Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

Glucerna Challenge Me ! - Managing Your Diabetes!

Hello Readers .. Hari ini Misz-ella nak buat Entry bersifat Ilmiah buat readers semua.  Moga-moga ada manfaat untuk kita.


Recently, i was invited by Abbott Nutrition to attend a Talk on Glucerna Challenge Me! program, sebuah program 'online' yang direka khas untuk membantu mereka yang mempunyai masalah Diabetes .. atau buat mereka yang berisiko tinggi untuk menghidap diabetes. Menariknya dengan menyertai program ini, kita bukan sahaja dapat mengatasi masalah diabetes malahan juga dapat membantu mengawal berat badan dan menurunkan kadar kolesterol di dalam darah.  

Diabetes Mellitus, seperti yang diketahui ramai adalah penyakit dimana penghidap mempunyai kadar gula yang tinggi di dalam darah.  Diabetes Mellitus adalah penyakit seumur hidup dan memerlukan penjagaan dan rawatan rapi dimana sekiranya ia tidak ditangani sebaiknya ia boleh mendedahkan pesakit diabetes ke komplikasi lain seperti Cardiovascular Diseases, komplikasi pada mata, Kegagalan buah pinggang, Kerosakan pada saraf, Tekanan darah tinggi, Komplikasi penyakit kulit dan Amputasi kaki.

Di Malaysia, terdapat 2.6 juta penghidap Diabetes menjadikan kita diantara negara yang mempunyai kadar penghidap diabetes paling tinggi di dunia.

Pihak Abbott Nutrition telah mereka dan membangunkan Progam Glucerna Challenge Me! bagi membantu penghidap Diabetes menguruskan 3 elemen penting dalam pengurusan diabetes iaitu pengurusan kadar glukosa, membantu pengurusan berat badan serta membantu pengurangan kadar kolesterol yang merupakan sebahagian daripada Pelan Pengurusan Diabetes.

Program Glucerna Challenge Me! selama 12 minggu ini akan membekalkan peserta dengan 'online tools' dan  sumber-sumber lain yang diperlukan bagi :-
  • Plan makanan ringkas dan resepi
  • panduan bagaimana menggabungkan Glucerna di dalam Diet sehat penghidap Diabetes
  • Senaman harian langkah demi langkah
Program ini juga menyediakan 'tracking tools' dan laporan kemajuan bagi membolehkan peserta memantau perkembangan terkini dan berkongsi maklumat tersebut dengan Doktor perubatan mereka.


Selain dari diberi penerangan terperinci mengenai Diabetes dan cara menanganinya dengan sokongan Program Glucerna Challenge Me! Kami juga berpeluang mengikuti Kelas Masakan/Baking Hokaido Cake dimana Glucerna merupakan antara bahan utama untuk membuatnya.



Setiap seorang Blogger diberi 2 Bijik Hokaido Cupcakes dan diberi peluang untuk menghias Cupcakes tersebut mengikut kreativiti masing-masing.

Photo dari FB Butterfly Projek Malaysia


Dan tadaaaaaa .. itu Cupcakes yang telah dihias oleh Jari-Jari Halus Misz-ella.  Tak menang hadiah utama but i'm having so much fun!!  Dengan Glucerna, penghidap Diabetes masih berpeluang menikmati kek yang lazat dan berkhasiat.


