Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

Minggu Ni. Minggu Depan.


2 hari minggu ni Misz-ella 'drive without valid Road Tax'.  I am aware that its expired tapi tak da pilihan. Nekad dan Drive. Kalau gerak hati kata OK .. maka kita teruskan.  Kalau wujud rasa was-was maka "Jangan". Itu yang Misz-ella amalkan dalam kehidupan. Maka melayanglah ribuan ringgit dari Akaun Simpanan membayar Polisi Insuran dan Cukai Jalan. Hewww .. kempis dah. Harus kerja kuat untuk kembongkan ia semula. Hihihi.


Minggu muka ketat di offis ni termasuklah Misz-ella sendiri.  Kesian Ayah Pin kena tengking dengan i. Nasib la .. sapa suruh kau jolok sarang tebuan? Dari dulu memang tak da "chemistry" dengan dia. Terkejut Kak Senah dengar sore i tinggi. Kusss semangat. Hihihi. Dua hari jugak dalam minggu ni Misz-ella terlepas peluang hantar Aiman ke Pusat Tution kerana 'work commitment', Frust!

 Dua hari jugak dalam minggu ni Misz-ella masak 'lunch' untuk Geng Makan. Nasi Goreng Cili Padi, Ikan Bilis Goreng dan Telor Dadar hari pertama. Sambal Sardin, Sup Sawi Jepung Kosong hari kedua. Simple tak pe yang penting kami hepi bersama. Seronok tengok diaorang makan bertambah. Perasan "terror" i sekejap. Hihihi.

Bosannya pagi bila terpaksa berlumba dengan Lori-lori besar di jalanraya. Bukankah ada peraturan dan undang-undang melarang Lori-lori ini memasuki jalan pada waktu-waktu tertentu? Awat yang depa dok bersesak dengan kami ni? Kesian kat penunggang motosikal. Bahaya.

Bakal terbang dengan famili hujung minggu ni. Seperti biasa, ke mana sahaja kami pergi kami akan D.I.Y. sendiri. Hotel dah book, Duit dah tukar, transportation arranged .. everything ready. Bakal rindu pada Malaysia Tanahairku. *sobs*

Banyak Jemputan minggu depan ~ Kenduri kawin cousin Misz-ella Faiz Dato' Husamuddin, Kenduri kawin anak Dato' Nas, Aerobiks @ PERNAMA, Birthday party anak Wan .. kita tengok nanti yang mana satu hala kaki mampu ku tuju.

Dan semestinya minggu-minggu mendatang bakal lebih "thrill", mendebarkan dan mengujakan Misz-ella sendiri. I'm approaching my dateline. I am nervous and excited. Yang paling manis .. "branded handbag" awaits me bulan Mac nanti. Wink *senyum sambil kenyit mata*


11 comments:

Anonymous said...

selamat bercuti kc

Izwa Kamaruddin said...

wahh..mane lokasi?

Nory Zoulkefle said...

wahhh bestnyer bercuti bawak buku merahh..

el said...

kemana lak kc nak bercuti ni haihhh

Ibu Muda 30series said...

ni namanya buku merah jgn lupa bawa...hihii

Unknown said...

se,\lamat bercuti kakachik..:)

azieazah said...

Bila dah ketat dek kerja, memang sesuai dan wajar sekali ada cuti cuti jauh ni. Layan jerrrr..

Lauk Sardin tu, biasanya Kak Azie akan hancurkan sedikit ikan tu, so dia akan lebih pekat. Cicah roti pun sedap.!

ctpayong said...

selamat bercuti...

terbuka selera nampak gambar lauk.....sogood

kakrose said...

jangan lupa oleole nya..:)

Mak Wardah said...

Wah bz betul, kc. Moga dipermudahkan Allah semuanya

Sukma said...

best bawa buku merah jenjalan....ke mana ekk...???