Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

Aku pantang nampak dia ni ~ Nak jugak!!

Pantang weih!! Bukan pantang makan ok .. 'pantang jumpa'. Asal ternampak je nak. Asal jumpa je 'ngap'. Aduhai .. sib baik la berat badan takmo naik dah. Kalo tidak .... Hihi

Aku 'daring' ok ~ berani mengambil risiko punya orang. Tu pasal aku customer pertama dia. Lepas tertengok kempen dia kat sini, terus terkenan .. terus ter konfirm order. Aku tak perlu testimonial dari sapa-sapa lah .. percaya je kat ayat-ayat power rangers si Curly ni. Hihi .. Tapi kan, watever it is ..taste org tak sama .. so ce rasa .. ce rasa sendiri .. then u story me. Hihi ..

Makanya, ber 'blind date' la kitorg di McD seksyen 9 Ahad lepas. Wah .. sejak jadi blogger ni kan, aku sokmo blind date u. Hihi .. Aku dtg dgn Pinky. Curly dtg dgn Geng balik-balik muka lu orang dia. Wah .. satu rombongan men 'despatch' kan Sweetie Cheese ni kat aku. Ter feeling diva i sekejap u. Hahaha ..

Sebijik Sweetie Cheese yang masih 'dara' dan suci. 

Berbekalkan pesanan oleh Mrs Curly .. kasi 'cool' dlm lemari es dulu .. pastu potong kecik-kecik pastu .. pastu .. pastu .. pastu apa eh??  Pastu makan lah ... Apa daaaaa .. Hihi. 

Proses mencemarkan kesucian si Sweetie aku buat pukul 10:00 malam Ahad tu jugak. Tak nyempat nak tunggu esok. Tuan Bodigad dah jeling-jeling .. tak sabar-sabar. Akhirnya .. satu baris potongan pertama, aku tak merasa .. habis kena 'ngap' dengan dia. Satu baris panjang hujung ke hujung ok .. bukan 1 potong. Apa da .. makan tak ingat mama. Sampai Senin malam, dah tinggal separuh .. tu pun aku dok hold .. hold dulu. Kalo tidak, balik rumah bukak peti ais udah tinggal kotak kosong la gamaknya ye?? Hihihi .. Sedap weih kek ni. Dua layer butter cake .. topping dengan cream cheese .. dihias pulak dengan parutan cheese. Tak manis ye korang .. lemak-lemak gebu je. Tinggi kalsium ni. Kiranya kek ni datang dengan pakej kesihatan lah ~ Makanlah Sweetie Cheese untuk tulang dan gigi yang kuat. Sila contact zcurlie@gmail.com untuk maklumat selanjutnya atau jom skodeng sweetie cheese di sini.. Ek eleh .. dah mcm iklan la pulak. Hihihi ....




Kalau nak jadi pandai

Kalau nak jadi pandai .. there's no short cut my dear. Mesti lalu jalan susah dan penuh liku dahulu.  It's a very .. very .. long and hard way. Learn .. think .. Learn .. think. Then u decide. 

p/s :- Entry ini adalah sambungan dari entry ini dan ini.

Gegar 1 ribu blog April bermula ~ Jom join sama-sama.

Kebizian melanda. Serius bizi pagi ni. Terkejar-kejar .. terburu-buru mengejar dateline dan masa. Tapi walau bizi, sempat menyelit gi meronda ke blog kawan-kawan. Dalam ronda-ronda .. terjumpa entry ni.


Tak larat lah nak cite panjang lebar .. penat main kejar-kejar pagi tadi tak habis lagi. So, to make the story short,  pe kata baca direct dari dia.. Jom korang, join ramai-ramai sebelum 5 petang esok, 5/4/2011. Jom .. jom .. jom ..



Jom kita jadi cantek

Wahai perempuan-perempuan yang ku sayang .. sapa nak cantek?? Angkat keyboard sorang-sorang cepat. Hihihi .. 

Buat korang yang ingin cantek .. segalanya tak mustahil dah sekarang ni. Pe kata jom kita cantekkan diri di sini. 

Cantek tak aku?? Cakap cantek cepat !! Kalo tak .. tak nak kawan dah. Hahaha  .. Aduhai Ella .. kau pk kau Dato' Siti Nurhaliza atau Erra Fazira yang cun melecun itu kah??  Jangan nak perasan!! Hahaha ..

Fuiyo .. Kris Dayanti tengok mata aku nanges beb. Hihi .. Eh .. mana leh lawan Kris Dayanti .. dia punya eye lashes 7 layer, aku pakai se layer pun dah berat semacam nak angkat mata. Hihi ..

Entry ni sambungan dari entry conteng menconteng ari tu. Nanti-nanti kita cite lagi eh. Buat masa sekarang ni, internet line adalah sgt sengal, sgt lembab seperti kura-kura baru belajar bertatih. Hihihi ..

By the way, ada tak sapa-sapa yang boleh komen mekap muka saya tu?? Ok ke .. over ke  .. Ini bukan hasil kerja tangan saya ye ,, tapi hasil sentuhan tangan kawan saya. Tolong komen boleh???? Saya nak bagitau  kat dia, kalau positif .. mudah-mudahan bisa membuatkan dia lebih bermotivasi dan hepi. 





Saat kepanasan dan inginkan kedinginan ..

Musim-musim panas ni kan, alangkah bestnya rasa hati kalau dapat didinginkan.  Mesti riang ria dan gembira dan berbunga-bunga rasa hati bila dapat nyumm .. nyumm .. pencuci mulut macami ni.  Mmmm .. tersangat lah "heaven" rasanya, kan. Pembaca blog saya ada bermacam-macam gaya dan citarasa. Ada yg suka tengok gambar makanan .. ada yg tak suka. Buat yang suka, jom lah cuci mata. Buat yang tak suka .. janganlah marah saya ... sabar je lah ye. Hihi ..

Air Batu Campur. Sekarang ni dah ada orang panggil Ais Kacang. Mmmmm .. sedap.

Cendol. Pun sedap gak. Pun feveret ai gak. Hihi ...

Lagi lagi ABC ~ 2nd round di kedai yang sama. Over!! Hihi ..

Yang ni pun sedap and feveret ai jugak tau. Alahai Ella .. pe benda yang ko tak suka makan?? Mengaku sajalah yang ko memang kuat makan!! Hahaha ..

Jom kita conteng-conteng

Hari ni nak gi menjalankan aktiviti conteng menconteng. Hmmm .. gi mana la hasilnya nanti ye?? Walau cuma ada jari halus tapi bukan sentuhan emas, harap-harap hasilnya cantek dan molek.

Selamat Hujung Minggu, korang.

Hadiah buat dia

Atas semua jasa bakti yang telah kau curahkan dalam membawa ku ke sana sini .. di dalam negeri mahu pun luar negeri, maka dengan ini kau terimalah hadiah dari aku. Walau sudah banyak yang ku beri sejak dulu lagi aku masih tidak puas memanjakanmu. Aku kan sayang kau wahai kaki-kaki ku. 

Dah habis mahal dah ni. RM339, beli kat ISetan KLCC. Tu je la 'standard' ko pun wahai kaki kesayanganku. Pasni harap-harap boleh bawak ku ke mana sahaja dengan lebih laju lagi. Eh .. wat Catwalk mesti cun sgt nih. Hihi ..

Hey Naturalizer .. jgn nak perasan. I, Zang Toi kaler krim pun latest buat si kaki gak tau. Eh korang berdua .. jgn gadoh-gadoh eh. Sama-sama baru lah sebab beli aritu dua pasang sekaligus. Pasni boleh la kita jalan jauh-jauh sikit. Harap-harap tak melecet. Hihi ..

Wah .. wah .. wah . .canteknya kau wahai kaki-kaki ku. Eleh .. pakai cap Ayam pun cantek dan hebatlah. Jangan nak perasan wahai kakchik@ella. Hihi ..

Sikit lagi kau bakal ku manjakan seperti ini lagi wahai kaki-kaki kesayanganku. Tunggu ai ada masa eh. Hihi ..