Se tingkat perjalanan hidup kita

Monday, June 18, 2012

Terkenang-kenang. Terjenguk-jenguk ke belakang. Menjelang 40an .. zaman 20an kita intai.
Alangkah tak matangnya perangai dan fikiran .. pantang dicucuk terus marah dan melatah. Berdas-das keluar  api marah.  Oh My .. Aku kah yang baran itu suatu waktu dahulu?

Menjejak 40 an ~ As times goes by, menimba pengalaman demi pengalaman .. sakit demi sakit kita rasa. Syukur pada Tuhan. Pengalaman walau menyakitkan tapi mematangkan. Mendewasakan. Tiada lagi serang balas. Hanya mengadu pada yang benar-benar mengenali, memahami dan mengerti.

Zaman 20an ~ Kewangan tak kukuh lagi. Tiap bulan bertemankan Buku Kira-Kira. Nak bayar itu, nak bayar ini .. Susu, Pampers, Taska, Nak bagi Mama .. macam-macam. Hanya mampu memandang apa yang dihajati lalu pasang impian .. 'satu hari nanti aku beli'.

Menjejak 40 an ~ Anak dah besar. Lagi setingkat nak habis sekolah. Buku Kira-Kira dah makin kurang angka. Rumah .. Kereta .. kita dah boleh pangkah. Jenguk-jenguk Buku Simpanan. Hmmm .. kalau nak pencen boleh dah. Awalnya u nak pencen ~ kata My Bestfriend Dr. Rozzana. Pencen  bekerja dari jam 9 sampai 5 tapi selagi minda masih aktif bekerja dan ada usaha ... ekonomi masih boleh dijana. 

Buat adik-adik yang masih muda, contohnya yang baru mendirikan rumahtangga sebaiknya kita Merancang kehidupan ~ Se tingkat demi se tingkat perjalanan hidup kita. Target kita masa 20an, 30an, 40an, 50an. Jangan set target terlalu tinggi sebab ada kemungkinan yang dirancang tak jadi*sobss .. sedih* tapi itu biasa. Kalau kita rancang, situasi umur dah 50an tapi hutang masih panjang boleh kita elakkan. Hmmm .. cukup dah Entry berkongsi cerita dan pendapat hari ini. Lain kali kita cerita lagi. Tq baca ye. Bye.

You Might Also Like

19 comments

Follow by Email

Like My Facebook

put your fb fan page like here