Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

MOMENTS ~ Stylish High-Tea bersama Khai Bahar

Hello pembaca kesayangan,

Kalau Misz-ella ajak you all untuk sama-sama ber High-Tea di kawasan ber taraf lima (5) bintang iaitu sekitar KLCC, you all nak tak?

Sambil ber High-Tea tu, kita sama-sama menjamu mata dengan pertunjukan fesyen koleksi terbaru oleh enam orang pereka fesyen tempatan. Seronok, kan. Ehh kejap .. bukan mata sahaja yang bahagia, halwa telinga juga akan dihiburkan dengan lagu-lagu dari penyanyi yang baru sahaja memenangi anugerah Penyanyi Lelaki Paling Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke 32 baru-baru ini, iaitu Khai Bahar.

OK .. OK .. mesti you all nak tau lebih lanjut, kan. Let's go straight to the point.




iNorrela Empire membawakan MOMENTS ~ Stylish High-Tea yang akan diadakan pada 13hb Oktober 2019 di Ballroom, Corus Hotel, Kuala Lumpur.  MOMENTS merupakan sebuah pertunjukan fesyen yang bakal memperagakan koleksi terkini dari 6 orang pereka fesyen tempatan yang sedang meningkat naik dan akan menampilkan persembahan istimewa oleh Khai Bahar, yang baru dinobatkan sebagai Penyanyi Lelaki Paling Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke 32 (ABPBH32) baru-baru ini.


Tiket berharga RM150.00 seorang sahaja (termasuk High-Tea, pertunjukan fesyen dan persembahan istimewa oleh Khai Bahar) boleh didapati dengan menghubungi Misz-ella di nombor telefon 016-6223138.

Buat pembaca kesayangan blog Dari Jari-Jari Halusku yang berminat untuk menyaksikan MOMENTS, sila WhatsApp Misz-ella laju-laju ye kerana tiket sedang rancak dijual. Ehemmm .. semalam kita ada pembeli dari Singapura tau. So you all semua, cepat-cepat jangan terlambat. Ambil telefon anda sekarang dan dail 016-6223138, ok!


Buat Khai Bahar penyanyi pujaan se Malaysia, Tahniah dari Kak Ella dan famili kerana memenangi ABPBH sekali lagi. Semoga kekal merendah diri walau setinggi mana Khai pergi di dalam karier Khai nanti *Gambar masa post-party ABPBH32* 

0 comments: