Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

Kerja 20 Ribu dan Kerja dulu


Bertemankan Radio lama kesayangan dan lounge chair - Sini la tempat kerja Misz-ella tiap-tiap hari. Bila boring berhenti, layan WhatsApp kawan-kawan jap, minum air jap, stop masuk dapur masak, dengar lagu best joget sorang-sorang, nyanyi sumbang sorang-sorang. Hahaha.

Projek 'translation' 5 angka dah bermula. Semua hoo haaa hoo haa kena tolak tepi la nampaknya.  Tapi korang jangan risau .. Misz-ella even busy tetap cek e-mail tiap-tiap hari.  Semua order cookies Misz-ella dah rekod, jangan risau ye.  Kalau ada sapa-sapa nak order, sempat lagi ni.  Ada 7 hari je lagi sebelum i tutup order. Free delivery untuk yang di Shah Alam, Setapak, Sungai Buloh dan Setapak. Ini  peluang kita nak jumpa, kan, sambil-sambil hantar cookies tu.  Yang jauh-jauh tu dont worry, I can Poslaju your order atau kalau susah sangat, i naikkan je Bus Express. Boleh jugak camtu, i penah buat dulu.

Looking backwards, teringat kisah dulu-dulu.  Tengok hidup kita mewah, ada je yang cakap itu ini.  Manusia memang penuh dengan syak wasangka.  Yang mewah dikata yang miskin dihina.  Dari dulu lagi i dah biasa worked hard for my family tak da nak harap duit laki semata.  Kalau pun i senang, memang i deserve it, kan.  Haihhh ... rasa nak cepuk je mulut orang yang cakap tu. Tapi bila fikir-fikir, lantak la dorang nak kata apa.  Ko kerja kuat ~ buat translation, ajar aerobic, buat part time sana sini, buat mobile bisnes, online bisnes pun buat jugak, tolong kawan lagi .. ada orang tau? Dorang tak tau kan. Ko gigih, rajin, kuat kerja sedangkan ko boleh je pilih untuk hidup goyang kaki or stay je kat tempat kerja lama dulu.  But i chose to quit my job dan kerja sendiri.  Yang benarnya, misz-ella dah menyampah dengan environment lama dulu.  17 tahun kerja kat sana, dah masak sangat dengan karenah dia orang yang suka mengkulikan orang.  Dia orang tak appreciate staff, buat staff macam tak da value.  Ada yang dipaksa tiru sign orang, ada yang terpaksa kerja 24 jam, yang terpaksa kerja masa Public Holiday pun ada.  There is no NO kat sana, yang diterima YES SIR sahaja even kerja yang disuruh tu clearly bodoh dan tak logik and this bertentangan dengan my prinsip.  Walaupun i ada immuniti, dikecualikan dari dibodohkan dan dikulikan sesuka hati macam yang lain-lain but i still upset with what i saw everyday. The company was run by the unqualified person, banyak undang-undang bodoh dibuat untuk menekan pekerja.  HR staff cakap Melayu pun gagap bahasa Inggeris konfem ke laut la kan.  Very massy and cincai company.  Hari ni skop kerja ko ni tup-tup esok diaorang ubah, sesuka hati dorang without black and white.  Macam bola dorang buat staff.  Harini ko first floor esok-esok dia suruh ko duduk 3rd floor. Walaupun i terkecuali dari dilakukan macam tu sebab i ada 2 orang Direct Boss tapi makin lama i naik bosan dan menyampah.  Ekceli lama dah Misz-ella nak resign tapi Kak Senah assistant i suruh i sabar.  Apa pun, kita sama-sama, ko jangan tinggalkan aku - camtu dia cakap.  At the end, we both left the company together. Pandai pulak company ni main tarik tali dengan kitorang, suruh HR pujuk konon Surat Resign tak sampai kat Orang Atas so boleh kalau u all nak reconsider lagi.  Bikin wayang sungguh, saja je menipu kitorang dengan kata-kata macam tu. Like i donno. 17 tahun kat sana ok, masa tu Aiman pun tak da lagi. Sepatah ko baru mula bercakap, my mind dah dapat tangkap perkataan terakhir ko tu. Jangan nak bodohkan aku.

Kat tempat tu, maruah manusia boleh dibeli dengan duit.  Sapa yang boleh di YES SIR, maka esok-esok ada la extra imbuhan.  Mana yang tak boleh dia makan macam i ni maka tak dapat la kan tapi i tetap tak kesah dan tak tunduk pada mereka.  I believe Rezeki di tangan Allah, bukan dia. I didnt win and gain there tapi tak pe, aku bukan jenis yang YES SIR sampaikan benda yang terang-terang salah pun kau sanggup buat.  Bab duit ni manusia memang senang kelabu mata, kan.

