Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

Alkisahnya I Love U, Stupid!

Buat kaki novel, tido jam tiga pagi kerana membaca itu biasa.  Pastu mata tetiba bertukar macam Beruang Panda. Tapi tak pe lah .. kerana syok membaca, aku rela. 

Bila novel I Love U, Stupid! by Kak Melur Jelita dah keluar .. hati Misz-Ella "excited" nak baca tapi masih ada tanda tanya  ~ 1389 m/s? Uishhh .. Larat ke baca? Then bila rakan-rakan blogger terutamanya Cik Mat Gebu dok cucuk-cucuk .. Misz-Ella memang tak boleh tahan lagi. Akhirnya, pada 22/10/2012, Misz-Ella berjaya beli Novel ini di Popular Book Store, 1 Utama. Pastu Misz-Ella buh dalam handbag Misz-Ella yang besar tu kendong sana sini. Ishhh .. tak sedap hati. Betul-betul tak syok jalan sini sana sebab Misz-Ella dah 'excited' nak membaca masa ni.

Alkisahnya pada tanggal 22hb tu, Misz-Ella lunch seorang diri di Foodcourt 1U sambil layan Novel ini. Orang lalu lalang .. orang nak tumpang duduk .. Misz-Ella angguk. Tak kesah .. janji jangan kacau i. I tengah 'feeling' ni. Hihihi. Then bila dah tersegan cos terlalu lama lepak kat situ, Misz-Ella angkat kaki blah. Otw back home singgah Maybank Kota Dsara. Dah settle banking ternampak A&W. Tingggg .. *dapat idea baru*. Misz-Ella dengan senang hati menapak ke A&W bersama Novel di dalam handbag besar tu. Bukanlah lapar tapi sebab mahukan tempat duduk untuk sambung membaca sebenarnya. Tapi .. takkanlah nak buat muka seposen menumpang tempat duduk FOC je, kan .. makanya 6 pcs Chicken Nugget dan A&W Rut Bir Misz-Ella order. Hahaha .. kerana angaukan I Love You, Stupid! terbang melayang duit ku. Akhirnya .. pada hari Jumaat 26/10/2012, Novel ribuan mukasurat ini Misz-Ella habis baca dengan pelbagai emosi di dada.

Meski sudah tiada lagi helaian untuk dibaca, hati masih berat mahu berpisah dengan dia .. maka Novel ini masih menjadi teman tidur Misz-Ella untuk beberapa hari lagi. Bila teringat .. Misz-Ella bukak dan baca. Lagi dan lagi. Sampailah terima sms dari KY mahu bertukar novel dengan I Love You, Stupid! barulah Misz-Ella betul-betul berpisah dengannya. Ahhhhh .. over!!

I Love You, Stupid! adalah perjalanan hidup Iris yang penuh warna warni.  Dari seorang yang hidupnya hoo haa hoo haa .. akhirnya Iris menemui diri di Bumi Kemboja. I Love You, Stupid! di mata Misz-Ella bukan sebuah cerita cinta biasa tetapi sangat luar biasa. Novel I Love You, Stupid! hasil sentuhan Kak Melur Jelita ini penuh aksi, tragedi dan sarat dengan emosi. Sepanjang perjalanan bertemankan I Love You, Stupid! Misz-Ella senyum, ketawa dek kenakalan Iris dan teman-teman SUKSIS, Misz-Ella menangis hiba mendalami emosi Iris dan ada masanya jiwa Misz-Ella terbuai dengan dunia romantis Iris dan Firman. Betapa sabarnya Firman melayan karenah Iris yang nakal, betapa setianya seorang kawan bernama Iris sehingga sanggup melakukan pengorbanan, betapa teguhnya iman Firman menahan godaan. Dan watak-watak sampingan .. Aidan, Matt, Mai Tuan, Lara, Violet, Farina dan lain-lain melengkapkan lagi perjalanan Novel ini.

Novel ini  sarat dengan pengetahuan ~ menyingkap Misteri Kemboja dan cara hidup Melayu Champa yang ditindas kekejaman dunia. Walau miskin harta dunia tapi mereka tetap bahagia, kaya dengan kasih sayang kerana hidup berasaskan Agama. Kaya, miskin .. semua sama. Tiada perbezaan darjat atau "class" bila Firman dan keluarga sanggup meninggalkan kesenangan dunia untuk bersama yang kurang berupaya. Betapa penindasan dan kekejaman menjadikan mereka bangsa yang mempunyai semangat juang yang sangat tinggi. Punyalah berkesan gaya penyampaian Kak Melur Jelita sampai Misz-Ella sempat berangan ~ Bestnya kalau dapat pasangan hidup Melayu Champa seperti Firman. Cehhhhh .. lupa diri sekejap yang anak den dah bosar!! Hahaha.

Definasi cinta di dalam I Love You Stupid! terlalu besar.  Cinta pada diri sendiri, cinta pada rakan dan keluarga dan paling penting, cinta pada Allah SWT sehingga sanggup berkorban apa saja. Pengajaran di dalam Novel ini terlalu menginsafkan bila dalam sekelip mata kita bisa kehilangan segalanya, menyedarkan kita bahawa segala yang didunia ini hanyalah pinjaman. Hari ini Dia beri tanpa kita minta .. esok-esok Dia berkuasa mengambil semula semuanya ~ Menitis airmata Misz-Ella di m.s. 1228-1331.

Jarang ada penulis yang boleh mengupas isu cinta, kehidupan dan agama dalam satu novel dengan cara yang sungguh berseni dan membuai emosi sepertimana yang kak Melur Jelita lakukan. Misz-Ella tak teragak nak gelarkan Kak Melur Jelita sebagai "Novelis Terbaik" Di Era Millenium ni dan Kak Melur, Kc tak sabar menunggu Novel seterusnya. Kepada peminat novel, beli dan jadikanlah Novel I Love You Stupid! sebagai Koleksi. Ikuti lah perjalanan kisah mereka berdua dan bersedialah untuk dibuai emosi dalam dunia mereka yang penuh aksi dan tragedi. 

Bait-bait ayat menyentuh emosi dalam I Love You Stupid!

"Real man wears pink!!"
"Firman .. kalau saya panggil .. awak mesti datang" 
"Hidup Mulia. Mati pun mulia"
"Cukuplah Allah ada. Dia sentiasa ada untukku"







Good Morning Vietnam

Dah lama nak buat Entry ni, semenjak Blog Misz-Ella jadi tumpuan dan rujukan mereka-mereka yang mahu ke Ho Chi Minh City.  Hampir setiap hari ada sahaja Email pertanyaan dari mereka dan Alhamdulillah .. walaupun jadual Misz-Ella padat Misz-Ella tetap cuba balas semuanya. Alhamdulillah jugak .. Travel Agent dan Restoran di sana juga dapat tempias dari Entry di Blog Misz-Ella ni. Misz-Ella hepi bila Asisah Inbox Misz-Ella dan cakap bulan 11 ni dia fully booked gara-gara Entry di blog Misz-Ella ni. Alhamdulillah sekali lagi. 


Jangan lupa makan "Pho" dan minum Kopi Vietnam yang teramatlah sedap kalau ke sana.  Makanan Vietnam berkhasiat .. tak macam masakan kita.  Orang Vietnam kecik-kecik .. tak da yang terlebih saiz sebab hampir semua makanan diaorang direbus dan diaorang makan banyak sayur. Diaorang makan  nasi sikit tapi Ulam atau sayurnya sepinggan. Kita? Nasi sepinggan .. sayur sesudu dua jer. Terbalik dengan diaorang, kan. Hihihi.

Sebenarnya Entry ni Misz-Ella buat khas untuk jawab pertanyaan readers.  Kalau mahu ke sana, Sila add Asisah Salam di FB. Mesej dia dan beritahu direkomen oleh blog Misz-Ella ni. Sebab no point Misz-Ella bagi no tel .. ada masanya line telefon kat sana tak cantik, susah nak dapat dia. InsyaAllah Asisah will act as a Travel Agent for you. She will take care of your Itinerary starting from Airport Pick Up (if you want), makan minum dan lain-lain lagi. Nak book hotel sendiri boleh .. nak suruh Asisah book kan pun boleh.  Nak ambil full package dgn Asisah boleh atau nak mintak tolong dia bawak jalan-jalan sahaja pun boleh.  Jangan risau. Caj Asisah tak mahal. Kalau grup korang setakat 4-5 orang, tak banyak mana pun bayarannya.

Jangan lupa beli Telekung Vietnam, Baju Kurung Manik, Kain Cotton, Jubah Manik dan jangan lupa tempah kasut 'blink-blink' kat Pasar Malam atau pun di Benh Tanh Market. Kasut tu nak bertumit boleh, nak wedges boleh, nak selipar pun boleh. Choose your own beads.  Kiranya konsep Mix and Match la ni.

Pastu kalau nak beli Winter Coat, beli kat Saigon Square.  Ada satu kedai dekat dengan Escalator, Winter coat dia banyak pilihan dan molek-molek belaka.  Harga pun cun, tak mahal.

Pasal Hotel pulak, the perfect location ialah di District 1, Benh Tanh Market. U can just walk anywhere. Restoran Halal pun ada 3 dekat situ. Senang, kan.

Kalau nak tukar duit, ada 3 Money Changer yang Misz-Ella familiar. Satu kat dalam Pasar Benh Tanh, satu kat sebelah Kedai Emas HaTam dan satu lagi kat Saigon Square (dekat pintu masuk, sebelah kiri).  The best offer so far ialah yang dekat Saigon Square. 

Last sekali .. jangan lupa tawar gila-gila harga offer diaorang eh. Kalau dia letak 600Ribu, korang mintak 300Ribu. Pastu tawarlah sampai jadi. Hmmm .. rasanya dah cerita banyak-banyak dan 'detail' dah ni (Sila rujuk Entry lama untuk ref) tapi kalau masih ada yang mahu ditanya, email la saya. InsyaAllah saya sudi berkongsi info yang ada. Sharing is caring, kan. OK lah. Got to go. Mekaseh baca ye. Bye.


Handle With Care

In many cases a fragile item must be handle with extra care due to its sensitiveness on certain condition.

Sebagai contoh .. Gelas kaca lebih sensitif. Kena jaga betul-betul supaya tak jatuh dan pecah berderai. Kalau dah pecah berderai .. yang ada hanyalah sesalan. Hanya mampu mengenang saat terkenang. Gelas plastik, "Tupperware" atau tipuware tak yah la jaga beria-ia. Lambung-lambung baling-baling pun no hal punya.

Pilihan di tangan kita .. kalau rasa mampu menjaga kerumitan yang sensitif itu maka kau pilihlah kaca. Kalau rasa tak mampu maka kau pilih lah yang plastik, tipuware, tupperware atau lain-lain yang se geng dengannya.

Perkara yang sama juga sewajarnya kita 'apply' dalam kehidupan.  Ukur baju di badan sendiri. Kita tanya kemampuan diri. Mampu kah kita? Boleh kah kita? Kalau boleh dan mampu maka kau pilihlah kaca kerana walau rumit ia lebih berharga. Kalau tidak maka berpuashati lah dengan plastik sahaja. Jangan dipaksa atau terlalu ikutkan kemahuan kerana akhirnya yang ruginya kita. 

Sekian. Takmo dah cakap apa-apa lagi. Bye.




Sambal Telur Dan Terubuk Masin

Pagi-pagi selepas Subuh lagi rumah Misz-ella sudah ada extra aromatherapy hasil gorengan Ikan Terubuk Masin Berbawang dan Cili Api.  Wangi kah? Hihihi.

