Wednesday, June 20, 2012

Darling Dah Balik Dari Bercuti

Darling dah balik dari bercuti .... with a lot of surprise for me. Terkejut ai. Hehe. Darling cakap, ada lagi untuk me yang dihantar balik via 'Air Freight and inside the Contena'. Terkejut ai lagi sekali. Hehehe. Dari London ke Paris dari Paris ke Scotland .. pergi satu beg .. pulangnya berbeg-beg ~ 21kg excess luggage dia akhirnya and instead of excess luggage tu terbang bersama dia dan bayar penalti lebih RM5,000 kepada Syarikat Penerbangan Malaysia, dia 'air freight dan Kontena' benda-benda tu dan dia hanya bayar RM1,000 sahaja. Bijak my Darling.

Tiap pemberian .. tak kira kecik besar .. wajib dihargai. Tak cukup dengan ucapan Terima Kasih .. Entry Penghargaan ini khas untuk mereka. Dalam waktu yang sama kita setuju dengan komen Kakcik Seroja di blog kita baru-baru ini ~ Persahabatan Ikhlas Tidak Diukur Dengan Kebendaan. Betul Kakcik. Kita tak boleh ukur kasih sayang seorang sahabat melalui pemberian tapi ukurlah dengan kesetiaan. Bertuahnya daku kerana punya teman setia seperti Darling yang kita kenal dari zaman hingusan. Zaman balas surat cinta  pakwe (itu kerja Darling), dari zaman Zaila Gonjeng*hahaha*, dari zaman pakai baju kurung kain banjir gi sekolah pastu lari sana sini takut ditangkap Ustazah. KahKahkah. Oh My .. kenangan .. mana la boleh kita lupakan. Umur belasan kami tinggalkan dengan seribu kenangan dan melangkah ke 40an dengan memasang impian .. Moga Hingga Hujung Nyawa Persahabatan dan Kasih Sayang Kita.

A Day Out With Darling ~ Makan berdua .. minum nya macam berenam. Cuaca panas camni memang kena minum banyak air. Haussss sokmo tekak mahu air lagi .. lagi dan lagi. Dari tengahari sampai ke petang .. barulah kita pulang itupun setelah betul-betul penat dan perut tak larat. Hehehe.


23 comments:

Mooniqueen said...

Wahhh... Meriahnya... KC, tunjuklah isi didalamnya.. Nak jugak tengok..

pinky said...

kalau dpt kwn yg mcm ni mmg bonus KC...

ssh nk cr kwn yg betul2 baik...mmg kt xmgharapkan apa2...

kakchik@ella said...

@ Pinky .. betul tu. Kita tk mghrpkan kebendaan dlm hubungan tp kwn KC yg ni mmg special .. mgkn sbb dh kwn dr kecik, kan so mmg kenal hati budi masing2 sgt2.

kakchik@ella said...

@Mooniqueen .. Dust beg je yg mampu KC tunjuk, dik. Hehehe.

kakcik said...

Benar, bukan saiz dan nilai jadi ukuran. Yang penting adalah tanda ingatan yang bersulamkan kasih sayang. :)

miloais milo said...

seronoknya ada darling macam ni...
moga persahabatan uols kekal dan mesra sepanjang hayat nokkk....!

ahhh.. pagi ni banyak baca entry yg touching le..
rasa nak menitik ayor mata aje nih!

el said...

moh la nk tgk barang apa yg KC dpt tu..

mama aini said...

assalam KC.. betul persahabatan sejati tak bolih dijual beli..beruntung KC punya teman spt `darling`..

Hanis Azla said...

wah.. kena sayang darling lebih ni.. he..he.. tp betullah kakchik, harga sebuah persahabatan itu lebih tinggi dari segala barangan yg ada.. semoga persahabtan yg terjalin terus diberkati...

wahida said...

bukan senang nak cari sahabat sejati kan KC...kawan tu ramai, tapi nak cari yg boleh bersama kita susah senang mmg payah...


beruntung KC ada darling yg best ni...

:)

Azian Elias said...

aduiiii.. best nya hadiah.. nakkkkk..

Mrs. Norrie said...

meriahnya...siyes jeles!!!

@cu SaYaNg said...

seronok dapat kawan macam nie kan
yang setia dengan kita susah & senang :)

rATu kEBaYA said...

bestnya.. macam2 dapat.. untungnya kalau kita ikhlas berkawan kan..

Amieynna said...

wah..
nak tengok isinya!!

Murni Alfathunnisa said...

alahai..saya ingat betul2 'darling' yang itu tadi...hehehe..maklum la pembaca baru kat sini..hehe.

moga persahabatan u all kekal ke akhir hayat...macam ni la bagus..:-)

Denaihati said...

tahniah-tahniah. beg beranak-pinak n bercucu-cicit penuh ole-ole, memang beruntunglah.

Daddy Ziyyad said...

Mak aiii..21kg excess luggage ! heheheh..

Sahabat/jiran yang baik, ialah rahmat Allah.. ;)

Kak rose said...

setuju dengan Daddy. bukan semua bernasib baik macam kakchik..dikelilingi sahabat yg baik2.

tiefazatie said...

wah..best gle sis!hee

alinac lover said...

waaaa best tuu

Ross said...

Syukur la ad kawan camtu..
jum tgk cakes!

ak yuyunz said...

haaaaa... KC, adakah itu kak pita????? omg keciknya dunia ni. itu cousin hubby i.. =)