Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

Kisah Cinta Miss Kapten Cikgu Waiz di Lestary TV3 mulai 21 Julai


Hello pembaca budiman, 



Slot Lestary, TV3 dah mula bawakan drama bersiri terbaru bertajuk Miss Kapten Cikgu Waiz mulai dari 21hb Julai haritu.

Menampilkan pelakon jelita, Neera Azizi sebagai pelakon utama, drama berkisah tentang dilema memilih pasangan bercinta menjadi fokus utama drama 13 episod terbitan Country & Universal Sdn Bhd arahan Yeop Hitler ini.

Terperangkap dalam dua situasi ~ antara cikgu kepada adiknya yang bergaji sederhana tetapi lengkap budi pekertinya atau seorang juruterbang yang bergaji besar tetapi terlalu mengongkong, drama ini turut dilakonkan oleh Erwin Dawson, Amir Nafis, Daniella Sya, Afieq Shazwan, Fadil Dhani, Lizza Abdullah, Nina Fazurina, Bella Dowanna, Zera Hariz dan Zalfa Zin.


Menurut Pengarah Drama Miss Kapten Cikgu Waiz, saudara Yeop Hitler, “Drama ini amat berlainan dari drama lain kerana ia menampilkan juru terbang wanita sebagai watak utama berbanding dengan kebiasaan drama-drama lain yang sering menampilkan lelaki sebagai watak utama. Dalam kegemilangan watak utama itu, tersirat juga konflik keluarga yang membebankan fikirannya. 



Selain itu, drama ini menarik kerana kami mendalami ilmu penerbangan juru terbang daripada juru terbang sebenar, sehinggakan Neera Azizi sendiri meluangkan 2 jam untuk mempelajari peralatan di kokpit kapal terbang sebenar. Ini lah cabaran besar kami kerana kami tiada asas ilmu penerbangan, tetapi dengan hasil kerjasama semua pihak kami dapat harungi cabaran tersebut dengan baik.”

“Sesi penggambaran drama juga selesai tepat pada masanya, iaitu selama 28 hari. Sebagai pengarah Miss Kapten Cikgu Waiz, saya serta kru produksi telah lakukan tugas kami sebaiknya dan kami berharap agar para penonton dapat ikuti drama ini dari episod pertama sehingga tamat episod 13.” ujarnya lagi.




Mengisahkan seorang juruterbang, Khalisha (Neera Azizi) yang tidak mahu bercinta kerana trauma dengan tindakan ayahnya, Pak Megat yang telah berkahwin baharu dengan seorang wanita yang bernama Sofea Gebu. Khalisha yang mempunyai kecantikan semulajadi dan bertugas sebagai juru terbang, menjadi kegilaan ramai juru terbang di lapangan terbang tempat Khalisha berkerja. Namun, Khalisha tidak pernah memberi perhatian kepada mereka kerana tidak percaya pada cinta.

Khalisha juga membantu ibunya, Mak Eton untuk menyara adiknya, Kamarul yang bakal menduduki peperiksaan SPM tahun ini. Rezeki sentiasa memihak kepada keluarga Khalisha kerana Kamarul juga mewarisi kepintaran kakaknya dimana Kamarul merupakan pelajar cemerlang di sekolahnya. Walau bagaimanapun, Kamarul sentiasa tidur di sekolah kerana tertekan dengan keadaan ibunya yang sering bersedih ditinggalkan Pak Megat.

Di sekolah Kamarul, Cikgu Waiz (Erwin Dawson) seorang guru yang tampan dan berwawasan, juga sering menjadi kegilaan guru-guru wanita di sekolah itu. Cikgu Waiz merupakan guru dan abang kepada rakan karib Kamarul, Wahida. Takdir menemukan Cikgu Waiz dengan Khalisha ketika Cikgu Waiz baru pulang daripada berkursus di mana mereka bertembung di lapangan terbang dan secara tidak sengaja, Cikgu Waiz menumpahkan secawan kopi di baju uniform Khalisha. Perkenalan mereka dilanjutkan di sekolah setelah Wahida mengetahui Khalisha adalah kakak kepada rakan karibnya, Kamarul, lalu Wahida ingin menjodohkan Cikgu Waiz dengan Khalisha.


 

Namun, kerana paras rupa Khalisha dan Waiz yang begitu menawan, mereka sudahpun mempunyai peminat mereka yang tersendiri dan tidak akan berhenti sehingga Khalisha dan Waiz menjadi milik mereka. Di lapangan terbang, Khalisha sentiasa diperhatikan oleh Kapten Ghaz, manakala di sekolah, Cikgu Waiz sedang digila-gilakan oleh Melati. Selain itu, hati Cikgu Waiz juga sering diburu oleh rakan seperjuangannya ketika di universiti, Julia.


Apakah kesudahan drama Miss Kapten Cikgu Waiz ini? Bakal bertemu jodohkah Khalisha dan Cikgu Waiz? Atau Khalisha bakal meneruskan sikap dingin beliau?

Dapatkah keluarga Khalisha mencapai keharmonian mereka semula? Segala-galanya bakal terjawab dalam drama Lestary Miss Kapten Cikgu Waiz setiap hari Rabu hingga Jumaat bermula 21 Julai, pada pukul 9 malam. Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman web www.tv3.com.my dan ikuti juga laman sosial Facebook, Twitter, Instagram dan youtube TV3 iaitu @TV3Malaysia.


So peminat-peminat drama bersiri, mari kita sama-sama tonton drama Miss Kapten Cikgu Waiz ini dan saksikan sendiri bagaimana Khalisha menyelesaikan konflik hidupnya. 

1 comments:

Kak Vit said...

Woww. Banyak konflik. Mesti drama habis ni. Wajibb tenguk. :)