Sambal Telur Dan Ikan Terubuk Masin buat Aiman.

Ikan Terubuk Masin Sarawak pemberian FB's Fren, Tini.
Tq Tini. Goreng garing-garing makan dengan nasik panas. Fuhhhh .. sedap

Sambal is always Aiman's favorite sampaikan Misz-Ella bagitau Aiman .. your future wife will have to learn how to cook delicious sambal from me. Ecece  ..  Mcm la sedap sgt. Hihihi.


Masa Untuk Bercanda Dengan Kesayangan

Saat paling best masa Raya ialah bila semua ahli keluarga berkumpul raikannya bersama.  In my family, raya pertama khusus untuk Ahli Keluarga sahaja, memang tak da ruang langsung untuk sahabat handai.  Dari pagi sampai malam bertemankan diaorang.  Makan, borak, gurau, gelak.  Pas makan kemas.  Pastu sambung makan dan  borak lagi.  Tak habis-habis.  Yang pastinya meja makan meriah dengan makanan ~ Nasi Cantik, Pulut, Nasi Lemak, Rendang Ayam, Kurma Daging, Sambal Bilis, Banana Apple Muffin dan macam-macam lagi. Hmmmm .. memang masa untuk bercanda dengan kesayanganlah. Ekceli my adik beradik memang terlalu rapat.  Walau dah kawin, keakraban masih kami kekalkan.  Tradisi berhari raya bersama tetap kami jaga. 

 Aimannnnn ... Mama Love You.  
My anak buah ckp "Mama Uda cantik. U looks like Barbie in this photo"
"Barbie? Barbie mana ada kedut Dini syg. Mama Uda kedut dah bertamu".
Hihihi. Budak-budak ni macam-macam lah ... ada je gurauan diaorang. 

Posing manis Puteri, my anak buah yang semanis madu.
Cayang cangat-cangat kat Puteri. *Hugs and kisses*

Comel kan Sarah Ardinie dan Puteri.
Dua-dua suwit. Dua-dua kiut miut.

Alalalala .. comelnyaaa.
Helooo .. Not me ya .. diaorang berdua.

Then Mukhriz the handsome Boy join us. Yeayyy!!

Berakhir sudah one long tiring day for me and family. Menjelang malam, everyone muka dah penat dan lesu sebab siang tu mengerjakan 2 ekor lembu. Misz-Ella tak join pun sebab tak sehat.  Terlalu penat barangkali?  Apa pun Syukur nikmat Allah SWT bagi dapat luangkan masa berkualiti dengan famili. Sayang my famili ketat-ketat. I feel blessed dikurniakan seorang kakak yang always at my side during my shiny and rainy days. KY yang selalu beri kata-kata semangat, perangsang dan tak jemu-jemu beri tunjuk ajar pada adiknya ini.  Punya seorang adik perempuan yang tersangatlah 'caring'. Punya Abang, kakak ipar yang sporting, punya dua orang mama dan abah yang sentiasa ada untuk keluarga.  Walau harta tinggi menggunung, takkan sama nilainya dengan mereka semua. I only have one wish ~ Moga sampai Syurga kasih kita hendaknya. InsyaAllah. Amin.













Selamat Hari Raya Aidiladha

Selamat Hari Raya Aidiladha Pembaca Budiman.  Moga tiap pengorbanan yang kita lakukan    diberkati dan mendapat rahmat Ilahi.  InsyaAllah.  Amin.

Rendang Ayam dah siap.
Tak sabar nak makan esok pagi.



Kasihannya Si Hati

Hati bagai dirobek-robek.
Bagai dihiris.
Sampai sakit-sakit si hati gara-gara dilukai.
Sian hati. Kesian sangat-sangat tau kat dia.

Kenapa ye ada yang kurang 'rasa'? kurang peka?
Sampai 'Si Hati' menjadi mangsa?
Apa ye penawar buat hati yang sakit terluka?
Jumpa Doktor ye? 
Waahh .... Hati kena jumpa Abg Aaron Si Doktor Cinta la ye?
Hihi.

Tapi hati ok tau. Even hurt, hati still in a very good condition. Yeayyy!!



Hello Samurai

Bawak diri sorang-sorang .. sambil layan novel 1388 m.s.  Terkaku, terkedu dan mahu baca lagi. Cinta, airmata, aksi dan trajedi ~ Semuanya bersatu di dalam Novel ini.  Ada masa gelak ketawa, ada masa suspen macam tak percaya, ada masa menitis airmata.  Aihhhh .. Misz-Ella memang Hantu Novel dari dulu lagi. Dari dulu sampai sekarang, tak sah tidur malam Misz-Ella tanpa bertemankan Novel di hujung kepala. OK. Kita cerita tentang Novel lain kali. Mari kita layan "Samurai" dulu.

Sambil layan novel sambil makan Samurai.

Samurai Burger di McD memang best. Dagingnya lembut, sayurnya rangup. Sos kaler hitam tu sedap.  Tak letak Sos Cili pun memang dah ada rasa.

Sambil layan novel sambil makan, sambil tu jugak Misz-Ella 'observe' situasi di Restoran Makanan segera ni.  Kat  satu sudut duduk dua orang gadis comel sedang 'Study'.  Kat sebelah sana pulak ada sepasang merpati dua sejoli.  Kat meja sebelah ada dua orang jejaka sedang berbincang serious .. looks like discussing business .. Kat depan pintu masuk ada yang tengah makan dengan Famili. Well .. Restoran makanan segera yang femes ni memang tersangatlah sesuai untuk dijadikan tempat pertemuan.  Sesuai utk yang berkeluarga, yang sedang bercinta, yang berkerjaya dan buat yang mahu belajar bersama.  Perasan tak yang dalam banyak-banyak restoran Makanan segera, restoran ni yang paling diminati ramai? Pilihan makanan banyak, servis bagus, selesa dan paling penting kebersihan tetap dijaga.  Bukak McD jom. *Macam kayo sangat la kau ...* Hihihi.


