Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

Dato' Sri Mahadi Badrul Zaman terima anugerah The Jewels of Muslim World 2019

Hello pembaca kesayangan,

Dalam banyak-banyak kisah, kisah benar paling kita suka dengar dan dalam banyak-banyak kisah benar, kisah kejayaan penuh inspirasi adalah antara kisah yang paling Misz-ella sukai.



Baru-baru ini Misz-ella telah ke Kuala Lumpur Convention Centre, untuk bertemu dengan Dato' Sri Mahadi Badrul Zaman, seorang Perunding Kewangan yang baru sahaja menerima Anugerah The Jewels of Muslim World 2019, iaitu anugerah berprestij yang mengiktiraf kecemerlangan, inovasi dan pencapaian individu dalam meningkatkan ekonomi umat Islam antarabangsa. 




Majlis penganugerahan The Jewels of the Muslim World 2019 adalah salah satu dari acara kemuncak persidangan Muslim World Biz yang sedang berlangsung di Kuala Lumpur Convention Centre dari 4 hingga 6 September 2019.




Kalau you all nak tau, Muslim World Biz adalah acara perdagangan tahunan yang terdiri daripada zon pameran pelbagai sektor, zon persidangan yang pelbagai dan beberapa upacara penghargaan. Pertama kali dianjurkan pada tahun 2010, matlamat utama Muslim World Biz ini adalah untuk memudahkan pelbagai aktiviti yang berkaitan dengan peningkatan aktiviti intra perdagangan di kalangan negara anggota OIC.



Seramai 6 orang individu dari 57 negara yang terlibat didalam acara ini telah dipilih sebagai pemenang dan Dato' Sri Mahadi adalah salah seorang darinya. Hebat, kan!


Misz-ella dan rakan-rakan blogger berpeluang mendengar sendiri perkongsian Dato' Sri Mahadi tentang kisah bagaimana beliau membina empayar nya sehingga berjaya mendapat pengiktirafan antarabangsa. 




Ok jom kita berkenalan dengan Dato' Sri Mahadi. Beliau adalah pengasas Financial Genius Group (FGG) yang telah memulakan kerjaya sebagai perunding kewangan sejak berumur 21 tahun dan kini pada umur 37 tahun, beliau telah mencatat sejarah sebagai penerima termuda Anugerah The Jewels of Muslim World.

Seronok dengar perkongsian yang sangat positif dari Dato' Sri Mahadi, tentang bagaimana beliau bermula, kenapa beliau bermula, bagaimana beliau menangani jatuh bangun sebuah perjuangan demi menuju kejayaan dan paling Misz-ella suka adalah apabila beliau menjadikan ibu beliau sebagai sumber inspirasi untuk berjaya *tersentuh hati keibuan Misz-ella, tau* Bukan calang-calang personaliti popular dunia yang pernah menerima anugerah hebat ini. Antaranya adalah Dr. Mufti Ismail Menk, Ahli tinju dunia Muhamad Ali, Prince Al Waleed dari Arab Saudi dan ramai lagi.

Bila ditanya apakah perasaan beliau apabila diberi pengiktirafan setaraf dengan personaliti terkenal bertaraf dunia ini .. jawapan beliau adalah Syukur ke hadrat Allah SWT dan semoga kejayaan ini bakal membuka jambatan perhubungan bagi membolehkan beliau melangkah jauh membawa nama FGG ke persada antarabangsa. Dengar khabar, Dato' Sri Mahadi dah dapat jemputan dari tiga negara untuk berkongsi ilmu yang beliau ada untuk masyarat di sana. Tahniah Dato' Sri. Sejujurnya, saya sangat kagum dan terinspirasi dengan kisah kejayaan Dato' Sri ini. I'm sure it's not easy to keep your momentum continuously and consistently but you made it. Bak kata Dato' Sri tadi, it's ok to be negative once a while but you need a useful believe yang akan pull you ke depan. Very meaningful kata-kata tu, kan.




Dato' Sri Mahadi juga dijemput untuk menyampaikan World Class Talk bertajuk "Fundamental Components to Forge 21St Century Leaders" dihadapan lebih 100 peserta dari 57 buah negara Islam. Sesi penyampaian tersebut telah berlangsung selama satu jam bermula jam 3:45 petang dan berakhir pada jam 4:45 petang. Dato' Sri Mahadi Badrul Zaman telah berkongsi beberapa tips penting dan rahsia untuk membentuk pemimpin Abad-21 yang kental, berdaya saing dan mampu mengharungi cabaran dunia hari ini. 

Financial Genius Group (FGG) turut mengambil peluang untuk memperkenalkan organisasi ini kepada umum dengan menyertai pameran yang diadakan sepanjang 3 hari Muslim World Biz 2019. 

So pembaca blog Dari Jari-Jari Halusku, kalau you all nak dengar lagi perkongsian hebat dari Dato' Sri Mahadi, jangan lupa layari :-

Website :-
http://www.mahadibz.com/

Instagram :-
https://www.instagram.com/FinancialGeniusGroup

Facebook :-
https://www.facebook.com/fgg.financialgeniusgroup/







0 comments: