Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

Eyelashes Extension di Pink Passion The Signature Salon

Hello mata-mata cantik yang sedang membaca entry ini ..


Misz-ella baru-baru ini telah memanjangkan bulu mata yang sememangnya pendek itu sekali lagi, atau dalam bahasa yang lebih mudah 'Eyelashes extension'



Kali ini Misz-ella telah ke Pink Passion The Signature Salon di Sunway Mas, Petaling Jaya, Selangor. Not my first visit here, I have been to this salon a few years ago for my first eyelashes extension experienced.



Lepas ber hello-hello dengan Pui San, beautician di Pink Passion The Signature Salon yang sangat friendly, Misz-ella diberitahu yang 'Kita akan pasang eyelashes extension yang panjangnya 8mm dan 10mm ke bulu mata asal Misz-ella'. Sebab Misz-ella rabun dan kadang-kala perlu berkaca mata, so eyelashes yang panjangnya 11mm tu tak berapa sesuai untuk Misz-ella. Terlalu panjang. Paling menarik kali ini ialah eyelashes extension yang akan dipasang adalah dari jenis 'cluster' ataupun berangkai. Ini akan membuatkan bulu mata Misz-ella lebih lebat, lebih menarik dan lebih cantik!



Proses memasang eyelashes extension tidaklah memakan masa yang terlalu lama. Lebih kurang sejam sahaja. Ianya tidak menyakitkan, malah Misz-ella boleh 'terlelap' sekejap masa Pui San pasang eyelashes extension tu. Terlalu penat, barangkali .. *hehe*


Ini bukan Misz-ella ye. Pic credit to Pink Passion The Signature Salon's FB






Memandangkan Misz-ella hanya menggunakan eyelashes bersaiz 8mm dan 10mm, jadinya ia nampak lebih asli (natural) dan tidak terlalu 'dramatik'. Sekali pandang mesti orang ingat ini bulu mata asli Misz-ella, kan. Alahai .. bulu mata akak kecik-kecik, comel dan pendek je dik .. macam tuannya jugak ...



Melentik naik, kan



Dibuat dari 'silk' atau sutera, ianya lebih lembut, ringan dan 'naturally curved'. Paling bagus ialah ianya sangat tahan lasak. Misz-ella boleh berlari, melompat bintang ber ratus-ratus kali, dan ber basikal berkilo-kilo metre di gym tapi eyelashes extension Misz-ella tetap kekal di situ. Tak gugur pun. Kualiti eyelashes extension yang dibuat dari sutera ini adalah sangat baik dan ia juga tahan panas ~  Lepas ber gym, Misz-ella boleh ke Sauna dengannya.



Kenapa saya suka ber eyelashes extension? Kerana Misz-ella jarang nak bermekap tebal. Seringkas yang boleh je mekap Misz-ella kerana saya selalu mengejar masa. Eyelashes extension banyak membantu menyerlahkan penampilan Misz-ella walau tidak bermekap tebal. Mudah menggunakannya kerana jika bulu mata palsu atau pun maskara, kita tak boleh bawa ke tempat tidur dan perlu dicuci sebelum tidur, eyelashes extension ini boleh dibawa ke tempat tidur dan tak perlu bersusah payah mencucinya. Kita boleh tidur dengan eyelashes extension ni, boleh basuh muka seperti biasa, boleh pergi 'swimming' dan sebagainya tanpa merosakkan keadaan eyelashes extension tersebut. Senang, kan.


Eyelashes extension ini juga sangat tahan lama. Kebiasaannya ia akan kekal selama 4 hingga 6 minggu sebelum ia gugur dengan sendirinya iaitu apabila bulu mata yang asal semakin memanjang. Harga eyelashes extension ini sangat berpatutan iaitu RM88 sahaja (untuk 'single layer') manakala untuk yang 'double layer' seperti Misz-ella, harganya ialah RM188 sahaja. Kalau mahu lebih jimat, beli Pakej 10 kali yang turut ditawarkan di Pink Passion The Signature Salon ini.

So pembaca-pembaca budiman, kalau mahukan mata cantik, menawan seperti Misz-ella, hubungi Pink Passion The Signature Salon hari ini di no. telefon 03-78057285 atau terus ke Salon Pink Passion yang terletak di No. 37-1 Jalan PJU 1/3C, Sunway Mas Commercial Centre, Petaling Jaya, Selangor.

Dapatkan khidmat nasihat dari beautician terlebih dahulu tentang corak eyelashes extension yang sesuai untuk anda kerana ianya boleh di 'customised' mengikut kesesuaian masing-masing dan jangan ragu-ragu. Ianya adalah selamat kerana dibuat dari sutera. OK Misz-ella dah habis berkongsi dengan you all semua. Cubalah mana tau nanti berganda-ganda lebih lawa dari Misz-ella. Wahhh .. saya tumpang bangga lah!









2 comments:

Sally Samsaiman said...

amboiii...amboiii...sakan noh! padan la tak pernah tak cantik! hihihi

choulyin said...

Wah kak, nampak cantik sangat! saya pun pernah pergi Pink Passion jugak, yang service mereka tu, memang top notch!