Hello pembaca budiman,
Masih ingat lagi Blog entry Misz-ella tentang drama bersiri Mak Cun dan Andainya Takdir yang ditayangkan menjelang Syawal baru-baru ini?
Andainya Takdir, drama yang telah menjentik perasaan penonton telah mejadi bualan hangat di media sosial semenjak episod pertama telah meraih tontonan sebanyak 3.5 juta pada episod akhir. Drana ini juga telah trending satu dunia di laman sosial Twitter sepanjang siaran 16 episodnya.
Menurut Pengarah Drama Andainya Takdir, Along Kamaludin, “Pihak produksi amat bersyukur kerana para penonton telah memberi sokongan padu kepada drama ini. Kami percaya bahawa kejayaan drama ini adalah kerana nilai-nilai murni yang diterapkan dari naskah Andainya Takdir ini yang bertepatan dengan bulan Ramadan iaitu kesabaran, kasih sayang, kekeluargaan, dan kehidupan masyarakat majmuk. Pihak produksi juga berterima kasih kepada kesemua pihak yang terlibat, baik dihadapan tabir dan dibelakang tabir. Para pelakon telah memberikan komitmen yang amat memberangsangkan sehingga segala babak-babak yang sukar, telah menjadi mudah dan lancar.”
Sejujurnya, Misz-ella sendiri pun suka membaca perbualan hangat penonton drama Andainya Takdir di media sosial. Masing-masing turut meletakkan emosi mereka sendiri di dalam perbualan tersebut. Banyak pengajaran kita dapat dari drama ini, kan.
Pengarah Mak
Cun 3, Bade Hj Azmi mengulas, “Drama bersiri Mak Cun ini tetap meneruskan
fenomenanya kerana menaikkan nama Negeri Kedah. Dari jalan ceritanya yang
sentiasa membuktikan bahawa masyarakat luar bandar juga mampu untuk berjaya jika
diusahakan dengan saluran yang betul. Kerana itu, kami percaya bahawa drama ini
tetap relevan kerana nilai masyarakatnya yang tinggi. Oleh itu, kami berharap
agar sokongan para penonton tidak akan putus terhadap drama Mak Cun ini.”
Mak Cun memang kelakar, sangat santai dan selamba. Misz-ella pun seronok tengok. Tahniah pihak pengurusan dan produksi serta pihak TV3 sendiri. Semoga lebih banyak drama-drama berkualiti akan disajikan kepada penonton di masa yang akan datang.
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web www.tv3.com.my www.tv9.com.my dan www.tonton.com.my
Ikuti juga laman sosial Facebook, Twitter, Instagram dan YouTube @TV3Malaysia dan @TV9Malaysia untuk berita dan informasi terkini mengenai kempen Terima Kasih.
1 comments:
GB tengok Andainya Takdir tu. Kalau balik labat memang suruh adik rekod hari2. Hari2 tanya 'dah ada scene kena pukul ke belum?'
hehehee
Post a Comment