Cerita Abang Teksi No. 1

Hari tu saya naik Teksi. To be exact .. naik MPV .. dari individu yang buat 'part time' di KLIA.  Kenapa saya pilih dia? Sebab harga Teksi @ Van kat KLIA adalah tersangat melampau i.e. dua kali ganda dari harga yang Abang tu offer. Well .. sebagai Customer, Best Offer Win. Buat apa bayar mahal-mahal sedangkan servisnya sama, kan.

Peramah pulak Abang Teksi tu. Dari KLIA ke Sg Buloh .. tak jemu dengar cerita dia. Menarik, tertarik dan sangat "da boom" cerita-cerita dia. 

Kisah tentang pengalaman dia selama mencari rezeki di KLIA.  Kisah keperitan hidup dia di KL .. mempunyai anak seorang menuntut di 'oversea' .. seorang di local university .. dan dua orang yang masih bersekolah rendah lagi. Kalau tak rajin buat 'part time' macam ni .. mana nak cukup duit? Malaysia Bumi bertuah .. Allah beri banyak hasil bumi.  Ada kelapa sawit, getah, minyak dan sawah tapi masih ada rakyat yang hidup susah. Misz-Ella biasa tengok orang geledah tong sampah belakang ofis demi sesuap nasi. Kesian, kan. Kata Abg Teksi .. gaji dua laki bini kalau dicampur berdua cuma RM5,000 sebulan.  Dengan harga barang yang makin meningkat .. dengan duit minyak duit tol ulang alik ke tempat kerja .. dengan tarif elektrik dan air yang agak besar angkanya untuk seisi rumah .. dengan ansuran rumah yang perlu dibayar tiap bulan berserta dengan bunganya ..  bil telefon, IWK, cukai tanah, cukai pintu, dengan duit belanja sekolah anak .. yuran tution dan sebagainya .. kalau saya tak buat part time .. famili saya tak cukup makan. RM5,000 sebulan masih tak cukup? Aduhaiii .. tinggi betul kos sara hidup di Bandar Kuala Lumpur.

So, kesimpulannya saya harus rajin demi famili.  Tak boleh harap duit gaji je sebab duit gaji yang dia dan isteri dapat sebulan .. tak padan dengan jumlah yang dia dan isteri perlu keluarkan. Siang saya kerja .. malam kereta saya saya jadikan Teksi.  Saya kena rajin. Saya ketepikan penat demi sayangkan famili. Mileage kereta abang berapa sebulan agaknya ye ~ Misz-Ella tanya. Huhhh .. Kalau nak tau .. kereta saya ni minyak hitam perlu diservis sebulan sekali. Wahhhh .. banyak tu bang ~ kata Misz-Ella lagi.

OK. Ini baru Bahagian Pertama ~ Kenapa saya bawak Teksi. Lepas ini akan menyusul beberapa Entry Tentang Pemandu Teksi lagi.  Misz-Ella terpaksa buat bersiri-siri sebab terlalu panjang dan banyak kisah Si Pemandu Teksi ni. Tunggu ye. 

Restoran Kari Kepala Ikan SG

Dari dulu sampai sekarang Misz-Ella suka sangat makan Kari Kepala Ikan. Walau ada yang kata kalau makan Kari Kepala Ikan nanti bengap tak dan pandai .. tapi ai tak bengap tetapi pandai. Hehehe  .. wink *kenyit mata*

Kari Kepala Ikan lengkap dengan Tahu , Kacang Bendi dan Ayam Pandan

Ketam Goreng yang Umppphhh dan Tahu Goreng Thai
Misz-Ella gigit-gigit kunyah-kunyah Ketam tu sampai puas.  Tapi sayang .. dah habis tapi masih tak puas-puas. Nak lagi.  Nak lagi. Stopppppp!! Jangan layan .. nafsu sume tu. Tahu Thai tu .. memang feveret Misz-Ella kalau ke sini ~ Restoran Kari Kepala Ikan SG di Sri Gombak. 


* pstttt ... Raya Haji masak apa? *

Yeayyyy .. Menang Sudah

OK. Sume dah tau yang TRW dah menang.  Jerit  suka ria Misz-ella malam tadi. *kalau boleh nak lompat bintang 15 kali tapi Auwww .. overnya kalo buak gitu dehhh

Kawe gohyak dah .. The Red Warrior gerenti mene.  Tok sio-sio kawe drive male-male gi Shah Ale ambik tiket kat Ayah Ngoh kawe.  Tapi kawe tok gi Stadium ... kawe tengok kat Tv jo .. pun dah jerit-jerit suka .. dan-dan tu rasa nak kelik Kelate.  Semangak weihhh!


Dan sempena kemenangan TRW .. marilah kita Berpesta Budu hari ini.  Misz-ella mulakan dengn sarapan Nasi Kerabu. Yeayyyyyy!!


The Red Warrior

Malam ni malam penentuan.  Adakah The Red Warrior dapat bawak pulang Piala Malaysia? Kerana Misz-Ella berdarah Kelantan .. maka dah tentulah saya sokong The Red Warrior. Tak mo la derhaka pada Sultan. Hihihi.


Diaorang bekerjasama Lukis Banner. Cool ..

Ada pertunjukan Wayang Kulit. Ramai-ramai tonton bersila atas lantai. Cool lah.

Yeahhh .. Misz-Ella sudah dapat 4 Tiket Bola. Tapi Misz-Ella belum tentu pegi. Hihi.



