Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

Eskayvie ~ Cantik Dari Dalam

Hai readers. Harini Misz-ella nak buat entry berciri  'Sharing'.  One Saturday, i was invited to attend a Hi-Tea with Eskayvie, an exclusive program for Beauty Bloggers from The Butterfly Project. 

Sampai je kat The Pullman Hotel, Bangsar, i registered myself.  The environment was WOW .. we were greeted by the beautiful girls of Eskayvie. I started to look around .. tengok itu dan ini ..

UNLOCK SECRETS TO YOUTHFUL, ENRICHING LIVES FROM WITHIN 
ESKAYVIE REDIANZE & IQIDS PRODUCT SHOWCASE
This is what this Hi-Tea is all about. Menarik, kan.
EXCITED!! By this time my level of excitement is very high .. tak sabar nak tau lebih lanjut tentang Eskayvie dan produk-produknya ..






The Welcome opening by the M.C.

The Company introduction by Mr. Wong - Eskayvie's Sales & Marketing General Manager

Finally .. the most awaited moment. Ini lah masa yang paling ditunggu-tunggu oleh Misz-ella ~ Pengenalan dan penerangan produk Redianze dan IQids oleh Dr. Syid Ayob Syid Mustafa Al-Qudri, Ketua Pegawai Eksekutif Eskayvie yang juga merupakan Doktor perubatan bertauliah. Penerangan yang diberikan sangat menarik, membuka minda, sangat terperinci. Suasana penerangan cukup santai, very friendly, penuh dengan gelak ketawa. Best. Memang best.

Dan semestinyalah bila penerangan diberi oleh mereka yang bertauliah maka 'input' yang kami dapat adalah berdasarkan kepada fakta-fakta Sains yang logik sahaja ... ermmmm .. seolah menyertai sebuah Majlis Ilmu kami rasa. 


Penerangan terperinci oleh Dr. Syid Ayob membuka minda kami tentang kepentingan meningkatkan tahap Collagen di dalam tubuh badan kita melalui pengambilan Redianze.  Paling penting .. kami lebih faham apakah Collagen. Dok sebut Ini ada collagen .. collagen ... bagi cantik, lawa, jambu selalu, awet muda tapi al-kisah sebenarnya tak tau pun Collagen tu apa. Ramai macam tu, kan. 

Perkataan Collagen berasal dari Greek yang bermaksud 'glue' atau gam adalah serat kuat yang menyusuri tubuh badan manusia berfungsi untuk mengikat dan menyokong otot-otot badan kita.  Collagen merupakan protein paling banyak didapati di dalam tubuh manusia iaitu sebanyak 75-85% dan didapati di kulit, otot dan tisu badan. Ia menyumbang kepada keanjalan tubuh badan manusia, dan membantu menjadikan kulit kita lebih lembut dan gebu dan menguatkan gigi dan kuku. Collagen didapati di dalam otot, sendi, rawan dan ligamen. Kekurangan collagen di dalam tubuh badan manusia bukan sahaja menyebabkan kekenduran ataupun kekurangan keanjalan otot-otot kerana otot-otot tersebut tidak lagi menyokong satu dengan lain dengan kuat malah menyumbang kepada masalah kesihatan.  Kajian mengesahkan bahawa setiap seorang dari kita akan mengalami masalah penurunan collagen sebanyak 1.5% setahun seawal dari umur 25 tahun.  Misz-ella dah 41 tahun .. banyak dah dia turun, kan. Alahaiii ..

Apakah Redianze?

Redianze adalah produk kesihatan dan kecantikan yang berfungsi sebagai Agen Anti Penuaan dan menyumbang kepada kesihatan tubuh badan.  Redianze dihasilkan oleh Doktor perubatan yang berpengalaman selama 15 tahun dan telah lulus  Ujian yang dijalankan oleh Saintis-saintis Antarabangsa.  Redianze diperbuat dari bahan-bahan terkemuka dunia yang diakui kehebatan dan keberkesannya. Antara bahan-bahan di dalam Eskayvie :-

1. AstaRealP2AF ~ merupakan antioksidan terkuat didunia yang diekstrak dari 'micro algae' yang berupaya membantu membasmi radikal bebas di dalam tubuh badan manusia. AstaRealP2AF menyamai 6,000 kali ganda lebih berpotensi dari Vitamin C yang sangat bermanfaat untuk tubuh badan manusia.
2. Hydrolized Marince Collagen Peptides (HMCP) ~ sejenis marin kolagen kompleks yang terbukti mudah diserap oleh badan dan membantu dalam mengurangkan tanda-tanda penuaan.
3. Ekstrak Prunus Persica yang kaya dengan vitamin, fiber, bersifat Anti Oxidant, tinggi zat besi dan potassium yang sangat diperlukan untuk memberi daya tahan yang kuat kepada kulit.  
4. Vitamin C ~ Siapalah yang tak kenal Vitamin C, kan. Asid Absorbic di dalam Vitamin C telah lama dikenali sebagai agen kecantikan yang paling banyak digunakan.  Asid absorbic membantu untuk meningkatkan penghasilan collagen di dalam tubuh badan manusia, merupakan Agen Pemutih yang boleh memutihkan kulit, berkeupayaan untuk menentang Cancer dan berupaya untuk mengelakkan penuaan Pra-Matang.

Redianze bukan sahaja menyumbang kepada kecantikan malah juga untuk kesihatan dimana ia menguatkan sendi, meningkatkan sistem vaskular dan lain-lain lagi. Redianze dicipta berdasarkan kepada formula Cantik dan Sehat dari dalam dimana fokus produk ini adalah kepada sistem dalaman yang sehat dan kuat. Bila dalaman kita sehat dan kuat, barulah luaran kita turut merasa kesannya, kan.

Apa yang lebih mengagumkan kami, Eskayvie melalui produknya Redianze telah baru-baru ini memenangi anugerah 'Best Beauty Drink 2014' oleh pembaca Her World Beauty Award 2014.  Redianze juga adalah disahkan halal.  Berdasarkan dengan Fakta-fakta tersebut, pengguna tidak perlu meragui akan keberkesanan Redianze dan tidak perlu teragak-agak untuk mengambilnya dan saya sangat bertuah kerana berpeluang mengenali Redianze melalui Program The Butterfly Project ini dan tambah bertuah kerana pulang berbekalkan sekotak Redianze untuk dicuba sendiri. Wahhhh .. this is double best!!


This is what we bring back - A box of Redianze, i-Qids, Ptoduct info in the form of leaflets, CD and a beaufiful pen.

Percaya tak yang Misz-ella dah cuba selama 19 hari dan semakin hari semakin jatuh cinta padanya.  Tambah jatuh cinta bila baru-baru ini semasa minum-minum selepas Aerodance, tangan meraba-raba tangan lagi satu dan masa tu terasa kenapa la tangan i ni halus sangat? Macam tu tak teringatkan lagi akan pengambilan Redianze ni. Satu lagi baru-baru ni Misz-ella pergi 'facial' dan ditegur kulit akak makin cerah kak .. akak guna apa? Produk pemutihan ke? Ermmm .. tanpa krim pemutih tapi dengan hanya mengamalkan pengambilan Redianze secara konsisten, Misz-ella dapat memutihkan kulit secara semulajadi. Paling penting, sumbangan Redianze bukan sahaja untuk kecantikan malah juga kesihatan. Sebagai seorang yang aktif bersenam, amat penting Misz-ella  menjaga kekuatan sendi tambahan pula bila umur memasuki 40an .. maka mengambil makanan kesihatan adalah satu kemestian.

Selain dari itu, Eskayvie juga mengeluarkan i-Qids .. sejenis pemakanan kesihatan yang berfungsi untuk meningkatkan kecerdasan otak dan meningkatkan tahap memori.  i-Qids berperisa Coklat yang sedap bukan sahaja boleh diambil oleh kanak-kanak malah juga dewasa.  Pengambilan i-Qids secara berterusan dapat membolehkan kita dan anak-anak kita menghafal dengan lebih cepat. Kita akan dapat mengingati sesuatu dengan lebih mudah seterusnya dapat menghindar dari penyakit mudah lupa, nyanyuk atau 'Alzhermer'.  Alzhermer yang paling ditakuti tiada ubat dimana pesakit akan mengalami ketidakupayaan untuk berfikir dan mengalami kehilangan memori.


Sessi merasa kedua-dua produk, Redianze dan i-Qids. Kedua-duanya adalah sedap dan mudah disediakan malah mudah dibawa ke mana-mana especially during travel.

Suasana di dalam dewan .. meriah dengan 'Beauty Blogger' yang mahu mengetahui mengenai produk-produk Eskayvie dengan lebih lagi termasuk lah i.

A photo with Dr. Syid Ayob Syid Mustafa Al-Qudri, the CEO of Eskayvie and Tammy, the Founder of Butterfly Project Malaysia.  TQ Dr. Syid for the detail explanation.  Saya sangat gembira dapat menghadiri Majlis yang penuh dengan ilmiah ini.  TQ Tammy for bringing this beautiful project to the Butterflies.

A group photo with all the VIPS of the Event.

Dear readers, visit Eskayvie here for more info .. not only about the products but also for health and beauty and I am looking forward for another box of Redianze for the benefits of my health and beauty. Jom. Lets try together.





3 comments:

Irfa said...

kalau dah sedia lawa, makin lawa lah nampaknya ;)

Anonymous said...

Boleh x misz ella update perubhn trkini stlh guna redianze

Anonymous said...

Boleh update prubhn trkini x misz ella....tq