Can U Stay With Me Tonight?

Wednesday, June 20, 2012

Nak sambung cerita Pengalaman Kerja ~ Kalau haritu Tuan Lawyer, kali ni Sales Manager. Ofisnya besar .. ramai pekerja tapi suasana tetap sama ~ kelam kabut. Haihhh .. sokmo dapat Boss macam tu. Dah la kelam kabut .. panas baran pulak tu .. kerja dia tak da lain .. menjerit je. Dah la jerit macam Tarzan, satu ofis dengar .. buat malu je.  Bila tahap malu tu dah melampau  .. kita balas balik dengan jeritan Ala-Ala "Jane". Ambek kau. Satu ofis dengar. Pastu diaorang cakap "Ng gaduh dengan Secretary dia la tu". Hehehe. Biasa.

Double sebal bila tengah-tengah gaduh tu dia tanya "Ella .. Can U Stay With me Tonight?". Anoyying .. Menyampah gila kita dengar. Geramnyaaaa ... Jap. Jangan salah faham ye. Cerita belum habis lagi.

Alkisahnya, this big Multinational Company ialah Hospital Equipment Supplier. Bukan mesin kecik-kecik tapi mesin besar macam 'MRI machine, X-Ray, CT Scan machine'. Pengeluar Machine kat German so bila masuk tender, harga tender akan dapat dikenalpasti hanya di saat akhir sebab nak 'apply exchange rate the day the tender close'. Pastu Boss kita ni ada masanya pendirian tak tetap. Jap-jap dia nak quote machine ni .. jap-jap machine tu. Senangnya kau .. yang susahnya daku .. Secretary kau ni ha. Satu tender kena hantar 7 salinan, A3 saiz. Salah satu, sume kena buat balik, sain balik. Terkedek-kedek kita call Tan Sri mintak datang dan 'sign' Tender tu lagi sekali. Sib baik Tan Sri tu ok. Kalau dia terpaksa sign borang kosong, paling kuat pun dia cakap "Tak pe Ella, You jangan tulis I Owe U dah". Baik kau .. baik sungguh Tan Sri tu. Cakap lemah lembut .. tinggi budi bahasa pulak tu*Terkenang budi bahasa dia sampai sekarang*

Lagi 2, 3 hari nak tutup tender, masa ni lah akan terkeluar kata-kata ~ Ella, can u stay with me tonight? We got to finish this fast. We are running out of time*sambil buat muka kesian*. Ya Rabbiiii Menyampah nya bila Ng buat muka camtu. Tapi apa kan daya .. Sedar diri bahawa "Saya Yang Menurut Perintah" .. haruslah kerja sampai tengah malam walau tak dibayar 'Overtime". Ada sekali tu Bulan Puasa .. amboi kauuu .. boleh pulak dia terlupa belikan makanan. Bila tengok kita buka puasa makan Biskut Lemak cicah Milo .. dia buat muka 'innocent' sambil cakap .. Eh .. Buka puasa time already ah? Aiyoo i forgot to order food lah. Tak payah la Ng .. i dah makan*dlm hati bengang* Dah la puasa .. staff dah ramai balik .. aircond ofis 'centralised' tak boleh 'adjust' .. umur baru 21-22 tahun masa tu .. terbayang bukak puasa kat rumah ramai-ramai .. masakan sedap Mama. Bengang. Sebal. Triple sebal kat Ng masa ni. Esoknya bila kena stay lagi dia tak lupa dah. Dapatlah kita berbuka lah dengan KFC dan bukan Milo lagi*hepi*

OK. Tu satu cerita. Sales Department ni kan, skop kerja dia termasuklah arrange After Sales Service. Bila Tender berjaya, kena liase dengan Technical Dept .. kena hantar Radiographer gi Kursus kat Germany. Tu sume termasuk dalam skop kerja kita. Internet tak da ,, telefon je. Kena lah lagi daku kerja sampai malam .. nak tepon orang Jerman bukan boleh siang-siang. Aduhaiii .. berat 40kg masa tu ada masanya susut sampai 38kg. Tiang letrik tu lagi seksi dari aku. Hehehe.

Tu belum Ng mengada. Gi appointment kat Hospital nak bawak Secretary. Tengah syok buat kerja ~ Ella .. Follow me. Quick. Aihhhh .. apa la kelam kabut sangat Apek ni*dlm hati* Ada sekali tu kita gi appointment pakai selipar .. tak sempat tukar.  Padan muka Ng .. kelam kabut sangat .. tak bagitau awal-awal. Tapi kan, Ng tu sebenarnya garang dengan kita je. Kat rumah dia baik. Tiap-tiap pagi sebelum kerja dia pegi pasar membeli belah untuk Isteri dia dulu. Orang kata kan, Lelaki kalau dia garang kat ofis sebenarnya kat rumah dia takut Isteri. KahKahKah. Betul ke tidak ni? Misz-Ella tak tau. Korang tau?






You Might Also Like

17 comments

Follow by Email

Like My Facebook

https://www.facebook.com/norzaila.ismail