Ayam Sambal Cili Api buat Aiman

Hari ni sedih.  Hari ni ada sedikit terluka.  Tak ada orang buat kita pun .. kita sendiri terasa. Cissss .. emo lak kau pagi-pagi. Mengada betul Misz-Ella ni tau. Hihihi.

Ayam Sambal Cili Api

Mula-mula bangun pagi ni rasa macam malas sangat nak masak.  Bagitau Aiman ~ Malas la nak masak arini Aiman.  Aiman cakap tak pe la .. mama hari-hari masak... mesti mama penat. Hari ni Mama rehat laa. Nanti Aiman beli je. OK ~ jawab Mama. Tapi kannn .. Misz-Ella tipu sebenarnya. Sebab balik dari hantar Aiman sekolah .. dalam pukul 7:20 macam tu .. Misz-Ella masuk dapur ..  panaskan kuali dan goreng ayam .. sambil masak nasi.  Tungku dapur sebelah pulak Misz-Ella tumis Cili Api + Cili Masak dan Bawang besar yang dah dikisar, pastu masukkan garam, gula dan sekeping Asam keping.  Sambil belek ayam sambil tengok-tengok cili. Bila ayam dah masak, angkat dah alihkan kat kuali sebelah. Masak lagi dalam sambal cili api tu .. kacau-kacau sampai sebati.  Bila dah cukup kering .. angkat dan hidang. Pastu Misz-Ella goreng Telur Mata 3 bijik potong bawang, cili api dan percikkan kicap. Pukul 7:50 dah siap lauk 2 macam . Pukul 8:15 Misz-Ella start enjin kereta keluar rumah. Pukul 8:53 dah 'touch Entry Card'. Yeayyy .. hari ni attendance tak merah. *Hepi*

Phewwwww ... Settled

Baru habis menjilid Dokumen Penyerahan Siap Kerja untuk diserah pada Konsultant. Phewwwww .. lega sangat-sangat.  Dari sebelum Raya Arahan bagi menyiapkan Dokumen tersebut dah dikeluarkan tapi sangkut sana sini sebab kekurangan "Input" dari pihak-pihak berkenaan. When i laju diaorang pulak slow motion. Geram, kan.

Susun elok-elok ikut Index.

Serius banyak paper work nak buat tapi konsep bekerja Misz-Ella .. Rilek jer .. jangan kecoh. Tau-tau dah siap. Tak yah heboh 1 off meng "Up" diri .. Buat kerja tanpa "Up" diri tak boleh ke? Bikin wayang sungguh!! Pigi dah. Ehhh *ter emo lak i* Hihi.

Hampir 2 bulan Kertas-kertas ni berpenghuni di sini.

We have been working non stop from 10am-4pm yesterday.  Hanya berhenti waktu makan ~ makan laju-laju sebab banyak lagi kerja menunggu.

Ready for submission.  Ini baru "Pra".  Hope tak banyak Komen. Penat sehh.  BTW, We hope can deliver this baby by this year end.  Letih la Projek ni .. Projek tak besar mana .. kecoh nya lebih.  FR 54, Kuantan, Bkt Meow, K Selangor, BJ .. still the best!! Kerja banyak tapi 'smooth'  .. sikit tak kecoh.  Definitely I love my previous Project Team more than this. Tak pe lah. Dalam hidup kena telan semua dugaan, kan. 

Tapi belum betul-betul hepi sebab even 9 Set Dokumen Siap Kerja tu dah siap .. kerja-kerja lain banyak menanti. Owh ok tak pe .. chilll ye .. tarik nafas panjang-panjang dan bertenang. Tak yah kecoh dan riuh tarik muka masam komplen itu ini. Kerja itu juga ibadah. Buat dengan bertenang maka besarlah Ganjaran pahalanya, kan. 



Masak 3 Macam


Ikan Talapia Masak Lemak Cili Api, Sambal Tempe + Kentang dan Telur Dadar Ber Carrot .. cukup lah untuk Aiman makan balik dari sekolah tengahari nanti.

Dalam masa setengah jam boleh masak 3 macam? Ada orang geleng kepala tak percaya. Elehhh .. boleh aje kalau kau nak.  Work Smart la beb. Dont work hard.  And for me, i tak percaya kalau ada yang gunakan alasan tak ada masa bila tak masak untuk famili. Guna alasan malas or tak minat i believe. Hihihi. Ce fikir .. semalam the whole day i was busy at work .. mengerjakan Kertas Kerja .. dari pagi sampai pukul 4 baru dapat bernafas dengan selesa.  Balik kerja kita teman famili makan malam pastu kita gi aerobik. Sampai rumah dah hampir 11 malam.  Tidur hampir 1 pagi.  Pagi ni bangun awal main masak-masak lagi .. pastu hantar Aiman gi sekolah .. pastu balik siap-siap gi kerja.  Penat? Apa pun yang kita buat, asalkan dengan niat yang ikhlas dan kerana minat .. InsyaAllah penat pun kita tak rasa.  Buat dengan rela tanpa ada rasa 'terpaksa' .. mesti kau hepi membuatnya. Kannnn .. kawan-kawan kannn. 

BTW .. Misz-Ella rajin sebab Mama dia rajin. Nama pun anak mak .. ikut jejak langkah mak la, kan. Hihihi.





Mata Tak Ada Tenaga

When i say mata tak ada tenaga, itu maksudnya mata penat dan tak cukup rehat.  Kan mata dah serupa Beruang Panda. Tidur lagi pukul 3 pagi. Padan muka.

Kawan-kawan, tidurlah sekurang-kurangnya 4-6 jam sehari  untuk kesihatan yang optimum.  Tidur yang baik dan berkualiti adalah sebahagian dari Gaya Hidup Sihat selain dari bersenam, berfikiran positif dan mengamalkan pemakanan seimbang.

