Ikan Asam Tempoyak dan Ikan Terubuk Masin

Thursday, June 14, 2012

Kadang-kadang blurr kan .. tak tau nak masak apa. Sempena dengan musim durian, dan tempoyak masih ada lagi dalam balang Nescafe yang dah lama duduk dalam Peti Ais .. marilah kita ambil aura durian itu dan masukkan dalam masakan. Chewahhhhh .. ayat ke main. Hehehe.

Ikan Gerut Masak Asam Tempoyak.
Ikan ni beli kat Pasar Tani hari Ahad, masaknya pagi Jumaat. I thot dah tak fresh rupanya masih manis. Best la beli ikan kat Pasar Tani .. RM10 untuk 4 ekor dan paling penting, ikannya segar dan manis. Kalau dah tak segar, tak sesuai dah masak berkuah .. goreng dan buat sambal je lah. Kita masak 4 ekor sekaligus .. tinggal sikit kat rumah untuk Aiman lebihnya bawak bekal makan ramai-ramai kat Ofis. Puashati bila diaorang makan bertambah-tambah .. siap hirup kuah tu lagi.

Ikan Terubuk Masin Sarawak 
Pun beli kat Pasar Tani Shah Alam jugak. Goreng garing pastu masukkan Cili Api dan Bawang Hiris. Bila angkat masukkan dalam penapis. Biar minyaknya menitis pastu boleh la hidang.  Sedap ooooo .. Asam Tempoyak dan Ikan Terubuk Masin memang ngam!! Tak sedar makannya terlebih-lebih. Ayayaya .. 'Tummy' hepi lagi hari ni. Hehehe.

You Might Also Like

18 comments

Follow by Email

Like My Facebook

put your fb fan page like here