Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

Basuh Muka Biar Bersih dan Cantik

Hai. Selamat Hari Rabu. Harap tak haru-biru.  Pagi ni Misz-ella berada di sebuah Hotel 'classic' di tengah bandaraya KL. Sibuk-sibuk pun, Misz-ella tetap nak 'share' sesuatu dengan readers kat sini.


By the way, ada orang tanya Misz-ella jaga kulit muka macamana?  Ini sabun muka kegemaran saya ~ Borneo Soap Beras Bario Facial Bar.  Ingat Entry ini?  Misz-ella diberi Beras Bario Facial Bar, Sagu Mukah Facial Bar dan Dabai Sarawak Facial Bar.  Tiga-tiga Misz-ella dah guna dan sangat suka.  Yang kat atas ni ialah Beras Bario Facial Bar.  Bila pakai, boleh rasa kulit kita ada pengelupasan nipis atau sikit-sikit .. boleh rasa kulit kita glowing and shine .. boleh rasa otot-otot muka lebih tegang tepuk-tepuk tak gegar kauuu .. Tepuk eh .. bukan lempang. Lempang kalo terus i "X" tak nak kawan. Hehehe.  Nak tau camana Misz-ella guna Sabun mewah yang di 'hand crafted' ni?  Sabun ni besar .. Misz-ella potong dua .. guna satu persatu.  Masa nak guna, Misz-ella akan buat buih kat tapak tangan dan kemudian ratakan buih tu kat muka. Misz-ella buat pusingan kecil guna 2 jari tengah dan jari manis (guna dua-dua tangan kiri dan kanan)  .. perlahan-lahan jangan tekan dengan kuat cos our skin is living cell too .. so jangan sakitkan kulit kita ye .. 20 pusingan di dahi, 20 turun ke pipi, tepi pipi, keseluruhan muka dan dagu. Tiap satu tempat Misz-ella buat pusingan jari 20 kali.  Dah rata seluruh muka baru bilas. Itu cara Misz-ella basuh muka.  Yang bestnya lepas basuh kulit rasa lebih lembut, lebih licin, lebih halus dan lebih berseri.  Borneo Soap ada dijual di theSkintopic The Curve, Mutiara Damansara dan juga di Metrojaya Mid Valley. Both are my favorites spot so Yeayy!!  Menariknya buat you all yang jauh tapi nak cuba Borneo Soap, Borneo Soap juga boleh dibeli Online disini.

Selain dari tu, Misz-ella juga guna Pencuci Muka, Toner dan Moisturiser jenama Kiehl's.  Kiehl's ni Misz-ella guna selalu .. means untuk kotoran bukan beratlah.  Contohnya .. bangun tidur guna Kiehl's ..  kalau kulit lepas bermekap atau baru balik dari luar then Misz-ella akan guna Beras Bario Facial Bar sebab Kiehl's sangat ringan dan light manakala Beras Bario sangat berkesan untuk mengeluarkan kotoran degil dan sel-sel mati dari muka.  And what i can say is best guna dua-dua produk ni. Ok done. Tu je nak 'share' dengan korang semua. Tq baca. Bye.

3 comments:

Diana Rashid said...

rasa jakun pulak saya ni sebab tak pernah tau pasal jenama kiehl's ni..selalau pakai jenama2 cabuk je..ekekek

munna said...

Munna Dari dulu lagi pakai Natasha je Kak ella

Rosmiza Ali said...

Ooo.. ini rahsianya.. Patutla kulit cantik jer.. ^_^
Rosmiza Ali Official Blog™