Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

SAAT KAU LAFAZKAN

Peminat novel .. jom follow Misz-ella layan Saat Kau Lafazkan by Isma Adeliya.

Kisah hidup Izureen yang mencintai Muaz secara diam-diam sejak dari Universiti. Saat Muaz melafazkan cinta, sayangnya cinta itu bukan untuk dia. Zureen yang patah hati lari membawa diri lalu terjumpa Naim. Naim yang sangat 'annoying', sangat 'irritating', sangat merimaskan dan buat hati Izureen menyampah pada dia.

Maka bermula lah cerita demi cerita .. kejadian demi kejadian yang akhirnya menjodohkan mereka secara paksa. Bagaimana harus Izureen meneruskan hidup disisi Naim sebagai seorang isteri sedangkan hanya Muaz bertakta dihati? sedangkan dia sangat rimas, menyampah pada si Naim yang padanya sangat 'annoying'? Dan selepas hati rela menerima, dugaan datang menimpa hidup mereka.

Dear readers 'Dari Jari-Jari Halusku' yang budiman .. jom baca Novel ni.  Misz-ella menghayati penuh jiwa lalu menangis sampai bengkak mata. Saat Kau Lafazkan sarat dan kaya dengan pengajaran disertai Hadis-hadis penguat diri yang boleh kita amalkan dalam kehidupan.  Ada banyak bait-bait ayat yang meresap dikalbu yang menyentuh hati dan buat airmata bergenang dengan sendirinya tanpa disedari.  Ada banyak ayat-ayat yang pada Misz-ella boleh dijadikan Motivasi serta pendorong untuk kita hadapi dugaan/rintangan dalam kehidupan. Kalau boleh Misz-ella nak lipat 'page-page' yang ada ayat bermakna tu tapi i sayang buku. Its ok .. nanti boleh 'repeat' lagi bila free.

Hidup akan lebih tenang jika kita terima Takdir Ilahi dengan hati terbuka - Isma Adeliya.



Peminat-peminat Novel boleh dapatkan novel ini dari Booth Lovenovel P07, di Pesta Buku Selangor, SACC Mall, Shah Alam dan temui penulis Isma Adeliya pada hari Sabtu dan Ahad dari jam 1:30-3:00pm. Beli novel, temui penulis pada slot yang ditetapkan dan dapatkan 'Free Gift' istimewa dari dia. Best, kan,

Jom kita pergi jom .. Misz-ella pun akan pergi hari Sabtu ni.  Jom beli novel, dapatkan autograf penulis dan dapatkan 'Free Gift' dari penulis pada hari Sabtu dan Ahad ni. Jomm.


3 comments:

Diana Rashid said...

kakchik pun suka novel ye??saya layan novel time bercuti je kakchik..hari lain tak sempat..heheh

Kakcik Nur said...

Dah lama juga kakcik tak beli dan baca novel...

Mak Wardah said...

x sangka miss ellapun kaki buku