Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

Obesiti - Malaysia negara orang gemuk!

Hello pembaca kesayangan,

Kali ini, Misz-ella nak kongsikan tentang Obesiti (obesity) ataupun keadaan perubatan di mana lemak badan berlebihan yang terkumpul sehingga ke satu tahap yang boleh menjejaskan kesihatan seseorang dan boleh menjurus kepada kematian.

OBESITI (Obesity) adalah masalah kesihatan yang telah menular bukan sahaja di kalangan rakyat Malaysia tetapi di seluruh dunia. Hampir 44.3 % penduduk Malaysia adalah obese dan 1/3 penduduk dunia termasuk dalam kategori yang sama.





Paling membimbangkan apabila Malaysia dikatakan mempunyai kadar obesiti yang paling tinggi di Asia Tenggara dan dikatakan sebanyak 73 peratus kematian di hospital kerajaan disebabkan penyakit tidak berjangkit (NCD) terutama membabitkan masalah obesiti. 



Malaysia juga dikatakan negara orang gemuk. Almaklumlah, Malaysia kan syurga makanan, makanan dari pelusuk dunia ada di sini yang menyebabkan rakyat Malaysia terlalu menikmati makanan tanpa memikirkan kesan dan akibatnya. Nampak sangat rakyat Malaysia suka makan tapi tak tau jaga badan, kan.

Imej dari Google

Seorang individu akan dianggap obese apabila indeks jisim badannya (BMI) mencecah 30 dan ke atas.

Kebanyakan penghidap obesiti tak sedar bahawa gaya hidup tidak sihat yang menjadi amalan selama ini akan mengundang impak negatif dalam hidup mereka. Ada juga yang sedar bahawa gaya hidup mereka tak sihat tetapi wujudnya mentaliti  ohh gemuk sangat comel ataupun tak pe lah gemuk asalkan sihat membuatkan mereka leka, sedar-sedar dah obese.

Obesiti menjejaskan penampilan diri dan mengundang penyakit-penyakit berbahaya seperti diabetes, hipertensi, gangguan tidur dikenali sebagai obstructive sleep apnea (OSA), strok dan penyakit jantung.  Tanpa kita sedari, obesiti sebenarnya adalah satu penyakit yang perlu diberi perhatian serius!





Baru-baru ini Misz-ella dan rakan-rakan blogger berpeluang menghadiri majlis perkongsian ilmiah iaitu Health Awareness Talk – Obesity is a disease. Find a Solution yang dianjurkan oleh Medi-excell Sdn Bhd bertempat di Restoran Hydramawt, Wangsa Maju, Kuala Lumpur. Perkongsian ilmu selama sejam oleh Dr. Mustafa Mohammed, Pakar Bedah Bariatric itu telah membuka minda kami tentang kepentingan menjaga pemakanan dan kesihatan bagi mengelakkan obesiti.



Imej dari Google

Menariknya sessi bersama Dr. Mustafa ialah sessi tersebut lengkap dengan ilmu pengetahuan yang sangat berguna tentang amalan gaya hidup sihat, obesiti dan cara mengatasinya. Paling penting terlebih dahulu, kita perlu tau apakah Body Mass Index (BMI) badan kita untuk memastikan adakah berat badan dan tinggi kita seimbang ataupun sebaliknya.


Sebaik sahaja BMI badan mencecah 30, maka kita telah memasuki obesiti Kelas 1.



Dr. Mustafa turut kongsikan bahawa obesiti tidak terjadi dalam sekelip mata atau dalam sehari tetapi bermula dari peringkat kanak-kanak lagi.



Salah satu cara ke arah gaya hidup yang lebih sihat ialah dengan mengamalkan pengambilan sarapan. Nasihat Dr. Mustafa, sarapan pagi sangat penting kerana kalau tak sarapan pagi, kita akan terdedah kepada risiko mengambil makanan berlebihan di kemudian hari *sebab dah terlalu lapar, kan*


5 Cara ke arah gaya hidup sihat adalah :
Jadi lebih aktif setiap hari
Minum air kosong banyak-banyak
Makan lebih buah-buahan dan sayur-sayuran
Tutup TV serta telefon bimbit. Lakukanlah aktiviti fizikal
Berhati-hati ketika pilih kudapan, pilihlah yang lebih sihat dan baik untuk badan



Turut dikongsikan bersama kami adalah fakta tentang senaman. 15 minit pertama semasa bersenam, hanya gula dan karbo dibakar oleh badan kita. Hanya  selepas 30 minit bersenam barulah badan kita bersedia untuk memasuki fat burning zone. Ini bererti, kita perlu bersenam sekurang-kurangnya sejam, kalau tak, kita penat beria-ia, berpeluh beria-ia tapi lemak tak terbakar dan misi pun tak tercapai, kan. So, keep pushing guys .. jangan give up, k.



Orang kata, kalau nak kurus kena pilih diet yang tinggi serat (fibre) iaitu bijirin, buah-buahan dan sayur-sayuran tetapi kena berhati-hati dan pilihlah buah yang betul kerana didalam buah-buahan juga terdapat gula. Nampaknya lepas ni kita kena makan buah pisang lebih lah kerana kandungan gula didalam sebiji pisang adalah lebih rendah berbanding dengan didalam buah-buahan lain.



