Ikan Talapia Masak Lemak Cili Api, Sambal Tempe + Kentang dan Telur Dadar Ber Carrot .. cukup lah untuk Aiman makan balik dari sekolah tengahari nanti.
Dalam masa setengah jam boleh masak 3 macam? Ada orang geleng kepala tak percaya. Elehhh .. boleh aje kalau kau nak. Work Smart la beb. Dont work hard. And for me, i tak percaya kalau ada yang gunakan alasan tak ada masa bila tak masak untuk famili. Guna alasan malas or tak minat i believe. Hihihi. Ce fikir .. semalam the whole day i was busy at work .. mengerjakan Kertas Kerja .. dari pagi sampai pukul 4 baru dapat bernafas dengan selesa. Balik kerja kita teman famili makan malam pastu kita gi aerobik. Sampai rumah dah hampir 11 malam. Tidur hampir 1 pagi. Pagi ni bangun awal main masak-masak lagi .. pastu hantar Aiman gi sekolah .. pastu balik siap-siap gi kerja. Penat? Apa pun yang kita buat, asalkan dengan niat yang ikhlas dan kerana minat .. InsyaAllah penat pun kita tak rasa. Buat dengan rela tanpa ada rasa 'terpaksa' .. mesti kau hepi membuatnya. Kannnn .. kawan-kawan kannn.
BTW .. Misz-Ella rajin sebab Mama dia rajin. Nama pun anak mak .. ikut jejak langkah mak la, kan. Hihihi.
17 comments:
perrgghh..sambal kentang!!
ya allah KC..hebatnya..serius saya kena mencontohi akak..
wow...!! sedapnya.. talapia masak cili api.. nyum nyum....
Kakcik pun rajin juga - tapiiiii... kadang-kadanglah! hehehe...
Betul tu KC. Kalau minat idok le rasa penatnya kan! Tabik untuk KC! Pssttt sedapnyaaa lauk2 itu! Macam feberet saya kite jek! *Lap air liur*
My latest Entry :)
Tips nak buat kabinet dapor
sedap tu menunyer KC
alahai sedapnya sambal tempe ngan masak lemak cili api tu...terus jadi lapar
nak 1000 dayakan kak kc..hehehe
betul tu buat kerana minat dan ikhlas , akan hilang semua kepenatan.
sedapnya sambal kentang ngan masak lemak ikan telapia
KC, u r always smart...
Salam Ella,
Wah, kombinasi yang enak. Alhamdulillah
Hati2 makan ikan talapia, tulangnya keras..hik2
Betul kata KC, hendak seribu daya, tak nak seribu helah.
Bagi isteri2 atau ibu2, masaklah walaupun lauk simple.
Melalui kehidupan perkahwinan dan berkeluarga dengan air tangan sendiri..
KC, bila nak belanja mkn nih...? hehhee
talapia goreng aja yg saya pernah makan...teringin nak makan yg masak lemak ni
KC..camne nak bagi buat keje cepat ek? org kata kalo dah ada anak otomatik buat apa2 jadi pantas. belum ada anak ni camne nak jadi pantas ye.
KC..camne nak bagi buat keje cepat ek? org kata kalo dah ada anak otomatik buat apa2 jadi pantas. belum ada anak ni camne nak jadi pantas ye.
insyAllah,saya akan cube KC
terima kasih,love u
Post a Comment