Program 12 Minggu Glucerna Challenge Me! ini sangat ringkas dan mudah difahami dan ia membekalkan peserta dengan teknik-teknik yang betul bagi membolehkan golongan ini menguruskan dan mengawal diabetes dengan konsep Mengamalkan Gaya Hidup Sihat.  Sebaik mendaftarkan diri secara Online, peserta akan diberi panduan pemakanan dan senaman untuk mendapatkan hasil yang lebih berkesan.  Peserta program akan dibimbing secara Online bagi mendapatkan kesan yang lebih optimum.  Di dalam Program ini, peserta hanya dikehandaki menjalani 3 langkah mudah iaitu :-


  • Peserta dikehendaki mengambil Glucerna - sejenis makanan kesihatan yang membantu mengawal tahap gula di dalam darah.
  • Peserta akan diberi panduan tentang Pelan pemakanan sehat yang bersesuaian untuk membantu pengurusan berat badan
  • Peserta juga akan dibimbing dengan aktitivi-aktiviti fizikal dan kecergasan bagi mendapatkan keputusan yang lebih optimum. Ketiga-tiga langkah ini akan membantu peserta mencapai 3 Matlamat utama Progam Glucerna Challenge Me! ini iaitu Mengawal kandungan gula di dalam darah, menurunkan berat badan dan menurunkan tahap kolesterol di dalam darah.
Apakah Glucerna?

Glucerna dengan formula yang telah diperbaharui adalah SATU-SATUNYA produk nutrisi untuk pesakit Diabetes yang memenuhi sepenuhya garis panduan yang disediakan oleh pihak Malaysia Medical Nutrition Therapy (MNT M2DM). Glucerna adalah sejenis makanan kesihatan yang berkonsepkan "Triple Care System" dimana ianya :-
  • mengandungi New Chromium Picolinate and Sucromalt with Fibresoil yang meningkatkan kesan insulin dan mengoptimumkan pengurusan glukosa darah
  • membantu dalam pengurusan berat badan yang lebih baik kerana ianya sesuai dijadikan "meal replacement".  Glucerna adalah makanan kesihatan yang lengkap dan seimbang dan tinggi serat.
  • meningkatkan taraf pengurusan kolesterol dimana ianya mengandungi Omega -6 dan 3 dan 'monousaturated fatty acids' (MUFA)' yang tidak mengandungi kolesterol.  Diet tinggi Omega -6 dan 3, MUFA dan SFA mengurangkan risiko penyakit Kadiovascular.
Glucerna dengan nutrisi yang sangat berkhasiat untuk penghidap Diabetes disertai dengan Pelan pemakanan sehat dan dibimbing dengan Latihan Senaman dan kecergasan pastinya peserta akan melihat perubahan dalam masa 12 minggu sahaja.  Disamping itu, Program Glucerna Challenge Me! ini bakal mengubah gaya hidup penghidap Diabetes ke arah yang lebih sihat.


Inilah dia Glucerna yang berperisa seperti Aiskrim Vanilla.  Misz-ella sendiri walaupun tidak menghidap Diabetes telah habis mencubanya se tin dan sangat berpuas hati dengan rasanya yang sedap dan sangat suka dengan rasa kenyang yang berpanjangan yang dapat dirasai sebaik sahaja mengambil Glucerna ini sebagai Sarapan Pagi.

Buat Penghidap diabetes yang mahu menyertai Cabaran 12 minggu bersama Glucerna Challlenge Me! ini, sila lawati Laman Web ini. Daftar kan diri anda sebagai peserta dan anda akan dapat memulakan Progam ini dengan segera. Anda juga boleh memuat turun Applikasi 'mobile' yang disediakan untuk telefon pintar Iphone dan Android. Ini sudah semestinya lebih memudahkan anda kerana program ini berada di hujung jari anda dan anda boleh menyertainya bila-bila masa sahaja. Jom kita cuba. Untuk tahap kesihatan yang lebih baik. Untuk gaya hidup yang lebih sihat.  Untuk keceriaan hidup kita dan keluarga.

Layari www.glucernachallengeme.com untuk maklumat lanjut.






















                                                      

2 comments:

Daddy Ziyyad said...

Is it powder form ?

Boleh la consider minta wife saya try produce cake guna Glucerna ni..nak try tgk rasanya...:)

Cik Aann said...

bagusnye kempen ni..

Join Contest dan Menangi Tupperware Eco tumbler dan Cinch Tea Mix