Satu lagi fakta yang dikongsikan bersama kami pada majlis itu ialah tentang peratusan kandungan gula didalam segelas bubble tea. Kedai-kedai yang menjual bubble tea tumbuh bagai cendawan seterusnya mencetuskan kegilaan terhadap bubble tea ini .. kalau tak minum bubble tea, macam tak ikut trend lah tapi tahukah anda bahawa peratusan gula didalam segelas bubble tea adalah sangat tinggi, tidak bagus untuk kesihatan sekiranya diambil secara berterusan? *Oh dear .. nasib baik Misz-ella bukan peminat bubble tea*



Berbalik kepada obesiti yang menjadi topik utama blog post ini, walaupun terdapat kesedaran, keazaman atau semangat untuk menurunkan berat badan agar ia kembali normal di kalangan pesakit obesiti, mereka mungkin MEMERLUKAN LEBIH BANTUAN, bukan sekadar hanya diet sihat, senaman atau sebagainya.



Antara kaedah penurunan berat badan yang selamat dan semakin menjadi pilihan ramai adalah pembedahan bariatric, iaitu sejenis pembedahan sistem pencernaan dalaman bagi membantu mereka yang menghidap berat badan yang melampau (obesiti) mencapai berat badan ideal.

Terdapat beberapa jenis pembedahan bariatric yang secara asasnya akan mengurangkan saiz perut pesakit obesiti.

Menurut Dr. Mustafa, selepas melalui pembedahan bariatric atau juga dikenali sebagai pembedahan pintasan gastrik, kuantiti serta jumlah nutrisi yang berjaya diserap oleh tubuh badan pesakit dapat dikawal secara semulajadi dan ini akan mendorong pesakit mendapat berat badan ideal. Tahap kesihatan dan kecergasan juga akan menjadi lebih baik.

Walaupun begitu, pembedahan bariatric bukan untuk semua orang kerana pesakit obesiti perlu menjalani ujian saringan dibawah kawalan pakar bedah batriatric terlebih dahulu untuk memastikan samada pesakit tersebut benar-benar layak menjalani pembedahan bariatric atau sebaliknya.

Antara syarat-syarat asas yang perlu ada pada seseorang ingin menjalani pembedahan bariatric adalah pesakit perlu memiliki bacaan BMI melebihi 30, pesakit obesiti yang juga mempunyai penyakit lain seperti darah tinggi, kencing manis, kesukaran untuk tidur malam dan sebagainya, pesakit obesiti yang gagal menurunkan berat badan melalui diet serta senaman. Pesakit obesiti juga perlu berumur 18 tahun bagi membolehkan beliau menjalani pembedahan bariatric ini. Meskipun begitu, terdapat juga pesakit obesiti di kalangan remaja dan kanak-kanak yang memerlukan pembedahan Bariatric *bergantung kepada hasil ujian saringan yang dijalankan ke atas mereka* dan ianya hanya akan dilakukan selepas sessi rundingan bersama ibu bapa atau penjaga mereka.


Penyanyi Aishah

Di antara pesakit obesiti yang telah menjalani pembedahan bariatric bersama Dr. Mustafa adalah Rahim Sepahtu, penyanyi Aishah dan Alif Johan (anak kepada penyanyi Nora) dan ramai lagi.



Turut berkongsi pengalaman menjalani pembedahan bariatric adalah pelawak terkenal Rahim Sepahtu. Obesiti yang dihidapi beliau sebelum ini telah mencapai peringkat bahaya sehingga menganggu kehidupan beliau. Beliau menghadapi masalah jantung yang terhenti secara tiba-tiba sewaktu tidur dan terpaksa tidur menggunakan CPAP machine. Beliau juga tidak 'fit' untuk bersukan malah tidak pernah bermimpi untuk melakukannya.

Selepas menjalani pembedahan bariatric, beliau bukan sahaja  mendapat berat badan ideal malah ibarat mendapat ‘hidup baru’ apabila tahap kesihatan dan kecergasan beliau berjaya ditingkatkan. Berat badan ideal bersifat kekal tidak akan berhadapan dengan masalah ‘kembali ke zaman obesiti sekali lagi’ *tiada masalah rebounce weight atau yo-yo effect*


Rahim Sepahtu pada hari ini




Dr. Mustafa telah berjaya merubah penampilan ramai pesakit obesiti yang kini menjalani kehidupan yang lebih baik serta memiliki tahap kesihatan yang lebih memuaskan.



Terima Kasih diucapkan kepada medi-excell Sdn Bhd dan Dr. Mustafa di atas majlis perkongsian berilmiah yang sangat bermakna ini.



Kami pulang dengan membawa mesej yang penuh bermakna dari Dr. Mustafa. Paling best ialah Jangan Berhenti Makan tetapi ubahlah cara pemakanan agar lebih sihat.



Buat mereka yang menghidap obesiti dan memerlukan khidmat rundingan serta bantuan, sila hubungi Puan Rafeah di talian 016-2330678. Akhir kata, jangan lupa untuk Follow Instagram Dr. Mustafa Mohammed di instagram.com/dr.mustafamt untuk maklumat terkini tentang obesiti dan pembedahan bariatric

















0 comments: