Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

Makan-makan Harijadi Aiman & Entry Raya lagi

8 Ogos haritu harijadi Aiman. Dari awal memang kami dah set minda nak raikannya secara sederhana sebab tahun ni macam-macam hal menimpa keluarga kami semua.  Dari Adik beradik sampailah ke famili Misz-ella sendiri. Ujian Allah SWT buat kami .. agar kami lebih kuat dan lebih ingat pada Dia, kan.

I decided to organised a small gathering for Aiman and his bestfriend.  I told Aiman only for selective person and small group of people.  Mama want the 'Makan-makan' to be personalised and i want you to celebrate it with your close friends only. OK Mama. Aiman ajak Razman dan famili, Abe bestfren Aiman dan Ekin. Tapi sayang Ekin jauh di Campus tak dapat balik. So SAD. Mama rindu nak jumpa Ekin  *sobs*

Pagi tu Misz-ella gi shopping groceries dengan Aiman. Beli Lamb Shoulder, beli Nuget Ayam Ramli dan buat persiapan untuk buat Agar-agar Sirap Bandung.  

Lamb Chop with Salad and Black Pepper Sauce, Nasi Goreng Kampung *tak da gambar*, Nuget Ayam Ramly, Red Velvet Butter Cake, Watermelon and Agar-agar Sirap Bandung .. simple Menu buat tetamu kami malam itu.  Yang penting tetamu hepi .. paling penting Harijadi Aiman dirai. Alhamdulillah.




Raya dengan kawan-kawan aerobics di Meru. Meriah dan riuh rendah rumah Tuan Rumah dibuat dek kami.  Siap nyanyi-nyanyi Lagu Raya ramai-ramai kitorang malam tu. Aidilfitriii .. Hari Mulia hari yang bahgia .. best korang nyanyi berjemaah. Boleh cover suara i yang sumbang. Hihihi.

One more ... CLICK!!

Me, My sisters, cousin and Auntie Su.  Wedges Guess i tu kan, makaihh 3 1/2 ke 4 inchi tingginya. Beli masa shopping kat JPO .. dari ratusan ringgit dapat beli RM90 sahaja.  Shopping di JPO sangat berbaloilah. Nanti-nanti nak pegi lagi .. tunggu kasut lusuh dulu. Hihihi.

And then Beraya di rumah Ayah Ngah dan Auntie Su di KGNS, Kelana Jaya.  Seronok kan raya.  Jumpa orang tu .. orang ni .. sedara mara.  Dah habis pun raya dan seperti Misz-ella kata kan dulu, Raya tahun ni kami bersederhana.  Sederhana tapi tetap meriah.  Ok dah habis dah Entry mengenang Harijadi Aiman dan Hari Raya tahun ni. Esok-esok Misz-ella cerita lagi. Ada cerita best!! Tq baca. Byee.









3 comments:

Cik Aann said...

amboii sakan haa nyanyi lagu raya..anyway..happy belated bday to aiman..

Kurus dengan SHAKLEE: LOST 3KG in A MONTH

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

wah kak raya lagi ke ? hihi

Sukma said...

BEST...sambut majlis hujung-hujung nie...