I bukanlah degil sangat sebenarnya tapi berpendirian. Once i made up my mind, i walked away with pride.  Pujukan dan rayuan dorang ku tak layan. Ramai yang ingat kami bikin wayang, nak test market konon kot la boleh dapat naik gaji.  Soriii .. maruah i tak boleh dibeli dengan duit.  Dari tengok bangsa sendiri dikuli dan dimainkan oleh mereka, lebih baik i blah.  Sikit i tak menyesal dengan keputusan i malah i am happy.  Cuma Misz-ella a bit sad bila Boss Misz-ella yang anak Tan Sri tu hantar SMS menyentuh perasaan seminggu lepas dia i tinggalkan.  Tak pe la Boss .. jodoh kita sampai sini je, hope you find a better Secretary. Pastu paling ketara Misz-ella rindu kat Kak Senah, Lin, Emi dan Fiza ~ geng makan kawan menangis ketawa dulu. Tu je yang Misz-ella a bit terkilan sebab kawan yang baik paling susah nak cari dalam dunia ni.

Sekarang ni kan, Misz-ella dah banyak lega .. dah tak kejar masa, tak perlu redah trafik jem malah lebih bahagia dapat tumpu lebih masa dengan famili.  Bahagia siot hidup camni.  Rezeki Allah itu luas, cari la ia sebab ia pasti ada.  Dengan bekerja sendiri, dapat jugak gaji 4 angka tiap-tiap bulan, tak da la dok harap sangat duit laki.  Dah confirm pun flight ke Negara K bukan Korea tahun depan.  Alhamdulillah, rezeki Allah pasti ada buat orang yang gigih dan rajin macam i ni. Hihihi.  Pertama kita kena ingat .. IKHLAS. Bersihkan hati. Jangan jeles dengan life orang atau apa yang orang ada tapi bersyukur dan hargai apa yang ada sekeliling kita.  Kalau nak berlumba dengan orang, selamanya kau takkan puas.  Maka jadi lah kau orang yang tidak bersyukur. Mahu lebih dan lebih lagi walhal apa yang kau ada tak kurang hebatnya, tak mencacatkan perjalanan hidup kau pun. Lagi satu, jangan berkira.  Baik dengan famili, dengan kawan-kawan atau sesapa saja.  Once kita berkira, maka Allah akan double berkira dengan kita dan last, Jangan merungut. Lagi banyak kita merungut, lagi nampak ketidak redhaan kita terhadap ujian Tuhan.  Bersabar. Bertenang. Jangan kau bertendang. Hihihi.

Setakat ni, dah 3 bulan pegang title housewife, i hepi dan selesa.  Elehh.. .  Nama je housewife tapi tak duk diam. Malah lebih banyak merayap compare to zaman bekerja dulu.  Back to Projek Terjemahan 20K yang dalam pembikinan ni, Tq sis for the opportunity.  Hope in future i can be part of the team lagi.  Tapi kan,,, susah sebenarnya buat translation syarikat kewangan antara yang terbesar di Malaysia ni.  Unlike Technical Translation yang i buat sebelum ni, i boleh guna gaya bahasa dan ayat i sendiri tapi yang ni tak boleh.  Ada special terms yang we have to follow.  Berpinar mata weih nak siapkan satu page.  Nak habiskan 10 pages pun ambik masa satu setengah hari.  Tapi i pun banyak main, jap-jap layan WhatsApp, kang boring stop jap gi cari makan minum, dengar lagu best kat radio kang layannn .. camna keja nak cepat siap, kann.

Hmmm .. camni la hidup.  Harini kat sini, esok kat sana tapi ada jugak yang tak berani berubah so duduk la kau kat satu tempat selamanya.  I ni daring, berani mencuba.  Ni pun tengah fikir nak accept ke tidak Job Offer yang sah 90% secured tu ye? Skop berbeza, gaji ohsem, lokasi pejabat elit, best dan tak jem, company stabil, run by professional dan staff hampir 100 orang. Well... Well ... Well. Misz-ella still blur. Kalau ikutkan tak kerja 9 to 5 pun tak apa tapi bila tengok Aiman dah besar, esok-esok Misz-ella ni bakal kena tinggal, hurmmmm ... apa nak buat nanti ye? Nak kerja balik? Nak join Charity organisation? I still donno la ..

Nostalgia dengan officemate lama ~ Kak Senah and Lin, i love you forever.  Loo Loo, La La will always remember you.  Sempoi gila apek ni, senang kerja dengan dia.  

Our Farewell cake ~ Pagi tu heran bila Al tanya, Sis u kerja tak harini? I jawab Ye. Kenapa? Senyap tak jawab. Ada surprise petang tu rupanya.  Yg hujung tu Mr. Lim. Mr. Lim ni kalau dengan orang lain nak tinggi suara je tapi dengan Misz-ella tak.  Dalam hidup ni, kalau kita letakkan diri kita di tempat yang betul, people will automatically see the quality in you and In Sha Allah kita dihormati.  Tapi kalau kau letakkan diri kau macam bola boleh ditendang sana sini, boleh disuruh-suruh buat itu ini dan kau pun ikut je macam lembu dicucuk hidung, maka orang akan hilang hormat pada kita dengan sendirinya.

