Hello pembaca kesayangan,
Kali ni Misz-ella nak kongsi resepi Roti Coklat Goreng. Resepi ni Misz-ella jumpa semasa merayap di laman IG .. hati terdetik macam best je .. maka saya pun memasang impian 'one day i i must try' ..
Tengok tu .. macam best, kan. Paling best sebab bahan-bahan nya hanya 3 sahaja dan tidak mengambil masa yang lama.
Langkah 1 :-
Potong coklat bentuk macam tu dan letak atas roti secara segitiga.
Terpulang pada you all nak guna coklat jenama apa tapi kalau dapat jenama Cadbury ..ohhh yummy!
Lipat dua roti tu
Ambik cawan Ikea yang kecik comel macam ni dan tekap sehingga menjadi begini ..
Senang je, kan
Lepas tu kita goreng ..
Goreng sekejap je tau .. cepat-cepat angkat bila roti bertukar warna menjadi keperangan ..
Boleh dimakan begitu sahaja atau hias ikut apa yang ada dalam stok dapur anda .. 😄
Sangat mudah, sangat cepat dan dan sangat sedap. Terima Kasih kepada 'sukadessert' kerana berkongsi resepi. Misz-ella dah cuba. You all jangan lupa cuba jugak, k ..
Sangat mudah, sangat cepat dan dan sangat sedap. Terima Kasih kepada 'sukadessert' kerana berkongsi resepi. Misz-ella dah cuba. You all jangan lupa cuba jugak, k ..
0 comments:
Post a Comment