Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

Al-Kisahnya Seminggu ini

Salam Jumaat kawan-kawan.   Hari Jumaat yang barakah, penghulu segala hari.

Sebaik-baik hari yang matahari terbit padanya ialah hari Jumaat.  Pada hari itu diciptanya Adam, pada hari itu dimasukkannya ke dalam Syurga. Pada hari itu juga dikeluarkan dia dari Syurga.  Tidak akan berlaku Kiamat melainkan pada hari Jumaat.

Pada yang balik kampung mengundi, Hati-hati.  Misz-ella mengundi di sini sahaja, tak balik ke mana-mana.  Buat yang tetap datang even i dont have updates, Tqvm.  I appreciate your clicks on me. Bila terjadi perkara yang membabitkan emosi, separuh jiwa terasa dibawa pergi.  Tapi Alhamdulillah, masih bergelak ketawa bergurau senda dengan mereka-mereka yang sentiasa ada.

Jumpa Cik Riben Merah - bertukar cerita dan idea.  Tq adik manis, ada masa kita jumpa lagi ye.

Meredah kesesakan Jalan Loke Yew untuk jumpa adik-adik kesayangan saya.  Wan Haryani, Hartini Rofi dan Aziatie.  Terima kasih Tuan rumah, Wan Haryani dan Doktor Hairol.  Sedap sungguh kami makan.  Hidangan Korea tapi kami makan dengan tangan. 

Jumpa Novelis Kak Melur Jelita di Pesta Buku.  Seriyus bangga melihat sambutan yang diberikan pada Novel My Precious Iris.  Berebut peminat beratur berjam-jam untuk mendapatkan Novel sambungan I Love You Stupid, itu.  Good job Kak Melur.  Moga akak diberi kesihatan yang baik dan terus menghiburkan kami dengan Karya-karya akak.  I promise kak Melur i will review the Book.  Tunggu eh.  Sedang struggle membaca nih.

Ladies Outing - Jumpa Tina Othman dan Aieda di sana.  Harus lah ambik gambar depan pintu Kumpulan Karangkraf tanda support kepada company Ayah saudara sendiri. Hihihi.  Lepas sopink buku kami ke Riverside Cafe untuk melepak. Borak, makan, gelak.  Tq adik-adik, i enjoy your accompany.  Muahhhh sorang sorang.



Riadah dengan kawan-kawan pada sebelah malam bertemankan Mister Bola-Bola.  Best.  Memang best bermain dengan bola.

Dalam seminggu, ada berbagai acara, ada bermacam cerita, ada ramai orang dan bermacam ragamnya.  Hidup saya best, penuh warna warni.  Saya bahagia.  Syukur Alhamdulillah.  Ok la ye.  Got to go out to meet somebody.  Tq baca Al-kisah ini. Bye.




7 comments:

Semut Senyum said...

Wah wah... banyak betol aktiviti akak.... best kan...!!
Ceria je hidup!

Izwa Kamaruddin said...

wahhh syok nyer!

Ibu Muda 30series said...

Sukaa tgk baju KC pakai utk aerobik...nk kena cari jugak ni...hihihiii

Kniedaz said...

pesta buku...bestnya..belum berpeluang lagi nak pergi..tahun depan mungkin boleh pergi bawa anak-anak ^_^
Salam Jumaat untuk kc jua

Anonymous said...

byk cerita tu KC< selamat mengundi yer

Anonymous said...

waa...bestnya jumpa novelis tapi sayang saya tak suka baca novel...dulu suka tapi mungkin terlalu kemaruk dulu sampai jemu kot....boleh ke guna pakai alasan itu....:)

KC....suka cerita bab aerobik....nak join tapi sokmo semput..:P

Irfa said...

bagusla banyak xtvt.
saya punya rutin pegi dan balik keje je,huhu