Tuesday, October 16, 2012

Mata Tak Ada Tenaga

When i say mata tak ada tenaga, itu maksudnya mata penat dan tak cukup rehat.  Kan mata dah serupa Beruang Panda. Tidur lagi pukul 3 pagi. Padan muka.

Kawan-kawan, tidurlah sekurang-kurangnya 4-6 jam sehari  untuk kesihatan yang optimum.  Tidur yang baik dan berkualiti adalah sebahagian dari Gaya Hidup Sihat selain dari bersenam, berfikiran positif dan mengamalkan pemakanan seimbang.

Badan sihat .. minda cergas.  Bersenamlah 3 kali seminggu. Senaman mengaktifkan sel-sel di dalam badan, meningkatkan kadar metabolisma, menyingkirkan stress akibat tekanan di rumah mahupun pejabat serta membakar kalori yang tidak diperlukan oleh badan.  Senaman bukan sahaja baik untuk minda yang penat malah jika diamalkan secara konsisten dapat meningkatkan tahap stamina.   Seriously, exercise is good after your long tiring day at work.  Luangkan lah masa sejam sehari tiga kali seminggu untuk diri sendiri.  Sebagai mak, sebagai isteri, sebagai pekerja .. 3/4 perjalanan hidup kita adalah berkhidmat untuk keluarga.  Curi lah baki 1/4 itu untuk exercise.  U buat u dapat.  Badan yang sihat .. minda yang cergas.  Bila minda cergas .. there you are - A Beautiful You .. Seorang yang mengamalkan gaya hidup sihat dan sentiasa berfikiran positif. Kalau boleh, tidurlah 4-6 jam sehari *pada waktu malam*.  Tidur yang cukup dan berkualiti baik untuk kesihatan. Baik juga untuk mata yang cantik. Tak la ala-ala Beruang Panda macam Misz-Ella. Hihihi.


14 comments:

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

betul..semuanya nmpk dari mata. mmg nmpk sis letih sgt

bspotgurl said...

Cuba-cubalah bwk bertenang & relax sis ;-)

faraherda.razalan said...

Tapi KC, mata kuyu tu kan seksi? Huuu~

Kesuma Angsana said...

betul tu KC kena ada masa rehat & tidur yg cukup kalau tak mmg leh terpancar dari mata kita tu hehehe

Rai Ourkizuna said...

KC,
no wonder akak tak nampak macam umur akak pun..sebab akak consistent bab senaman ni..saya senam gak..tapi payah nak konsisten.. kadang 3-4 kali seminggu..kadang 2 kali.. kadang sekali..hahaha..

tambahan.the best..tidur sebelum pukul 11..sbb badan kita akan repair sel dari pukul 11 ke pukul 4 pagi.. tak tidur tak repair lah jawabnya..hehe..

Rina AVAIL a.k.a Cik Betty said...

cakkk!!

KC, sy kan kena tido 8 jam br bertenaga..kalau x menyinga haha

Chekgu Azrine said...

Tgok mata dah tahu org tu sihat ke x kan..sis nmpk.kurang restla..tc..

Gillette Flores said...

Hahaha.
Suka entri ni.
Memang betul pun benda tu :)
Macam nak combine je dgn entri Gill hari ni :)

:: Mrs.Eady :: said...

Err..err..dah lama tak bersenam niiii....

[PCL] said...

bukannya membuta di siang hari yer..hehe, gud adviced.

gadisBunga™ said...

saya tang curi waktu utk eksesais tu betullah kene ada pemangkin. huhuhu~

azieazah said...

Kak Azie nak tidor 8 jam setiap malam. hehehehe 6 jam mana cukup!

munna said...

munna skrg ni selalu tak cukup tido.... banyak tempahan apam dot dot yg masuk....

Peri PiA said...

KC nmpk penat,semangat kc atasi segalanya.blh dicontohi