Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

Hitam Putih Tahi Cicak

Aku sebenarnya penat. Tapi aku fikir satu jer .. mental tired ni kalau dilayan takkan ada sudahnya malah makin menjadi pulak nanti. WatssApp girlfriend ku Yanti terus siap-siap get ready. Dan seperti biasa .. Girlfriend yang setia tak jemu melayan permintaan ku yang mendadak dan tiba-tiba.  Sian kau kena bersiap tiba-tiba Yanti. Hehehe.

Hitam Putih Tahi Cicak tema warna Aero class Rabu malam.  
Aerodance class memang fun. Paling penting .. dengar tempo.  Aerobic @ aerodance ialah gerakan senaman yang direka mengikut tempo.  Kalau tak boleh dengar tempo then tak yah la buat aerobik atau aerodance.  Pegi je jogging or lari atas 'threadmill'. Tapi threadmill high tech kat Celebrity Fitness tu siap ada lagu ok .. boleh je naik bukit atau berlari sambil joget-joget. Boleh eh .. lari sambil joget? Hihi.

Hati sebenarnya gundah.  Tapi apa guna melayan perasaan dan biarkan titik hitam dalam hati duduk bertakhta.  Hidup ini mudah.  Tekanan harus dilepaskan .. bukan disimpan.  Buat orang-orang seperti kami, menari di lantai tari adalah terapi.  Badan sihat, otak kuat.  Kami pengamal Gaya Hidup Sihat.  Aku nak tabik spring kat Jijah, Kak Nor, Kak Yah, Siti, Rafeah, Alin dan ramai lagi kat M3 yang bersenam secara konsisten. Eh .. tabik pada diri sendiri jugaklah yang dah beraero dari umur 20an lagi *masuk bakul angkat sendiri* Hihi.

*Photos taken from Alin's FB*


Dua keping gambar ni untuk Alin my girlfriend.

Dan yang ni untuk diri sendiri. 

Misz-Ella sebenarnya ada banyak cerita nak share dengan readers semua.  Cerita tentang Pemandu Teksi, cerita tentang mereka-mereka yang "malu tapi mahu dengan aku", cerita tentang itu .. cerita tentang ini ..tapi nanti lah. Nanti-nanti ye. At the moment kepala macam-macam ada. Risau itu .. fikir ini.  Tenanglah Ella. Jangan kau bimbang sebelum waktunya. Tenang ye. 

11 comments:

Dr K said...

hahaha..mcm best aja cerita PEmandu Teksi ni....story panjang lebar ya nanti :P

SangRatoo said...

kak ella sangat maintain lawa.. mcm anak dara lagi :)

Izwa Kamaruddin said...

tenang tenang tenang..

Kakcik Seroja said...

Apakah agaknya yang merisaukan Ella, ya?

Norhafizah Othman said...

enjoy your day. tak yah nak risau-risau. nanti cerita pasal diver teksi.

Aliza said...

cantik....

Anonymous said...

nampak kecik pulak kc skrg ni

gadisBunga™ said...

akak. sila citer pasal pemandu teksi itu...!

Chekgu Azrine said...

Kurusnya akk..jeles!!

Anonymous said...

kak cik, ngape asyik duk kat luar rumah aje..asyik nak berseronok aje kerjanya..

Sheherazade said...

tak sabar dah