Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

Anugerah Skrin 2016 kembali dengan tema Menggapai Impian


Wootsss .. Peminat karya-karya seni tempatan mesti suka entry ini.


Anugerah Skrin 2016 (ASK 2016)  bakal mengegarkan industri seni tempatan buat kali ke 18. Dengan tema Menggapai Impian, ASK 2016 bakal bersiaran secara langsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa (PICC) Putrajaya pada 18 November 2016 bermula dari jam 9:00 hingga 11:30 malam di TV3.

Anugerah berprestij yang sentiasa dinantikan oleh pengkarya seni tanahair ini mempertaruhkan 32 kategori yang merangkumi :-

13 kategori drama
7 kategori filem
6 kategori penerbitan dalaman
6 teknikal

ASK 2016 kali ini menampilkan kelainan di mana kategori Telefilem Komedi juga turut dipertandingkan.

ASK 2016  bakal dimeriahkan oleh Alif Satar sebagai Pengacara Utama dan ditemani oleh Ammar, Mira Filzah, Issey Fazlisham, Ajak Shiro, Haiza Kool FM, Sarimah Ibrahim, Fiza Sabjahan, Azrel Ismail dan Puteri Aishah sebagai Pengacara Jemputan.

Acara Karpet Merah akan dikendalikan oleh Nana Mahazan dan Hefny Sahad dan akan disiarkan secara langsung di Pop TV di TV9 dari jam 8.30-9:00 malam. Wootss .. bakal bahagia lah biji mata kita semua menyaksikan penampilan dan gaya karyawan seni kita malah bakal lebih meriah kerana Fashion Valet juga akan bekerjasama untuk menggayakan lima selebriti pilihan di Acara Karpet Merah tersebut. Wahhh .. siapakah yang bertuah? Surprise sungguh, kan.

Malam penuh gemilang ini akan dimeriahkan dengan persembahan hebat dari Shila Amzah, Elizad Sharifuddin, Indah Ruhaila, Shiha Zikir, Hazama, Black, Qody, Fareez (Mentor Milenia), Amir Jahari, Mark Adam, Mimi One Nation Emcees, Kaka Azraf, Kumpukan Bocey (Abam, Achey dan Fad), Raihan, Akim & The Majistret, Alyah, Faizal Tahir, Aizat Amdan, Noh Hujan, Muaz, Epul drama Band, Awi Rafael, Waries dan juga band jemputan dari Indonesia, De' Meises.

Seterusnya, barisan penyampai anugerah ialah Erra Fazira & Datuk Rosyam Nor, Sherry Al-Hadad & Fattah Amin, Fazura & Farid Kamil, Janna Nick & Raja Afiq, Shaheizy Sam & Syatilla Melvin, Siti Saleha & Neelofa, Tabah Syazwan, Jasmine Suraya Chin & Aina Suzaily,n Hazreena & Muaz (RTM), Izara Aisyah & Redza Rsoli dan Zahiril Adzim.

OK Jom kita tengok pulak senarai pencalonan dalam ASK 2016 tahun ini :

Kategori Drama Terbaik 

Anak Ibu Buangan Ibu Bila Tiba Saatnya
Cermin Kasih
Calon Syurga
Fatin
Hujan Malam Itu
Khilaf Seorng Isteri
Ku Haramkan Susu Itu
Lafaznya Aamiin
Pondok Itu Rumahku
Rekah
Ramadan Berteduh Syawal
Raya Aidil & Fitri
Selamat Hari Jadi Abah

Kategori Drama Rantaian Terbaik

Dan Hati Pun Berkata
Lambaian Ramadan
Mariah Terindah
Pujaan Hati Umi
Seindah Takdir Cinta
Sesal Separuh Nyawa
Terlarang Sudah Rinduku
Wadi

Kategori Drama Komedi Terbaik

Ahli Mesyuarat Tingkat
Jom Kahwin
Mak Cun 2
Rajuk
Si Montel

Kategori Drama Rantaian Popular Media Social

Kau Aku Kita
Menongkah Kasih
Satu Cinta

Bagi kategori ini, penonton boleh mengundi Drama pilihan mereka di www.anugerahskrin.com sehingga 5 November ini.

Kategori Filem Terbaik

Badi
Banglo Berkunci
Bravo 5
CCTV
Gilfriend Kontrak
Isteri Untuk Dijual
Jejak Warriors
Jwanita
Keranda Tok Wan Terbang
Langit Cinta
Lover Supermoon
Mat Moto
Mat Moto - Kami Mat Moto Bukan Mat Rempit
Nota
Pelepas Saka
Polis Evo
Munafik
Redha
Rembat
Showdown

ASK 2016 turut mengadakan Majlis Makan Malam eksklusif iaitu Malam Bersama Bintang pada 5 November 2016 jam 8:00 malam di Memory Lane, Jalan Yap Kwan Seng untuk meraikan para pemenang yang terdahulu dan mereka yang tercalon pada tahun ini.

ASK 2016 turut menghargai penontonnya dengan menganjurkan pertandingan Instagram @TV3Malaysia. 10 penyertaan terbaik akan dijemput untuk bersama-sama merasai gemerlapan Anugerah Skrin pada Malam bersama Bintang ini. 

Caranya mudah sahaja ~ Hantar gambar anda bergaya seperti menghadiri acara Karpet Merah Anugerah Skrin dan gunakan hashtag berikut #ask2016. So apa lagi .. mulalah bergaya dengan pakaian terbaik anda, ambil gambar banyak-banyak dan upload di Instagram menggunakan hashtag diatas ..mana tau kot menang, dapat lah korang ke Majlis Makan Malam Bersama Bintang ini, kan.

Selain dari itu, saksikan apa yang berlaku disebalik tabir persiapan krew produksi dan para artis dalam Menjelang ASK 2016  pada 18 November, jam 6 hingga 6:30 petang yang dihoskan oleh Haziq Hot FM. Gemilang ASK 2016 yang akan berkongsi momen eksklusif seperti gaya fesyen selebriti di karpet merah dan ucapan para pemenang ASK 2016 pula akan menyusul pada 25 November, jam 9 malam dihoskan oleh Ikhwan Kool FM dan Ain Edruce.

OK so itu je yang Misz-ella nak kongsikan tentang ASK 2016 tahun ini. 18 November 2016, jam 9 malam .. jangan lupa tonton secara langsung dari PICC di kaca TV rumah anda, k.




0 comments: