Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

Konsert mini Shopee X SimplySiti lain dari yang lain


Hello pembaca kesayangan,


Baru-baru ini Misz-ella telah ke Konsert Mini Shopee X SimplySiti yang diadakan di Kuala Lumpur Convention Centre, Kuala Lumpur.



Sebelum konsert bermula, Dato' Sri Siti Nurhaliza dan SimplySiti telah melancarkan produk terbaru mereka iaitu minuman kesihatan yang diberi nama Beautessence.



Beautessence, minuman berkhasiat yang dibuat dari ramuan terpilih kini boleh didapati secara eksklusif di platform Shopee *lepas ni you all check it out, k*


Siti Zoners membuat persembahan

Berbalik kepada tajuk blog post ini, walaupun konsert mini, ianya sangat menghiburkan dan lain dari yang lain, padat dan sarat dengan pelbagai aktiviti yang menghiburkan seperti games, ada sessi Dato' Sri Siti Nurhaliza bersama peminat bertuah, persembahan khas dari Siti Zoners dan paling menarik ada slot Goyang Shopee bersama Dato' Sri Siti Nurhaliza *eksklusif sangat, tau*


Goyang Shopee bersama Dato' Sri Siti Nurhaliza untuk mengumpul Shopeecoins



Semasa konsert ini, kami dibawa ke zaman Dato' Sri Siti Nurhaliza sewaktu mula-mula menyanyi dulu. Al-kisah Dato' Sri Siti Nurhaliza dari mula beliau bertapak di dunia seni disusun kemas bila layar skrin turut disertai dengan keratan-keratan akhbar yang memaparkan kisah beliau. Teringat Misz-ella wajah remaja comel berusia 16 tahun yang telah berjaya membuatkan Misz-ella mengeluarkan duit poket untuk beli album dia setiap kali beliau mengeluarkan album terbaru di pasaran. Teringat akan lagu-lagu beliau yang Misz-ella nyanyikan sewaktu Misz-ella berumur 23 tahun sehingga sekarang anak Misz-ella pulak dah berumur 23 tahun. Bukan sahaja Misz-ella ter flash back ke kejadian Once Upon A Time itu, Dato' Sri Siti Nurhaliza pun turut sama sehinggakan beliau menitiskan airmata di awal persembahan - teringat saat berbaju sekolah menjalani rakaman di studio, kata beliau.

Konsert mini yang berlangsung selama dua setengah jam ini dihiasi dengan suara lunak Dato' Sri Siti Nurhaliza mendendangkan lagu-lagu popular beliau seperti Jerat Percintaan, Wajah Kekasih, Biarlah Rahsia dan bermacam lagi.



Dato' Sri Siti Nurhaliza sewaktu sidang media selepas konsert


Syabas diucapkan kepada Shopee dan SimplySiti di atas kejayaan konsert ini - lain dari yang lain, semestinya meninggalkan kenangan paling manis buat peminat-peminat Dato' Sri Siti Nurhaliza sendiri kerana dapat melihat beliau dengan pelbagai aksi.