Kawan-kawan seperjuangan suatu waktu dahulu. Kakak Cool yang sokmo cool, Revathy .. alahai Rev .. teringat kenangan pegi Batu Caves masa Thaipusam cari baju Punjabi dengan u dulu.  Cheah yang i gelar si Senyap sebab dia tersangat pendiam, Miss Hau Asso Cincai, Sarina si Cerewet yang i kenal masa anak dara lagi, Lin yang kadang-kadang over emosi tapi baik hati budi, Ayang yang bila senyum manis tapi selalu 'moody' pagi-pagi, Ms Tan yang sokmo kelam kabut kecoh lebih. Hahaha .. macam-macam ragam dorang. Al (tak da dalam gambar) yang i know from zero, fresh from school dan sekarang sudah mahir dalam kerja.

Souvenir dari Misz-ella buat semua

Kak Senah my Assistant cum my BFF. Orang sekarang senang sangat labelkan sesama sendiri BFF kan, but we are different.  Dah puas susah senang bersama, nangis ketawa bersama, pokai kaya bersama, kena  marah bersama .. then only we dare to call ourselves BFF. Kalau tidak, jangan harap layak dapat title tu ye.

Fiza ~ My fren dari zaman anak dara lagi masa keja kat MPC. Lepas kawin masih jalin persahabatan sampai kini.  Dia ni kerja tak da lain .. gelak je dan dia antara kawan yang menerima Misz-ella seadanya.  I marah dia ke, i geram kat dia ke .. dia oke je sebab dia faham Misz-ella sangat-sangat.  Tq fiza. Aku sayang kau.

Ms Wong, Ah Heong, Shahril ~ mereka-mereka yang tersangat rapat dengan i dan selalu buat i ketawa.  Laili my ex-officemate and my 2 Ex-Boss ~ seriously, i learned a lot from this 3 persons.  One thing about me, i bukan jenis yang Ikut Je macam yang lain-lain tapi i ada inisiatif tanya dan ambil tau. In life, jangan jadi "Stupid Beauty". Hihihi. One thing yang i appreciate Kepercayaan dan keyakinan En. N anak Tan Sri pada i tersangat tinggi.  He has his own expectation, susah dia nak suka pada staff because of his own class. I remember he said, 17 tahun u kerja dengan i? Ye En. N ~ dari i 20an and now i am 40. I tak rasa waktu berjalan dan i tak pernah rasa u tua .. u doesn't look like 40. Alahai Boss aku ni, susah sangat nak dengar dia bercakap tapi sekali cakap, omak kau .. terkejut i. Hihihi.

Lepas 3 bulan, baru Misz-ella Up Entry perpisahan ni.  Sedih berpisah dengan dorang sebab kami tersangat rapat. Pernah ke Jakarta-Bandung tidur sekatil sebantal dengan Kak Senah, Fiza dan Sarina. Bangun tido sakit-sakit badan sebab tido macam ikan sardin dalam tin.  Rela bersesak sebab tak nak berpisah bilik. Rasakan sorang-sorang. Hahaha. Muflis di sana, kakak cool yang di KL jadi Hero kitorang tolong hantar duit dari KL. Hihihi. Makan sepinggan, minum secawan dengan kak Senah, Lin, Fiza dan Emi itu biasa.  Pernah Misz-ella organise trip ke PD dengan budak-budak nih. Tidur ramai-ramai macam mangsa banjir diarahkan pindah, main game sama-sama, BBQ together, ramai-ramai naik Banana Boat ambik kau terlambung dalam laut. Haihhh .. banyak betul kenangan, selagi nyawa masih ada, mana la boleh lupa. 

OK lah. Got to go. Ingat nak cerita sikit rupanya tercerita semua. Memang dasar kaki borak!! Hahaha. OK bye. Jumpa next entry ye.

6 comments:

Cik Puan iLa said...

Seronoknye baca perjalanan hidup orang..perjalanan hidup sendiri tak tau ke mana lagi..

semoga dipermudahkan segala urusan akak.. ;)

Azian Elias said...

well daring tak daring itu pendirian memasing. kalau rasa kita cukup kuat, then proceed je.. i like u. daring gak. nekad semacam. hee..

JunAina said...

Kawan2 yg sentiasa buat kita hepi, kawan2 yg tak kisah kita tumpang bahu utk menangis tanpa dia orang semua mana mungkin kita akan bahgia.

Good luck KC.

Ita Rossi said...

di setiap ofis ada cerita2 cam tu. bangga bila u kata..walk away with pride. kita kena ada pendirian dan harga diri.

Kakcik Seroja said...

Betul2 luahan hati ni. :)

Irfa said...

seronok baca ;)