure. Nama pun Lawyer, kan .. kalau kat Court kita sebut benda yang kita Unsure .. harus kena jerit "Objection"!! Dan kerana profession dia sebagai Lawyer yang senior .. dia je la yang bercakap. Kita cakap bila ditanya je. Tak pe .. Muda lagi masa tu .. baru 18 tahun .. bukan pandai menyembang pun.

I think my first working experience in a Lawyer Firm has given a big impact on my personality. Patut la i suka buat detail entry .. writing facts that i am very sure. Pengalaman membentuk peribadi kita rupanya, kan.

*tak penah lagi kerja dengan Doktor. Camna gamaknya ye Dr. Hanie? Dr. Faiz? Hehehe*



You Might Also Like

16 comments

Follow by Email

Like My Facebook

https://www.facebook.com/norzaila.ismail