Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

Cuti Merdeka Rakyat Malaysia. Cuti Merdeka Misz-ella.

Baru habis cuti panjang. Tak panjang mana sebenarnya tapi ramai warga kerja mengambil cuti 'extra' menjadikan cuti nya lebih panjang lagi dan lagi.

Maka lebuhraya 'jem' di sini sana.
Tiket kapal terbang habis dibooking.
Bilik hotel SOLD OUT.
Dan wang kita mengalir dengan derasnya.


Trend rakyat Malaysia - Bercuti tatkala 'Public Holiday' atau Cuti Perayaan.  Ye lah .. masing-masing bekerja. Hanya ini peluang untuk bercuti sambil jimatkan cuti tahunan sebab cuti bersambung-sambung, kan. And bila ia jatuh di hari memperingati Kemerdekaan Negara .. gitu rupanya korang sambut Merdeka ye? Well .. that was my life before i decided to stop makan gaji. Belek Kalender, mohon cuti .. merancang itu ini.  Now no more. Saya bebas buat apa sahaja atau pergi bercuti bila-bila saya suka.  I work on my own, anak pun dah besar. Tak perlu tunggu cuti sekolah, cuti umum or belek Kalender.  Once decided just go.  Fuhhh .. what a great life.  Alhamdulillah.

Sama macam Kakak cool .. hidup dia sangat bermakna at the age of 50 sebab dia 'decided' untuk makan gaji hanya setakat ini. Tak perlu 'punch card'. Tak perlu meeting, tak perlu outstation, tak perlu bangun awal bergegas ke pejabat mengejar masa beratur mengharung trafik jem segala.  Indah sangat hidup dia at the age of 50, katanya. Alhamdulillah .. rezeki Allah SWT bagi kan kak. MERDEKA!! Merdeka dari dijajah seorang Boss .. merdeka dari rutin yang menyesakkan minda .. yang merembeskan hormon-hormon penuaan tatkala menjalani gaya hidup yang memenatkan dan stress.


Memerdekakan diri dari rutin di hari MERDEKA.  I want to be free from everything or anyone today cos its MERDEKA Day.  Tak nak buat kerja. Tak nak jaga sapa-sapa. Tak nak terikat dengan sesiapa atau apa-apa.  Mahu enjoy mahu fikir diri sendiri sahaja. I want to be alone today. Nama pun hari Merdeka, kan.  Maka aktiviti dipilih ialah bersantai dan memanjakan diri seorang diri.  Korang-korang yang lain sila la buat aktiviti sendiri ye .. Mem Besar mahu berseorangan hari ini. Hehehe.  Bermula dengan bangun lambat, bersantai-santaian dan memanjakan diri di Salun Rambut. Bahagia siot bila berpeluang mem 'free' kan diri begini sekali sekala tanpa ada orang kacau kita. MERDEKA!

Salun rambut pilihan haruslah salun Aishah yang dah lebih 10 tahun memegang rambut Misz-ella.  Dari zaman dia anak dara, kawin gi oversea balik ke Malaysia sekarang anak dah 2.  I trusted her .. and memang dah karakter Misz-ella, kalau dah orang tu orang tu je la .. i takkan pergi ke Salun lain walau bagaimana pun dikatakan murah lagi harganya.   Kalau pergi pun esok-esok tak puas hati Aishah jugak yang i cari.  I very loyal you know. Warga Saujana Utama sila lah .. Kedai Aishah di SU2 deret 7E selang 2 pintu dari Shida Tomyam.  Baik perempuan atau lelaki, sila serah kepala kat dia. Nanti dia pangkas rambutnya!! Hehehe.

Dan tetiba Rutin berubah .. bila si Dia 'roger' ajak minum MANGO SAGO LO. Cissss .. terganggu Agenda Merdeka i tapi ok la ... maka WATERMELON SAGO LO my choice. Ingatkan 'date' sekejap je rupanya melarat bila kena teman Si Dia jalan-jalan .. ok u drive .. i mengantuk nak tido - kata Misz-ella. 10 minit yang sangat berkualiti .. celik mata dah boleh sembang-sembang macam biasa.  Penat sangat dohh .. malam menjelang Merdeka i only slept at 4:30am .. satu rumah dah sunyi Misz-ella mata bulat celik segar bugar lagi. Sekarang ni kan .. dah macam Cik Panda lingkaran mata .. fuhhh hebat mata i siap ada 'extra-extra' lagi. Hihihi.

OK Bye. Tu je nak tulis kat sini .. buat Kenangan hari tua nanti. Esok-esok cucu cicit baca oooooo .. gini granny kita dulu-dulu ye. Suka bebenor berumahtangga kat salun rupanya ye? Ooooo .. camtu.  Ahhhhh .. berangan. Jauh bebenor berangan .. macam dah tua sangat la kau Ella oooii. Tehehehe. Ok Bye. Kali ni betul-betul Bye. Byeeeee.




6 comments:

Irfa said...

aiman dah besar
maybe lg 5/6 tahun kc dah dapat cucu
hihi

Diana Rashid said...

kakcik makin cantik la..

Misz-ella Ismail said...

@irfa .. oittt .. awal betul kc bakal bergelar 'granny' ye. hihihi.

Misz-ella Ismail said...

@dianarashid, makin tua ada le dik. hihi.

Mahamahu said...

Suka lah air tu sedap best nya dpt minum wow....

Anonymous said...

Very nice write up, i definitely love this website, keep it up!



my web page :: learning seo online - -