Badan sihat .. minda cergas.  Bersenamlah 3 kali seminggu. Senaman mengaktifkan sel-sel di dalam badan, meningkatkan kadar metabolisma, menyingkirkan stress akibat tekanan di rumah mahupun pejabat serta membakar kalori yang tidak diperlukan oleh badan.  Senaman bukan sahaja baik untuk minda yang penat malah jika diamalkan secara konsisten dapat meningkatkan tahap stamina.   Seriously, exercise is good after your long tiring day at work.  Luangkan lah masa sejam sehari tiga kali seminggu untuk diri sendiri.  Sebagai mak, sebagai isteri, sebagai pekerja .. 3/4 perjalanan hidup kita adalah berkhidmat untuk keluarga.  Curi lah baki 1/4 itu untuk exercise.  U buat u dapat.  Badan yang sihat .. minda yang cergas.  Bila minda cergas .. there you are - A Beautiful You .. Seorang yang mengamalkan gaya hidup sihat dan sentiasa berfikiran positif. Kalau boleh, tidurlah 4-6 jam sehari *pada waktu malam*.  Tidur yang cukup dan berkualiti baik untuk kesihatan. Baik juga untuk mata yang cantik. Tak la ala-ala Beruang Panda macam Misz-Ella. Hihihi.


Exercise, Masak, Mengemas dan 'Dating' di KLCC


Bangun seawal jam 6. Dah selesai apa yang patut keluar rumah untuk mengajar. 6:30 pagi .. matahari pun masih segan-segan nak muncul masa ni.  Bukan lah kerana mengejarkan duniawi yang tiada akhirnya tapi mengenangkan untuk orang like me, senaman itu satu keperluan not for fun.

I love the crowd. Punya kesungguhan yang tinggi meski ada yang terkial-kial following the step. Tak pe. Perlahan-lahan lama-lama pandai juga. Ikut kemampuan.  Yang penting dengar Arahan dan ikut tempo.

On the way back singgah Pasar Tani. Beli ayam, ikan, dan sayur-sayuran.  Sampai rumah maka bermula lah Misz-ella beroperasi.  Kalau tadi Misz-ella mengajar 'line dancing' sekarang Misz-Ella ber cak lempong sorang-sorang di dapur sendiri.

Basuh ayam, ikan. Masak Daging Masak Kicap, Sambal Sardin, Goreng Terubuk Masin .. Settled by 12. Sambil masak sambil jemur kain.  Wahhh .. multi tasking sungguh kau ye Ella.  Pastu naik atas lipat kain .. dah setinggi Gng Jerai dah ni.  Pastu Misz-Ella mop lantai, sapu sampah atas bawah dan macam-macam lagi.  Alhamdulillah by 1:30 sume kerja rumah settled.  Rehat lah .. jap lagi nak keluar lagi - kata hati.

Sebelum pukul 4 enjin kereta di 'start' ~ Menuju KLCC. Jumpa adik-adik kesayangan Misz-Ella misi petang ini. Ada yang dari Trengganu, ada yg dari Selayang, dari Cheras dan juga Rawang. Ada yang makan gaji, ada yang suri rumah, ada Isteri Pakar Bedah.  Ada yang naik LRT, ada yang datang dengan famili dan ada yang ber 'single' macam Misz-Ella ni. Kawe tak dok handbag *anak-anak* nak kepit. Hihi


Kc .. since Kc dah sampai, tolong cari Pondok rehat ~ pesanan diaorang. Wohohoho .. ramainya orang di KLCC waktu camni. Ingat senang nak dapat pondok tak ber orang?  Sebelum ni, ada dua orang Mamat lepak kat Pondok ni. Misz-Ella tebalkan muka duduk kerusi depan dia sambil WatssApp adik-adik. Weyyy .. cepatlah, KC risau kena ngorat ni. Hihihi. Tak lama lepas tu Mamat dua orang tu blah. Misz-Ella pun mulakan la misi ~ Megecop tempat duduk dengan menyusun makanan. Oh ye .. Konsep pertemuan adalah 'Pot Luck'

Sebelah Pondok Rehat @ Wakaf ada Water Cooler dan Sinki. Strategic oooo .. pandai kan gue pilih?  Hihihi .. jangan percaya. Kebetulan je tu. Sambil tunggu diaorang Misz-Ella tengok ramai Mat Salleh jogging. Tetiba rasa nak jogging sama *sebab Mat Salleh tu encem*.  Elehh .. rasa je la .. bukan Misz-Ella 'daring' dan berani pun.  Misz-Ella penakut sebenarnya. Hihihi.

Sambil tunggu sambil WatsApp diaorang ~ Sila cari Wanita berbaju biru ini di salah satu Wakaf di Taman KLCC. Tak jumpa sila roger saya. Ha .. memang betul pun, berdering telefon Misz-Ella diaorang tanya lokasi. *mcm Information Counter daaa* Hihi.

Lama jugak menunggu. Aeida, Shilla, Kak Long Mya Zara, Maz Mummy Vogue, Eira sebenarnya dah lama sampai. Diaorang bawak anak mandi kolam.  OK lah tak pe. Hidup kena seimbang. Dalam mak-mak nak jumpa kekawan, bagi 'chance' kat anak-anak jugak la kan.  Orang pertama jumpa kita ~ Maiza yang datang jauh dari Trengganu.  Pertemuan ni khas sempena meraikan kedatangan Maiza ke KL sebenarnya. Dah alang-alang dia datang, mari la kita jumpa dia. Pening gak cari lokasi so KLCC je la senang sebab sebut KLCC sume orang tau, kan. Orite sume dah setuju maka  kita teruskan pertemuan.  Yeayyy .. Carpet hijau utk Maiza. Karpet merah tak ada .. sebab rumput Tmn KLCC hijau warnanya. Hihi.

Then .. more and more join us. Seronok dah Kc masa ni .. dah tak boring menunggu lagi. 

