Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

Penduduk Tanah Merah terima washable silk hasil sumbangan YB Datuk Sri Ikmal Hisham

Hello pembaca kesayangan,


Baru-baru ini Misz-ella ke Jakel Shah Alam. Siapalah yang tak kenal Jakel yang telah mencantikkan seisi keluarga kita dari tahun 1985 lagi dan kini telah memiliki Jakel Online Store nya sendiri, kan. 


Misz-ella memang pelanggan setia Jakel. Jakel sentiasa jadi pilihan bukan sahaja ketika hari raya tetapi juga untuk lain-lain acara - nak cari kain untuk kenduri kahwin? kenduri bertunang? nak cari kain yang sesuai untuk dipakai harian atau untuk Malam Gala yang memerlukan anda hadir serba glam? You name it ..  you got it at Jakel guys!

Kali ini Misz-ella ke Jakel untuk sidang media Majlis menandatangani kontrak membekal 67,000 pasang kain washable silk kepada penduduk di dalam kawasan parlimen Tanah Merah oleh YB Dato' Sri Ikmal Hisham Bin Abdul Aziz dan pihak Jakel.



Majlis memeterai kontrak membekal 67,000 pasang kain washable silk tersebut telah disempurnakan oleh YB Dato' Sri Ikhmal Hisham dan Tuan Haji Mohamed Izani Bin Mohamed Jakel, Pengarah Urusan Jakel Shah Alam. 

Sumbangan kain washable silk oleh YB Dato' Sri Ikhmal ini bukanlah perkara baru malah ini adalah kali ke tujuh beliau menyumbang kepada penduduk di kawasan parlimen Tanah Merah ini. Semua penduduk yang berdaftar di dalam kawasan parlimen Tanah Merah akan menerima kain tersebut tanpa mengira agama, fahaman politik ataupun bangsa sebagai tanda penghargaan kerana telah menyokong beliau sehingga terpilih sebagai Ahli Parlimen buat penggal kedua pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) yang lau.

Sumbangan ini juga sebagai tanda kesyukuran di atas pembinaan projek persimpangan bertingkat bernilai RM150 juta yang bakal siap sepenuhnya dalam masa beberapa bulan lagi. 

Persimpangan bertingkat sepanjang 1.1km yang merupakan ilham YB Dato' Sri Ikmal sendiri bakal memberi kemudahan kepada pengguna kerana pengguna dan memudahkan masalah kesesakan lalu lintas luar biasa terutama pada waktu puncak yang dialami oleh penduduk Tanah Merah.



Nak tau tak kenapa YB Dato' Sri Ikmal pilih Jakel? Menurut YB Dato' Sri Ikmal, Ini adalah kerana Jakel merupakan jenama textile yang dipercayai, terkenal dengan kualitinya dan juga adalah pembekal textile Bumiputera terulung di negara kita dan dengan memilih Jakel, saya dapat membantu memperkasakan lagi ekonomi usahawan Bumiputera kita.

Tuan Haji Mohamed Izani bin Mohamed Jakel berkata bahawa pihak Jakel amat berbesar hati dapat berkolaborasi dengan Ahli Parlimen Tanah Merah ini sekali lagi. Kolaborasi kali ke tujuh antara ke dua-dua belah pihak ini melibatkan kos melebihi RM2 juta dan berterima kasih diatas kepercayaan yang diberikan kepada pihak Jakel.


Kain washable silk pelbagai warna ini dipilih kerana ianya sesuai digayakan oleh sesiapa sahaja, baik lelaki mahupun perempuan. Kain ini akan dibekalkan secara berperingkat-peringkat kepada semua penduduk yang berdaftar di dalam kawasan parlimen Tanah Merah.

Misz-ella nak ucapkan Tahniah kepada kedua-dua pihak di atas kolaborasi ini. Semoga segala usaha murni ini diberkati Allah SWT dan buat penduduk-penduduk di Tanah Merah, mesti semua dah teruja nak bergaya dengan kain washable silk sumbangan YB Dato' Sri Ikmal, kan .. 



OK .. Misz-ella dah habis kongsikan satu kisah, sekarang Misz-ella nak ceritakan tentang Jualan Jumbo Jakel yang sedang berlangsung sekarang sehingga 16 September ini.





Jualan Jumbo yang diadakan setahun sekali ini memberi potongan harga dari 50% hingga 90% bagi menghargai sokongan pelanggan-pelanggan Jakel selama ini. Misz-ella dah pergi dan sudah pun membeli belah .. sangat 'wow' jualan Jumbo Jakel ini you alls .. tak mampu daku menolaknya. Kalau tak percaya .. jom kita lihat harga tawaran ini ..


Kain Chiffon bercorak serendah  RM0.90  semeter sahaja ..

Kain embroidery lace ni serendah RM9.90 semeter sahaja !

Baju Kurta Nabil ditawarkan pada harga RM49 sahaja!


OK OK .. cukup!! Misz-ella tak nak tunjuk lagi sebab nanti tak surprise la, kan. Jom semua ramai-ramai ke Jakel dan check it out sendiri.

Jangan lupa layari :-


untuk update-update terkini, ok ..

0 comments: