I love the crowd. Punya kesungguhan yang tinggi meski ada yang terkial-kial following the step. Tak pe. Perlahan-lahan lama-lama pandai juga. Ikut kemampuan. Yang penting dengar Arahan dan ikut tempo.
On the way back singgah Pasar Tani. Beli ayam, ikan, dan sayur-sayuran. Sampai rumah maka bermula lah Misz-ella beroperasi. Kalau tadi Misz-ella mengajar 'line dancing' sekarang Misz-Ella ber cak lempong sorang-sorang di dapur sendiri.
Basuh ayam, ikan. Masak Daging Masak Kicap, Sambal Sardin, Goreng Terubuk Masin .. Settled by 12. Sambil masak sambil jemur kain. Wahhh .. multi tasking sungguh kau ye Ella. Pastu naik atas lipat kain .. dah setinggi Gng Jerai dah ni. Pastu Misz-Ella mop lantai, sapu sampah atas bawah dan macam-macam lagi. Alhamdulillah by 1:30 sume kerja rumah settled. Rehat lah .. jap lagi nak keluar lagi - kata hati.
Sebelum pukul 4 enjin kereta di 'start' ~ Menuju KLCC. Jumpa adik-adik kesayangan Misz-Ella misi petang ini. Ada yang dari Trengganu, ada yg dari Selayang, dari Cheras dan juga Rawang. Ada yang makan gaji, ada yang suri rumah, ada Isteri Pakar Bedah. Ada yang naik LRT, ada yang datang dengan famili dan ada yang ber 'single' macam Misz-Ella ni. Kawe tak dok handbag *anak-anak* nak kepit. Hihi
Sebelum pukul 4 enjin kereta di 'start' ~ Menuju KLCC. Jumpa adik-adik kesayangan Misz-Ella misi petang ini. Ada yang dari Trengganu, ada yg dari Selayang, dari Cheras dan juga Rawang. Ada yang makan gaji, ada yang suri rumah, ada Isteri Pakar Bedah. Ada yang naik LRT, ada yang datang dengan famili dan ada yang ber 'single' macam Misz-Ella ni. Kawe tak dok handbag *anak-anak* nak kepit. Hihi
Kc .. since Kc dah sampai, tolong cari Pondok rehat ~ pesanan diaorang. Wohohoho .. ramainya orang di KLCC waktu camni. Ingat senang nak dapat pondok tak ber orang? Sebelum ni, ada dua orang Mamat lepak kat Pondok ni. Misz-Ella tebalkan muka duduk kerusi depan dia sambil WatssApp adik-adik. Weyyy .. cepatlah, KC risau kena ngorat ni. Hihihi. Tak lama lepas tu Mamat dua orang tu blah. Misz-Ella pun mulakan la misi ~ Megecop tempat duduk dengan menyusun makanan. Oh ye .. Konsep pertemuan adalah 'Pot Luck'
Sebelah Pondok Rehat @ Wakaf ada Water Cooler dan Sinki. Strategic oooo .. pandai kan gue pilih? Hihihi .. jangan percaya. Kebetulan je tu. Sambil tunggu diaorang Misz-Ella tengok ramai Mat Salleh jogging. Tetiba rasa nak jogging sama *sebab Mat Salleh tu encem*. Elehh .. rasa je la .. bukan Misz-Ella 'daring' dan berani pun. Misz-Ella penakut sebenarnya. Hihihi.
Sambil tunggu sambil WatsApp diaorang ~ Sila cari Wanita berbaju biru ini di salah satu Wakaf di Taman KLCC. Tak jumpa sila roger saya. Ha .. memang betul pun, berdering telefon Misz-Ella diaorang tanya lokasi. *mcm Information Counter daaa* Hihi.
Lama jugak menunggu. Aeida, Shilla, Kak Long Mya Zara, Maz Mummy Vogue, Eira sebenarnya dah lama sampai. Diaorang bawak anak mandi kolam. OK lah tak pe. Hidup kena seimbang. Dalam mak-mak nak jumpa kekawan, bagi 'chance' kat anak-anak jugak la kan. Orang pertama jumpa kita ~ Maiza yang datang jauh dari Trengganu. Pertemuan ni khas sempena meraikan kedatangan Maiza ke KL sebenarnya. Dah alang-alang dia datang, mari la kita jumpa dia. Pening gak cari lokasi so KLCC je la senang sebab sebut KLCC sume orang tau, kan. Orite sume dah setuju maka kita teruskan pertemuan. Yeayyy .. Carpet hijau utk Maiza. Karpet merah tak ada .. sebab rumput Tmn KLCC hijau warnanya. Hihi.
Then .. more and more join us. Seronok dah Kc masa ni .. dah tak boring menunggu lagi.
Yati Avon @ Yati Rorine @ Yati Mahadi. Comel dan peramah dia ni.
Dan akhirnya .. 13 orang Join Meet Maiza's Get Together.
Dari depan (L to R) ~ Alin, Maz Mummy Vogue, Eira, Yati Avon dan Maiza.
Belakang (L to R) ~ CT yang notti, Along Mya Zara dan Baby Adam, Mak Datin Fiza, Shilla Firdaus yang sentiasa meletop-letop kat Facebook, Atie, KC, Wan Isteri Pakar Bedah dan Tina Pakar Kek.
Terima Kasih adik-adik sebab sudi luangkan masa. Ekceli, Misz-Ella dah jumpa Alin, Ct, Maz, Shilla, Along Mya Zara, Atie, Fiza dan Tina sebelum ni. Yang baru pertama kali jumpa cuma Maiza, Yati, Eira dan Wan sahaja. Maiza jauh nun di Trengganu. Wan pulak isteri kepada Pakar Bedah, maka rutin husband dia memang sokmo bizi. Anak dia 4, jangan harap la nak ke mana-mana tanpa bertemankan suami unless kalau ada orang lain teman ~ kata dia.
Best petang tu. Tapi yang sebenarnya, kami kenyang sembang .. bukan kenyang makan. Walaupun ada Pavlova, Bread Butter Puding, Durian Pancake, Roti Jalan Berinti, Kek pisang, Kek Cheese, Bihun Goreng, Choc & carrot cake, KFC dan macam-macam lagi .. keseronokan bersembang mengatasi keinginan mengisi 'tummy'. Excited lebih deh. Hihihi.
All in .. All in .. we had a blast meeting, chatting, eating and joking last Sunday evening. Tiada sempadan antara kita. Kau housewife ke, kerja ke, biasa-biasa ke, orang kaya ke .. yang penting kita ikhlas berkawan dengan niat yang sama ~ menjalinkan ukhuwah. Best kan adik-adik. Lain kali kita jumpa lagi eh. OK lah. Misz-Ella got to go. Misz-Ella sudahi Entry Mengenang Satu Kejadian di Hari Ahad ini dengan ucapan Mekaseh baca Entry saya. Bye.
17 comments:
avon.
rorine.
sume dia rembat! hahaha!
Seronoknya bergeder2 togeder-geder... :)
best sangat kan kc
yg paling best tummy lah haha, nanti ada rezeki kita buat lg geder ye kc, best sangat sebab kali ni ramai yg dpt dtg
muahahahahaa.. :D
kc pun comei dan peramah gak..
sonok dpt jumpa kc.. =))
@gadisbunga..
heheheh.. betui2..
klu nak tgk produk leh ke pesbuk saya.. cari jer pesbuk @yatie avonroine.. :))
*wahhhh.. sempat ku pomot! :D
wow!!!bestnya!!!i was there:) tp bukan a part of the group..sy bwk anak2 pg klcc pang tu..nmpak u olllss tp xkenal..bila tgk dlm entry ni,..nmpak familiar..mcm trnmpak u ollsss :)bestnya...wish i was part of u olllsss :)
eh bila gathering ni? tk thu plak.. sobsobsob
bila dapat jumpa kak chik nie..huhu...
Kalau dah berkumpul ramai2 tu lupa dunia kejapkan...
amboi seronoknya akak ..... :)
pertemuan yg direstu...guruh kilat sume ada..tapi sampai sudah tak ujan kann...alhamdulillah....
next time blh buat lagi....paling awal lagi 4bulan pleaseee...blh ku bawak new member skali....hihihi
ada bangla & nepal join tak?
situ port dorang
nampak meriahnya kak cik.. best jek..shilla firdaus tu nampak memalu jek..tp post dia kat FB..mengancam!!
Salam perkenalan kak Chik...selalu baca blog kak chik..tapi biasanya jadi silent reader jer...senang-senang singgahlah kat blog saya..kita boleh jadi kawan...
Wah KC..sungguh cemerlang sekali.. siap masak, ngemas dlm masa beberapa jam jer..tak letih ker..tp maybe sbb KC seorang yg aktif..so penat badan tak der la sangat
KC mmg duta/biro sosial para blogger la.. hahaha..
rajin sungguh!
bestnye...sis tlg pm nmbr tipon, adik nk jmp KC la
berjumpa2an ngan blogger best sesangat.. tempat istimewa laktu.. senang nak ingatkan.. makanan mewah2 ehm meman istimewaler...
Post a Comment