Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

Explore & Experience Perak - Restoran Garden Seafood, Tanjung Malim


Hello pembaca kesayangan ..


Entry kali ini adalah entry berkonsep Jalan-Jalan Cari Makan versi Misz-ella.blogspot.com. Misz-ella dan rakan-rakan baru-baru ini telah ke negeri Perak Aman Jaya untuk satu trip explorasi negeri Perak yang sangat menarik. Nak tau kami ke mana? Ehemm .. tunggu di entry-entry yang akan datang.

Kali ini Misz-ella nak kongsikan dengan pembaca semua tentang Restoran Garden Seafood yang terletak di Tanjung Malim. 



Restoran Garden Seafood yang beralamat di 7-8 & 9A, Jalan Wangsa Utama, Taman Wangsa, 35900 Tanjung Malim ini adalah 'the best Chinese Halal seafood in Tanjung Malim', Perak.  Restoran ini sememangnya  adalah restoran kegemaran Misz-ella dan keluarga. Misz-ella pernah beberapa kali ke sini, bukan seorang malah dengan keluarga besar Misz-ella. Adik beradik saya 6 orang .. kali 2 (pasangan masing-masing) belum lagi dikira bilangan anak-anak yang mengalahkan jumlah ibu bapa *hehehe* .. haih .. meriah Restoran Garden Seafood bila kami datang ..



Salah satu ruang berhawa dingin di dalam restoran ini ~ warna-warna dinding sangat ceria mengundang perasaan teruja dan gembira tatkala kaki-kaki kami tiba di ruang ini. Cantik, kan. Segar pandangan mata.



Maka kami pun mula lah sibuk ber foto-fotoan. 


Misz-ella pun tak ketinggalan .. berfotoan dengan Blogger Yani yang comel ni ..



Empat jenis Jus Buah segar menanti kami ~ Cuaca panas terik di luar, tengok lelehan air di luar jug ini pun dah tak tahan tekak kami dibuatnya .. 


Ikan Siakap Masak Tiga Rasa - Tengok ikannya, ambil baunya pun dah tau sedap. Yummy!!

Sotong goreng deep fried dengan telur masin .. rangup, segar dan sedap!


Special Homemade Tauhu - Kalau suka tauhu, Misz-ella rekomen you all order ini. Sedap! Lain dari yang lain rasa nya 



Sayur Kailan yang dihiris halus dan digoreng rangup - OK .. yang ini memang win sebab sangat sedap dan rangup macam keropok. Sesudu demi sesudu .. berebut kami makan sampai licin.



Yang ini pula ialah Udang Masam Manis yang dihidang bersama Roti. Roti tu bukan sebarang roti ye .. Roti gebu lagi segar yang tiada ditempat lain. Cicah roti dengan lauk Udang ... tak tau nak cakap sedap dia macamana. Alahai cik Ella .. cakap je lah Sedap Gila!! Dah tentu pembaca kau faham, kan *haha*



Sayur ke dua pula adalah Terung Goreng dengan Bawang Putih dan Daun Bawang .. Oh dear .. bertambah-tambah Misz-ella tau .. dah habis makan kita ratah. OhLaLa .. sedap lah!


Excellent Seafood Soup - Sup ni sedap sangat. Selain dari dipenuhi seafood segar, ia juga ada sayur hijau .. tak masin, tak manis .. secukup rasa! Memang Excellent!

Muka-muka kekenyangan setelah menjamu makanan sedap di Restoran Garden Seafood


So pembaca kesayangan Misz-ella, kalau ke Tanjung Malim, jangan lupa ke Restoran Garden Seafood. Misz-ella dah banyak kali ke sini .. kualiti masakan tetap sama. Alamat Misz-ella dah bagi di atas tetapi sebaiknya telefon dulu untuk tempahan. Hubungi talian 05-458 3398 dan 017-870 3398 atau email :- gardenseafood@gmail.com

OK .. Misz-ella dah habis berkongsi Al-kisah kami beramai-ramai makan tengahari di Restoran Garden Seafood ni dengan you all semua. Nak pergi buat kerja lain pulak lah. Terima Kasih baca ye. Esok-esok datang lah lagi. Bye.

2 comments:

sarah said...

adoiii terliurnya..

Zayani Zulkiffli said...

Memang sedap makan kat sini. Paling suka ikan dia, makan kosong dengan nasi pun da puas hati. Jus jangan cakaplah sedap pure.