Yati Avon @ Yati Rorine @ Yati Mahadi. Comel dan peramah dia ni.

Dan akhirnya .. 13 orang Join Meet Maiza's Get Together.  
Dari depan (L to R) ~ Alin, Maz Mummy Vogue, Eira, Yati Avon dan Maiza.
Belakang (L to R) ~ CT yang notti, Along Mya Zara dan Baby Adam, Mak Datin Fiza, Shilla Firdaus yang sentiasa meletop-letop kat Facebook, Atie, KC, Wan Isteri Pakar Bedah dan Tina Pakar Kek.

Terima Kasih adik-adik sebab sudi luangkan masa. Ekceli, Misz-Ella dah jumpa Alin, Ct, Maz, Shilla, Along Mya Zara, Atie, Fiza dan Tina sebelum ni. Yang baru pertama kali jumpa cuma Maiza, Yati, Eira dan Wan sahaja. Maiza jauh nun di Trengganu. Wan pulak isteri kepada Pakar Bedah, maka rutin husband dia memang sokmo bizi. Anak dia 4, jangan harap la nak ke mana-mana tanpa bertemankan suami unless kalau ada orang lain teman ~ kata dia.

Best petang tu. Tapi yang sebenarnya, kami kenyang sembang .. bukan kenyang makan. Walaupun ada Pavlova, Bread Butter Puding, Durian Pancake, Roti Jalan Berinti, Kek pisang, Kek Cheese, Bihun Goreng, Choc & carrot cake, KFC dan macam-macam lagi .. keseronokan bersembang mengatasi keinginan mengisi 'tummy'. Excited lebih deh. Hihihi.

All in .. All in .. we had a blast meeting, chatting, eating and joking last Sunday evening. Tiada sempadan antara kita. Kau housewife ke, kerja ke, biasa-biasa ke, orang kaya ke .. yang penting kita ikhlas berkawan dengan niat yang sama ~ menjalinkan ukhuwah. Best kan adik-adik. Lain kali kita jumpa lagi eh. OK lah. Misz-Ella got to go. Misz-Ella sudahi Entry Mengenang Satu Kejadian di Hari Ahad ini dengan ucapan Mekaseh baca Entry saya. Bye.
















Roti Bawang Putih

Asben cakap bawang putih banyak khasiat.  Dia cakap lagi masa kecik dulu dia susah. So mak cuma mampu sediakan Nasi Putih dan Bawang Putih yang digoreng untuk Anak-anak makan.  Dia cakap masa tu makan Nasi Putih yang dicurahkan minyak dan berlaukkan Bawang putih pun dah tersangatlah sedap.  Berebut dia dan adik beradik makan.  Kenangan bersama Bawang Putih.  Sampai sekarang dia suka bawang tu .. but not me.  I tak boleh kunyah bawang putih like him. Walau dia penah suruh cuba tapi tetap tak boleh lah.  Lidah dan tekak tak boleh terima lah.  So if i cook, Dear husband .. this Bawang putih is for you.  Sila telan sampai licin semua ye. Hihihi.


Tapi yang ni Misz-Ella suka lah. Boleh la nak layan sekali sekala.
Nak jimat lagi buat sendiri.  Sapu Garlic Butter, bakar terus makan.  
Mudah, kan.

Cerita Hari Sabtu

Hari Sabtu camni kan, korang rilek je .. kita kerja. Tak da istilah bangun lambat untuk Misz-Ella di hari Sabtu ni. Payah dapat Boss kuat kerja ni.  Boss yang pentingkan Kuantiti .. bukan Kualiti.  Dia nak no. of working days banyak .. dia nak staff kerja lebih masa walaupun tah apa-apa kerja dibuatnya.  

Hmmm .. berbeza masa kita kerja dengan Multinasional company dulu, Boss pandang tinggi Staff yang buat kerja 'on time' .. bukan Staff yang suka 'over time'. Boss di Multinasional company dulu akan anggap Staff yang selalu 'over time' adalah staff yang tidak produktif, tidak cekap, tidak perform kerana gagal siapkan kerja pada waktu yang disiapkan. Staff yang siap kerja 'on time' akan dilabel cemerlang. Dan disebabkan Boss kat sini suka orang yang kerja lebih masa, maka ramailah mereka-mereka yang suka 'create' kerja.  Pukul 4 baru nak ketuk 'keyboard' pastu perkataan 'Banyak kerja' memang mainan diaorang kat sini. Sebab diaorang tau Boss suka perkataan tu so Drama lebih la diaorang ni. Hipokrit. Duniawi sangat.  Hmmm .. biarlah diaorang dgn lakonan diaorang tu kan. For me, that's not my game. Tak dapat perhatian Boss, tak dapat naik gaji 3, 4 kali setahun pun tak pe.  Rezeki Allah SWT bagi bermacam cara. Fikiran yang tenang, kawan yang baik, masa yang cukup .. semua tu nikmat Allah SWT bagi pada hambaNya. After all .. how much is your overtime dan banyak ke kerja kau bukan soalan kubur pun.

Pastu kan, kat sini Boss memang 'particular' bab bayar gaji.  U kerja sebulan dulu then I pay your one month salary.  Konsep dia .. You deliver .. i pay you. Untung lah orang kerja Gomen dan bank .. tak cukup sebulan kerja dah dibayar sebulan gaji. Kami? Hmmmm .. kalau sebulan ada 40 hari, hari ke 41 baru kami dapat Gaji. Phewwwwww .. mental kena kuat beb kerja kat sini. Staff perempuan tak pe la .. ada Encik Asben tolong cover instalment rumah, kereta, kredit kad semua .. staff lelaki? Tiap-tiap bulan bayar bunga bank gamaknya. Sian, kan.

