Semalam marah orang.
Punya kuat Misz-ella marah
Sampai Aiman kat meja angkat kaki tak sanggup dengar lagi
Padahal i bukan marah dia
I marah orang kat dalam telefon tu
Habis cakap baru Aiman berani turun bawah
Kesian budak tu Ma ..Biarlah .. sapa suruh kau jadi Customer Service?
Company kau tak betul memang kena la dengan Customer garang macam aku.
Masa ni teringat kata seorang kawan .. Kak Ella kalau marah, terkeluar susuk lawa dari mulut dia. Yang tinggal hanya rupa buruk dia je. Cissss .. dengan ayat-ayat itu maka nyatalah yang aku sangat buruk dan hodoh ketika marah.
Betullah orang cakap Misz-ella bersifat macam Angin. Dia ok .. sangat ok .. tapi jangan ada sesuatu yang mengacau dia .. keluar angin puting beliung 'hurricane' semua. Hurmmm .. nasib la sapa yang kena. Tapi rasanya tak ramai yang kena sebab i susah nak 'explode' .. melainkan benda tu betul-betul mengganggu dia.
Readers, jangan marah-marah Ok. Marah adalah satu tekanan sebenarnya. Yang kena marah tertekan .. yang tukang marah tu pun sama sebenarnya. Tension jugak sebab marah orang, kan.
Lepas marah orang i pegi Aero .. I think hanya 90% minda di Lantai Tari .. lagi 10% hanyut entah di mana. Tapi tak pe lah .. dapat jugak bersenam tari selepas seharian memanjakan 'tummy'. Ringan kepala lepas 'exercise' .. padam dah kot angin marah sekuat hati tu tadi.
Nasib baik kejadian marah berlaku selepas 'Beef lasagna' ni habis kena telan .. kalau tidak .. agaknya pandang je yang mampu. Minggu ni diet ke laut sebab Aiman kesayangan cuti ada di rumah menunggu. Seronok ooo .. boleh masak-masak, boleh jalan-jalan .. makan pun ada orang teman. Yeahooo .. mak terlebih hepi minggu ni. Ok bye. Dah habis cite marah. Byeee.
0 comments:
Post a Comment