Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

Sehat dan Cantik Dengan Ephyra

Hello pembaca-pembaca budiman. Dah lama tak buat entry berkongsi rahsia kecantikan dengan korang. Ada benda baik .. perkara baik .. baiklah juga kalau kita kongsi bersama. 

Diseru-seru di FB baru-baru ni .. ada orang mahu tau apa yang saya makan .. apa yang saya buat. OK lah. Mari kita kongsi rahsia tentang sekotak Makanan Tambahan yang sudah 2 bulan saya 'consume' dan alami sendiri kebaikkannya.

Maya Hafizan
Di sini saya ingin mengumumkan bahawa saya sedang berasa jeles dengan kecantikan kak KC Norzaila Ismail. Apa rahsia kecantikan beliau? Apa yg ditepek kat muka/dimakan/diminum/dibuat sampai nampak awet muda? Badan pun cantik. Kakkkkkkk...sharing pleaseeeeeee...ekekekek

~  Jeritan di FB baru-baru ini. Eh adik .. jangan lah 'open' sangat. 'Blushing' KC tauuu. Hihihi.

Seminggu dua sebelum berakhir Ramadhan i was recommended with Ephyra by  a friend. Ephyra? Well .. i knew about it.  I pernah baca kat Blog blogger femes, Diana. Means i tau lah serba sikit tentang khasiat dan kebaikan Ephyra ni tapi masa tu sekadar baca .. tak penah cuba dan bila Girlfriend ku Shema offer untuk merasa, wahh .. macam bulan jatuh atas riba. Meh. Mari la sekotak. Akak nak cuba. *excited*

I started take Ephyra a week before Raya and in order to experience the effectiveness of Ephyra, i stop my SKII.  Nak jugak tau .. betul-betul kah berkesan Ephyra ini atau sekadar kata-kata bersifat 'Marketing' sahaja.

Eh .. Jap. Apakah Ephyra? Dok sebut-sebut tapi tak kenal kan diri. Tah apa-apa, kan. Hihihi. OK ..Mari kita bercerita dengan 'detail' lagi .. bersedialah korang untuk mendengar bebelan Misz-Ella yang panjang lebar, ye kawan-kawan.

Ephyra adalah sejenis Makanan Kesihatan yang dilengkapkan dengan 9 bahan iaitu Deep Sea Collagen, Acai Berry, Acacia Gum, L-Gluthatione, Asthaxanthin, Tomato Powder, Acerolla Cherry, Marigold Flower Extract dan Superberry.

Ephyra mengandungi Deep See Colagen @ Kolagen Laut Dalam yang dihasilkan dari spesis ikan putih laut dalam dari Perancis yang bebas daripada pencemaran alam sekitar.  Kolagen adalah sejenis protein yang sedia ada di semua bahagian tubuh manusia, termasuk kulit. Means all parts of our body mengandungi kolagen tetapi penuaan menyebabkan jumlah kolagen semulajadi kita berkurang dan kedut kelihatan.  Teknologi Sains moden hari ini membolehkan kita meningkatkan semula jumlah kolagen tersebut iaitu dengan mengambil Ephyra.

Aiman with my first box of Ephyra.  Masa ni rambut Aiman tak banyak lagi .. sekarang sudah lebat .. sudah encem. Ecece Aiman. Botak ke .. lebat ke .. tetap encem di hati mama. Di hati orang lain tak tau la kan. Tapi tak pe .. i love you dunia akhirat, anakku. 

Ephyra mengandungi Acai Beri ~ sejenis buah ungu dari Amazon yang bersifat anti-penuaan, anti-bakteria, anti-kanser, anti-radang, menguatkan sistem kardiovaskular *untuk jantung yang lebih sihat* serta membantu mengawal berat badan.  Acai Beri mengandungi Omega 6 dan Omega 9 yang tinggi dan kaya dengan serat makanan. Baik untuk kesihatan. Well, its Acai Beri .. sedang femes dan meletup di pasaran sekarang ni. Khabarnya ramai yang dah kurus dengan mengambil Acai Beri. Dengan Ephyra, bukan sahaja kurus tapi juga sehat dan cantik.  Cantik +  Sihat ~ Sapa la yang tak nak. Saya pun nak! Tapi pada saya .. kejar sihat dulu  .. cantik itu bonus.

