Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

F45 Functional Training di F45 M-City Ampang, Kuala Lumpur

Hello pembaca budiman,

Kalau ada di antara pembaca-pembaca blog Dari Jari-Jari Halusku ini sedang merancang untuk memulakan rutin sihat secara berstruktur, entry ini untuk anda. 



Misz-ella.blogspot.com baru-baru ini telah ke Jalan Ampang untuk mencuba Functional (F45) Training.


gambar dari FB Black Box Events

F45 adalah sebuah gimnasium francais berasal dari Australia yang berkonsepkan 'gimnasium ekspress'. F45 Training Ampang telah beroperasi sejak tujuh bulan yang lalu dan kini dibuka semula kepada umum setelah menjalani pengubahsuaian selama 3 minggu.


Tengku Daud Shah (Kiri) *gambar dari FB Black Box Event*

Menurut pemilik F45 Training Ampang, Tengku Daud Shah ~ Pihak kami berhasrat menjadikan F45 Training sebagai hab sosial dengan fasiliti bertaraf dunia. Oleh itu, kami menawarkan lebih 3,000 jenis latihan dan senaman yang berbeza buat pelatih yang hadir dan dikendalikan oleh 8 jurulatih profesional yang berpengalaman. Istimewa di F45, setiap hari, minggu dan bulan, program latihan buat pelatih yang mendaftar masuk akan berubaha dari semasa ke semasa.  F45 Training Ampang merupakan cawangan ketiga, selepas KLCC dan Mont Kiara.

F45 Functional Training menawarkan latihan berstruktur (circuit training) secara berkumpulan di bawah kendalian Jurulatih professional. F bermaksud Functional Training manakala 45 pula bermaksud 45 minit. Setiap satu latihan Functional Training akan mengambil masa 45 minit.



Ada lebih 3,000 latihan dan senaman yang berbeza untuk dipilih dan Misz-ella berpeluang mencuba Hollywood Series. Seperti biasa, teknik circuit training memerlukan kita bergerak dari satu checkpoint ke satu checkpoint yang lain. Di dalam satu sessi Hollywood Series selama 45 minit, ada 27 cabaran yang perlu diselesaikan dan kita cuma ada 40 saat untuk selesaikan setiap cabaran. Lebih kurang macam HIIT atau Tabata lah cuma pada Misz-ella ianya lebih advance dan ber intensiti tinggi kerana 27 cabaran!! 




Stepboard jump!


Jump!

Gabungan 'cardio dan weight lifting' .. Misz-ella suka konsep gimnasium express yang digunakan di F45 ini. Di satu checkpoint, kita kena buat 'Jumping Jet' *i like* .. di checkpoint yang satu lagi pula, kita kena 'step on the stepboard' 'yang ni pun i like jugak*



 Squat ..


 Mountain climbers


 Weight plates


Sand bag

gambar dari FB Black Box Events

F45 is fun dan tidak membosankan kerana kepelbagaian latihannya. Dah puas melompat, di check point yang lain kita buat 'muscle conditioning' pulak. Lengkap! Sebab kalau nak bentuk badan yang 'fit' dan kemas, kita bukan sahaja perlu membakar lebihan lemak tapi perlu menggerakkan otot-otot badan supaya ia duduk di tempat yang betul. Kalau perempuan mesti nak pinggang ramping macam kerengga, dan perut leper baru lah cantik berkebaya .. kalau lelaki pulak, target dia orang biasanya otot lenganlah .. lagi besar 'bicep' lagi 'sado' katanya .. naik saham Abang, kan .. *hehehe*



gambar dari FB Black Box Events

Selebriti terkenal Hannah Tan turut bersama-sama kami mencuba Hollywood Series ini ..

 Tak perlu risau kalau kita tak tau bagaimana nak membuat latihan tersebut ye .. kerana Jurulatih sentiasa ada untuk membantu kita.


gambar dari jomkitalari.com

Dan kami akhiri sessi Hollywood Series ini dengan 'cooling down'. Lega dah habis sebab Misz-ella sebenarnya tak 100% sihat masa sessi tu tapi kerana teruja nak cuba .. sakit-sakit pun kita redah je!



Lebih banyak cawangan F45 Training akan dibuka iaitu di Damansara West, PJ New Town, Mid Valley, Bangsar, Damansara Heights, Mutiara Damansara dan Desa Park dalam waktu terdekat. Well .. tak sabar nak tunggu pembukaan di Mutiara Damansara atau Desa Park .. sebab lebih dekat dengan rumah .. boleh Misz-ella memvariasikan lagi senaman Misz-ella selepas ini, kan.


Dengan rakan blogger, Elana. Berseri muka kita lepas exercise, kan

Secara keseluruhannya, we had fun experiencing Hollywood Series at F45 Training Ampang sampai kesakitan 'bulan' pun tak ku hiraukan. Lupa diri sekejap yang awak tu tak sihat *hehe* Look forward to try more series exercise at F45! 

So readers, buat sesiapa yang sedang mencari senaman secara berkumpulan, ber variasi, tidak membosankan dan lengkap serta dikendalikan oleh jurulatih professional, boleh cuba F45. Alamat dan maklumat lanjut ada di bawah. Buat yang belum memulakan senaman, Misz-ella cabar diri anda agar mulakan Gaya hidup sihat hari ini. Siapa tak exercise rugi tau!


MENGENAI F45 TRAINING AMPANG

Alamat: No 326, Jalan Ampang, Kuala Lumpur, 50450 Kuala Lumpur, Wilayah
Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia

Laman Media Sosial:-


2 comments:

Ariff Syafik Bin Zulkifli said...

Awesome!

Thanks Misz Ella!

elanakhong said...

So much fun to workout here. Especially with Kak! :p