Ayam Sambal Cili Api buat Aiman

Thursday, October 18, 2012

Hari ni sedih.  Hari ni ada sedikit terluka.  Tak ada orang buat kita pun .. kita sendiri terasa. Cissss .. emo lak kau pagi-pagi. Mengada betul Misz-Ella ni tau. Hihihi.

Ayam Sambal Cili Api

Mula-mula bangun pagi ni rasa macam malas sangat nak masak.  Bagitau Aiman ~ Malas la nak masak arini Aiman.  Aiman cakap tak pe la .. mama hari-hari masak... mesti mama penat. Hari ni Mama rehat laa. Nanti Aiman beli je. OK ~ jawab Mama. Tapi kannn .. Misz-Ella tipu sebenarnya. Sebab balik dari hantar Aiman sekolah .. dalam pukul 7:20 macam tu .. Misz-Ella masuk dapur ..  panaskan kuali dan goreng ayam .. sambil masak nasi.  Tungku dapur sebelah pulak Misz-Ella tumis Cili Api + Cili Masak dan Bawang besar yang dah dikisar, pastu masukkan garam, gula dan sekeping Asam keping.  Sambil belek ayam sambil tengok-tengok cili. Bila ayam dah masak, angkat dah alihkan kat kuali sebelah. Masak lagi dalam sambal cili api tu .. kacau-kacau sampai sebati.  Bila dah cukup kering .. angkat dan hidang. Pastu Misz-Ella goreng Telur Mata 3 bijik potong bawang, cili api dan percikkan kicap. Pukul 7:50 dah siap lauk 2 macam . Pukul 8:15 Misz-Ella start enjin kereta keluar rumah. Pukul 8:53 dah 'touch Entry Card'. Yeayyy .. hari ni attendance tak merah. *Hepi*

You Might Also Like

8 comments

Follow by Email

Like My Facebook

https://www.facebook.com/norzaila.ismail