Ephyra juga dilengkapi dengan Gam Akasia yang diimport dari Afrika .. amat baik untuk meningkatkan tahap kolestrerol HDL (kolesterol baik) dalam badan.  Serat Akasia membantu membuang toksin berbahaya yang berkumpul dalam sistem pencernaan. Hmmm .. dunia zaman sekarang ..  Toksin berbahaya ada di mana-mana .. di dalam aircond ..dalam makanan .. dalam udara kita bernafas. Haihhh .. gaya hidup dulu-dulu jugak yang terbaik, kan.  Kerja kampung .. tiap-tiap ari exercise, makan rebus-rebus, hirup udara segar. Kita sekarang? Jangan haraplah.  Ikan kat Tesco pun dibubuh ubat supaya tahan. Ikan kat Tesco? erkkkk .. tempat den boli ikan tu. Hehehe.


A box of Ephyra yang masih 'dara'.  30 sachets in a box .. enough for 1 month.  Masa raya kita balik kampung, just bawak beberapa peket Ephyra dan letak dalam handbag.  Bangun pagi pegi dapur ambil segelas air biasa *jangan guna air panas* masukkan Ephyra .. kacau-kacau terus minum.  Senang, kan.

Ephyra juga mengandungi Asthaxanthin sejenis antioksidan alam yang kuat dan biasa ditemui dalam mikroalga, yis, salmon, krustasia atau pada tumbuhan laut dalam. Kecanggihan teknologi zaman sekarang memudahkan.  Tak yah susah-susah 'dive' untuk mendapat khasiat dari tumbuhan laut dalam yang terbukti berkesan untuk semua jenis pemulihan otot, siku tendon, sendi, sakit otot dan arthritis.  Makan je Ephyra secara berterusan.  Nanti lama-lama InsyaAllah boleh kurang sakit-sakit sendi tu.  Dalam waktu yang sama jangan lupa berdoa .. kita berusaha .. tapi Allah SWT penentunya, kan.

Serbuk Tomato yang mengandungi banyak vitamin A dan C bersifat antioksidan, berfungsi untuk meneutralkan radikal bebas yang berbahaya dalam aliran darah.  Membantu pesakit kencing manis mengawal tahap gula dalam darah.  Vitamin A dalam tomato menguatkan rambut dan menjadikannya berkilat dan bagus untuk mata, gigi dan tulang.  Kalium dan vitamin B dalam tomato membantu menurunkan tekanan darah  *good for High blood pressure sufferers* dan menurunkan paras kolesterol yang tinggi.  Membantu mencegah strok, serangan jantung dan lain-lain penyakit masalah jantung.

L-Gluthatione di dalam Ephyra bersifat antioksidan larut air yang sangat tinggi yang biasanya dijumpai di dalam hati. Fungsi utama untuk melawan radikal bebas yang boleh menyebabkan penuaan dan juga kanser.  Juga bermanfaat untuk meningkatkan sistem imunisasi badan. L-Gluthathione juga berfungsi menghalang pengoksidaan lemak termasuk kolesterol yang dijumpai dalam aliran darah yang mana dengan ini risiko pembentukan plak di dalam arteri dapat dikurangkan. Yeayyy ... mari hidup dengan lebih sehat kerana "without artery blockage" maka makin rendahlah risiko serangan jantung. Remember .. perempuan habis je tempoh "period" @ menopause, maka risiko mendapat jantung adalah equal dengan lelaki. Mari jaga dari sekarang .. sebelum terlambat.  Bukankah menjaga anugerah Allah SWT juga adalah satu ibadah?

Ephyra juga mengandungi Ceri Acerolla yang kandungan vitamin C nya 65 kali ganda lebih tinggi berbanding dengan yang terdapat di dalam oren. Ianya membantu meningkatkan sistem imunisasi, menguatkan hati, memperbaiki keadaan kulit dan meningkatkan keupayaan badan untuk memulihkan tisu dengan cepat.  Kandungan vitamin C yang tinggi dalam acerolla ceri juga membantu menghasilkan kolagen semulajadi dalam badan anda seterusnya menghasilkan kulit yang sihat, cantik, berseri dan awet muda.  Means terdapat dua sumber Kolagen di dalam Ephyra ~ dari tumbuhan dan 'marine'.

