Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

Resepi Bubur Kacang Merah

Hai pembaca kesayangan,

Meh sini Misz-ella nak cerita. Baru-baru ni, teringin nak makan Bubur Kacang Merah. Sebenarnya Misz-ella memang peminat kacang merah. Roti inti kacang merah, pau kacang merah dan kacang merah di dalam air batu campur tu, memang favourite Misz-ella. 

Disebabkan teringin, maka Misz-ella mula meng 'google' resepi di Internet dan terjumpa lah resepi yang dicari. Tanpa bertangguh lagi, Misz-ella terus ke pasaraya berdekatan, beli kacang merah, beli santan kotak, sagu dan daun pandan. Gula tak beli sebab stok tahun lepas ada lagi *hehehe*



Nak makan waktu petang tapi lepas sarapan, Misz-ella terus rendam kacang merah tu. Kacang merah perlu direndam sekurang-kurangnya 4 jam, barulah ia cepat lembut. Kalau tak, makanya kita akan habiskan masa berjam-jam di atas dapur. Membazir masa dan membazir gas, kan. Jangan lupa renam sagu sekali, k.

Disebabkan Misz-ella dah rendam lama kacang tu, maka proses memasak menjadi mudah. Rebus dengan daun pandan sampai kacang lembut. Bila kacang dah lembut, masukkan sagu. Masak sampai sagu tu jernih dan masukkan gula. Bila gula dah hancur, masukkan santan *i guna santan kotak je you* Lepas tu seimbangkan rasa dengan masukkan sedikit garam supaya rasa bubur ni lemak-lemak manis.



Tadaaaa .. dah siap. Serius sedap you alls .. Kalau ada lebihan bubur, you all boleh simpan dalam peti ais. Makan waktu sejuk sedap .. makan sejuk-sejuk pun sedap!

Jangan lupa mencuba, ok ..


3 comments:

ezy.xixii said...

kacang merah sedap!
sy suke kacang merah dr kacang ijau.. kikiki

Unknown said...

Saya pun peminat kacang merah

Unknown said...

Sama sy juga...lebih suka mkn kacang merah dari kacang hijau...tambah dgn bubur pulut itam plak...fuhhh sedap..