Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

Abstrax Vortex lancarkan Jersey #MYPerpaduan

Hello hai readers khususnya buat peminat-peminat rangkaian pakaian jenama Abstrax Vortex, Entry ini memang untuk anda.



Abstrax Vortex baru-baru ini telah melancarkan jersey terbarunya bersempena dengan kolaborasi Abstrax Vortex bersama 1Malaysia.com.my. Ramai kan dah kenal Abstrax Vortex .. jenama pakaian 'streetwear' buatan dan rekaan anak Malaysia yang semakin mendapat tempat di hati kita.


Abstrax Vortex ditubuhkan pada tahun 2008 oleh pengasasnya Fahmi Fabilah dan Dr. Faiz I. Anuar untuk mengisi kekurangan pakaian berjenama tempatan berkonsep 'streetwear' yang melambangkan budaya dan gaya hidup rakyat Malaysia. Ciri-ciri Abstrax Vortex adalah ringkas bergaya, moden, eksklusif serta berkualiti. Abstrax Vortex mementingkan keselesaan dan menawarkan harga yang berpatutan serta mampu dimiliki oleh rakyat Malaysia.






Sejak dari awal penubuhannya, Abstrax Vortex telah mencipta beberapa kejayaan melalui kerjasama Abstrax Vortex dengan beberapa badan korporat seperti Abstrax MASterpiece, Abstrax Vortex Selangor, Abstrax Vortex Johor Darul Takzim dan banyak lagi.







OK berbalik kepada tajuk entry ini, Abstrax Vortex baru-baru ini telah menjalin kerjasama dengan 1Malaysia.com.my untuk mengeluarkan jersey terbarunya iaitu #MYperpaduan yang dibuat khusus untuk melambangkan perpaduan rakyat Malaysia berbilang bangsa.

Dr. Faiz I. Anuar berkata jersey #MYperpaduan direka dan dihasilkan berpandukan kepada gagasan dan matlamat 1Malaysia serta mengambil kira nilai-nilai 1Malaysia tersebut . Abstrax Vortex #MYPerpaduan dicipta khusus buat rakyat Malaysia yang hidup bersatu padu berteraskan kepada nilai-nilai berikut :-

Budaya Kecemerlangan. Kesetiaan. Ketabahan. Meritokrasi. Kerendahan Diri. Pendidikan. Penerimaan. Integriti. Ye readers .. itulah dia 8 konsep teras 1Malaysia.



Misz-ella dah cuba Abstrax Vortek #MYPerpaduan ni .. 'material' kain sangat sejuk dan lembut tapi kualiti nya sangat tinggi dan 'superb' .. selesa dipakai dengan keadaan cuaca negara kita yang panas sepanjang tahun.


Jersey Abstrax Vortex #MYPerpaduan didatangkan dengan 2 pilihan ~ lengan panjang dan lengan pendek dan didatangkan dengan variasi saiz dan sesuai digayakan dimana sahaja. 

Bukan sahaja untuk dewasa, Abstrax Vortex #MYPerpaduan juga boleh didapati untuk anak kecil. Memang tak ada masalah lah kalau satu keluarga nak bergaya sedondon dengan Abstrax Vortex #MYPerpaduan ni. 

Amboi .. bergaya sungguh dua beradik ni dengan Abstrax Vortex #MYPerpaduan. Hummm .. kecik-kecik dah 'stylo' 

Sejujurnya, Misz-ella bangga menyarungkan jersey Abstrax Vortex #MYPerpaduan ni sebab ia melambangkan penyatuan rakyat Malaysia berbilang bangsa di bawah satu bumbung bernama Malaysia. Wahhh .. Misz-ella dan kawan-kawan berlainan bangsa dah merancang nak bergaya sedondon dengan jersey Abstrax Vortex #MYPerpaduan lepas ni. Bangga dapat menyarung pakaian yang melambangkan jatidiri, budaya dan gaya hidup rakyat Malaysia *feeling so patriotic .. terus rasa nak peluk cium Elana dan Anastasia kat sebelah Misz-ella tu .. hehe*


Selain dari itu, Abstrax Vortex juga ada mengeluarkan barangan lain seperti topi-topi yang menarik ni ..

Seluar 'denim' dan 'slack' pelbagai gaya dan potongan


Duffle Bag 

So readers, you all boleh dapatkan jersey Abstrax Vortex #MYPerpaduan ini di Abstrax Vortex Headquarters Shah Alam dan Abstrax Concept Store Bangsar atau beli secara online di http://shop.abstraxjingga.com/. Harga bagi jersey Abstrax Vortex #MYPerpaduan untuk yang berlengan pendek adalah RM90 manakala yang berlengan panjang pula adalah RM100. Jersey kanak-kanak pula berharga RM70 sahaja.

So korang .. jom kita Raikan Perpaduan rakyat Malaysa dengan memakai jersey ini dengan bangganya. Bangga sebab kita anak bumi bertuah Malaysia. Bangga sebab kita hidup sayang menyayang dan bersatu padu sesama kita di bawah bumbung Malaysia.

Sebelum Misz-ella akhiri Entry ini, jom kita tengok dimana Abstrax Vortex Concept Store berada sebenarnya ..

Abstrax Vortex Shah Alam (Headquarters)
D-20 Jalan Serai Wangi M
16/M Alam Avenue 2
40200 Shah Alam
Selangor
Tel :- 03-55244248

Abstrax Concept Store Bangsar
18-A First Floor
Jalan Bangsar
59200 Kuala Lumpur
Tel : 03-22014303











1 comments:

Fariza Saidin said...

Awesome... But Malaysia Airlines is not under Vortex label tapi #MASterpiece ya.... Thanks