Tapi dalam banyak kepincangan company ni pun, kita dah 17 tahun keja kat sini. Dari baru kahwin sampai Aiman dah bujang pun. 'Tough' betul mental Misz-Ella, kan. Hehehe. 

American Breakfast ~ Sarapan pagi Sabtu dengan Geng Makan.  

I donno how's my life without my Makan Geng.  Tiap-tiap hari jumpa Kak Senah, jumpa Fiza, jumpa Lin. Rindu sangat kalau lama tak jumpa. Tiap-tiap hari makan sama-sama.  Borak, gelak, nangis sama-sama. Kalau haritu tak da 'mood' nak kerja pun boleh melompat turun katil bila teringatkan diaorang. 17 tahun berkawan baik .. bukan senang nak 'maintain' friendship macam ni. Weih korang .. pencen sok kita duk berjiran nak? Boleh la u take care of me .. i take care of you. Kan kita dah janji nak kawan sampai mati. Hihihi.

Hmmmm .. tengah fikir-fikir ~ Antara Halalfest dan Popular BookStore .. yang mana satu? Aiman kata Halalfest .. Misz-Ella kata Kedai Buku. Keliru. Memang keliru. By the way .. Have a Good Weekend korang. Jaga diri eh. Bye.


Popia Goreng Cinonet

Comel dan cinonet je .. tak padan dengan harga

RM7 harga Popia Goreng Cinonet ni
Kalau Misz-Ella yang jual .. 3 bijik RM1.00 lebih besar dari yang ni. 
No wonder la Misz-Ella tak kaya-kaya.  Terlebih pemurah rupanya. 
Tak kaya dunia tak apa .. asalkan kaya dengan jiwa.


*Best updet Blog guna S3 ~ Samseng memang terbaik lah*

Gila ke?

Misz-Ella kan ... sebenarnya gila tau. Gila tulis blog .. gila ambek gambar sendiri ... gila cerewet *kadang-kadang* .. gila shopping *oh myyyy .. stop it ella* gila makan .. gila ketawa .. gila berangan .. huhuuhhhh .. pendek kata mcm-mcm gila lagi Misz-Ella ada sebenarnya.

Dan sekarang ni, sedang merancang sesuatu yang bisa membuatkan korang jerit 'Ko gila ke apa Ella? '

Hmmmmm .. gila pun gila lah. Janji bahagia.  Jangan gila sampai ke Tg Rambutan sudah. wahahaha .. *gelak kuat*

*tapi tak gila attention*

Forgive And Forget

In most cases, its easy for us to forgive but not easy to forget.  It still remember kata-kata Blabber dalam blog dia - kerana kotak memori tak ada butang delete atau backspace. Memaafkan dan memberi peluang ke dua tak bermaksud kita lupakan yang duka.  Kita sebenarnya hanya men 'dormant' rasa itu sahaja.  Sesekali timbul .. ber das-das pedihnya terasa.

In many cases jugak i met wanita-wanita yang umpama kerak nasi hatinya.  Mula-mula keras, direndam lama lembut jugak dia akhirnya.  Tak apa .. Itu kelebihan Hawa compare to Adam - setia, pemaaf dan punya 'Power Of Love' yang tinggi grafnya.  Walau luka berulang kali, tetap dia teguh kerana cinta.  Walau kadang kala geram mengambil alih rasa simpati, tetap aku tabik dengan wanita-wanita seperti ini. Bangga siot jadi wanita yang dilengkapi dengan ciri-ciri sejati seperti ini. Ecewahhh ..

Tapi ...  kita tak boleh hidup bahagia jika terus berduka. Wake  Up.  Rise And Shine.  'Down' tak apa tapi jangan lama.  Senyum lah dari hati walau dugaan berat sedang kau hadapi.  Paling penting, ikhlas lah dengan senyuman kerana si penerima senyuman boleh rasa misteri di sebalik senyuman itu.



By the way, lama dah tak senyum kat korang.  Walaupun ada yang cakap Misz-Ella kedekut senyum dan tak cukup manis pulak tu tapi still today nak senyum jugak kat korang. Got to go lah. Mekaseh baca entry saya ye. Bye.









Jalan-jalan, Makan-makan, Beli-beli

Baru pulang dari Jalan-jalan, makan-makan, beli-beli.  Best trip kali ni tapi penatnya tahap melampau yang teramat sangat.  But still .. we had a lot of fun.  Bayangkan .. Misz-Ella  dan kawan lintas jalan sambil lari-lari. Udah lah lari ku bersepah macam Al-Kartun. Kat KL pun Misz-Ella dah lama tak berperangai camni. Hiksss ...  *sib baik tak da Papparazzi ambil gambar*

Mak dan Anak
Kitorang dah penat dan layu masa ni tapi masih senyum, enjoying the situation

Makan-makan

Murtabak Telur Cicah Kicap yang ohsemmm!!

Pisang Keju ni pun best!!

Baru dua hari dah teringin masakan Malaysia
Camna nak duk oversea nih? Hihihi.

Disebabkan terlalu bizi, makan malam kami pukul 10 malam.  Sampai rumah pukul 1 pagi .. tidurnya hanya pada jam 2 pagi.  Sumpah penat dah masa ni tapi stil enjoy our  Makan-makan sambil layan 'live band'.

Walau sudah banyak kali ke sini .. masih tak jemu-jemu lagi.  4H/3M ~ bukanlah bercuti sebenarnya tapi lebih kepada meneman kawan berbelanja.  Orang lain yang nak kahwin .. aku turut terbabit sama. Tapi tak pe .. tu tandanya U Like and Love Me. Kannnn ... Hihihi. 

BTW ... Terima Kasih Tukang Sponsor. Saya dan famili hepi .. hepi .. dan hepi lagi.  











Kasut-Kasut Cantik






Cantek, kan? Mekaseh la ye Darling sebab sudi bawakkan kasut-kasut cantik itu untukku.