Ekstrak Bunga Marigold yang ada dalam Ephyra  berkesan dalam merawat masalah kulit radang dimana antara kegunaannya ialah merawat kulit berjerawat, lepuh, terbakar, luka, ruam lampin, ekzema, luka terbuka dan juga berkesan untuk menstabilkan kelembapan pada kulit ~ Dengan Ephyra .. tiada lagi kulit kering berkeping-keping. Bila kulit tak lagi kering .. keduts pun payah nak hinggap. Almaklumlah .. kulit sentiasa lembap.

Superberi yang terkenal dengan kandungan antioksida yang tinggi pun ada dalam Ephyra.  Ia sumber terbaik untuk Vitamin C, zat besi dan Potassium.  Superberi memberi kesan pada kesihatan yang menyeluruh terutamanya dalam meningkatkan sistem imunisasi individu.  Bila askar-askar dalam badan kuat *sistem imunisasi* penyakit pun susah nak hinggap.  Bukan lah tak sakit tapi sekurang-kurangnya daya tahanan badan kuat dan bersedia melawan penyakit.


15 kebaikan Ephyra ~  Selain dari menjadikan kulit lebih berseri @ radiance, meratakan warna kulit, mengurangkan kedut dan garis-garis halus, menegang @ menganjalkan kulit, Ephyra juga bermanfaat untuk kesihatan.  Mengandungi khasiat prebiotik yang tinggi dan melancarkan sistem pencernaan dalam badan .. Ephyra sangat "tummy friendly." Buat orang yang susah nak tidur malam macam Misz-Ella, Ephyra really helps.  Dulu lepas mandi balik dari Aero .. memang susah nak tidur.  Dengan Ephyra .. letak je kepala atas bantal.. sekejap je dah pejam .. even baru lepas mandi dan rambut tak kering lagi. Hihihi.

Ephyra berwarna oren berperisa Tutti Frutti .. bersifat ringan dan halus .. masuk dalam cawan .. bancuh dengan air biasa atau air sejuk .. kacau-kacau dan minum early in the morning or before sleep. Very good taste .. reminded me of Haliborange which Mum used to gave us during our childhood time. Eh .. rugi la korang tak kenal Haliborange.  Dah tak da lagi sekarang ni, kan.


Misz-Ella bukanlah penjual Ephyra dan ini bukanlah iklan berbayar.  Sekadar mahu berkongsi dengan pembaca semua akan khasiat dan keberkesanan Ephyra yang i dah cuba.  Not only for beauty but good for health too. Baik untuk sendi, baik untuk sistem imunisasi, baik untuk kesihatan jantung dan baik untuk "tummy". Ramai kawan-kawan yang makan Ephyra berjaya atasi masalah warna kulit tak sekata .. masalah kulit kering, berjerawat dan macam-macam lagi. Cuba la korang .. tak mahal sangat pun dan yang penting Ephyra memberi 'benefit' untuk kesihatan.

OK. OK. Misz-Ella kalau membebel panjang, kan. Kalau explain mesti 'detail' .. tak pernah malas dan buat 'short cut' or ala kadar. Patut jadi Teacher dulu ni. Hihihi.  Last sekali .. telefon la kawan saya Shema di 012-6479747 or visit her here. untuk kenal Ephyra dengan lebih lagi. Epyhra boleh dimakan oleh sesiapa sahaja .. baik perempuan atau lelaki .. tak rugi korang mencuba. OK lah. Sekian sahaja Entry berkongsi rahsia dengan korang semua. Got to go. Bye readers.  Terima kasih baca ye.

























7 comments:

Kakcik Seroja said...

Rasa macam nak cuba. Tapi kakcik ni ada penyakit M yang besar! :(

Nak minum pun M...

Miss Layaleya said...

Saya pengguna ephyra.. alhamdulillah, mmg byk kesannya.. Now, my officer pn dh minum sbb dia kata ada perubahan pada diri saya.. Tapi kesan bergantung pada individu.. :)

QA's ~ mamapapa said...

teringin plak nk cubakn:)bakal ditimbang tarakn :)

Anonymous said...

wanita yang cantik adalah wanita yang menutup aurat

Unknown said...

benda baik elok kita share dengan kawan2...hehe..

lagi dalam bab kecantikan ni.. sure kawan2 ramai yg suka nak tau..

Unknown said...

salam sumer..
if berminat untuk mendapatkan ephyra.. boleh contact SHEMA @ 0126479747.
Shema mmg authorized agent utk EPHYRA... jom cantik bersama EPHYRA...

shema zailan
0126479747

armouris said...

lagi banyak info ephyra kat sini - http://bit.ly/ephyra-oceanlife