Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

Kehilangan Tragis

Tiap kehilangan wajarlah kita tangisi. Tapi kehilangan kawan Sekolah Aiman baru ni sangat tragis. 

Kawan sama sekolah dengan dia, sebaya, umur 18 meninggal dunia kemalangan motosikal pada 13/9/2014 jam 1 pagi.  Arwah dikatakan berlumba di Highway Guthrie dengan kawan-kawan. Dikatakan berlumba .. kita tak tau akan kebenarannya .. Arwah pun dah tak ada .. tak dapat nak bela diri ..

Sebuah trailer datang merempuh lalu sebuah SUV brek mengejut dan melanggar beberapa moto lain. Tiga meninggal di tempat kejadian.  Dua orang 18 tahun, seorang 16 tahun.  Sedihnya yang seorang melambung tinggi dari Highway Guthrie dan jatuh di tepi jalan berdekatan Tasik Biru Kundang. 

Sedihnya Aiman dan kawan-kawan kerana bila didekati mangsa yang melambung tinggi dan ditemui berdekatan Tasik Biru Kundang itu adalah kawan sekolahnya sendiri. Terkedu Aiman dan kawan-kawan yang lain. Sedih. Hiba. Tak tau nak cakap apa lalu diaorang tel mak Arwah yang duduk setaman dengan kami.

Teringat perbualan mak Arwah dan Misz-ella 2 minggu lepas .. Akak risau .. dia asyik dengan moto. Akak nak dia sambung belajar. Ella tolong dapatkan maklumat tu.  In Shaa Allah Kak.  Dan Arwah pun menurut kata Aiman selalu bercerita dengan kawan-kawan dia nak melanjutkan pelajaran.  Sayangnya dia pergi lebih dulu.

Dan Aiman sejak melihat keadaan kawannya yang meninggal, dia susah nak tido malam.  Dia sebak, dia sedih sebab kawan satu sekolah.  Tambah sedih bila dia antara yang terawal tiba di tempat kejadian dan membuat pengecaman identiti Arwah.  Misz-ella pesan .. bila Aiman teringatkan dia .. bacalah Al-Fatihah. Kirimkan pahala buat Arwah.  Moga Allah SWT mengampuni dosa-dosanya.  Moga Arwah tenang di sana.  Moga Kak Lang dan keluarga tabah menghadapi Takdir ini.

Warga SU, kalau ada yang membaca .. Arwah ialah anak kepada Kak Lang, pemilik Restoran Kak Lang Sup.  Ok Misz-ella dah sebak .. dah bergenang airmata.  AL-FATIHAH buat Arwah.

1 comments:

munna said...

Al fatihah buat arwah