Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

Kopi Viral Starbright Aunty Evelin di George Town, Penang

Hello pembaca kesayangan,




Kali ini Misz-ella nak kongsikan tentang Kopi Aunty Evelin yang mencetuskan satu fenomena sehingga menyebabkan kita semua berebut-rebut untuk mendapatkannya. Itu adalah pemandangan biasa di hari cuti am, kan .. ada yang terpaksa beratur selama berjam-jam untuk mendapatkan Kopi Viral Stabright Aunty Evelin Ang ini. Misz-ella bernasib baik kerana kebiasaannya, saya akan bercuti ketika semua orang sedang sibuk bekerja. Waktu orang pergi cuti, saya duduk rumah sahaja, tak pergi mana-mana.





Kedai kopi Star Bright Aunty Evelin Ang terletak di Lebuh Noordin yang lokasinya di tengah-tengah bandar George Town. Tak susah pun nak cari, Waze je Kopi Star Bright Lebuh Noordin, jumpa lah.

Menurut kata Aunty Evelin, beliau bukak kedai pada jam 8 pagi dan meniaga hingga jam 6 petang.

Walaupun bukan hari cuti umum, Misz-ella terpaksa beratur jugak lah menunggu giliran untuk membeli kopi.

Bila dah sampai giliran, dapatlah Misz-ella berbual dengan Aunty Evelin bertanya kan tentang apa keistimewaan kopi beliau sehingga menjadi viral dan rebutan ramai?


Menurut kata Aunty Evelin, beliau goreng dan mesin kopi beliau sendiri bagi memastikan kesegarannya. Aunty Evelin cipta resepi Kopi sendiri. Susu diletak di bahagian paling bawah terlebih dahulu lepas tu ditambah kopi. Manakala untuk buih pula, susu segar dibancuh asing dan di 'whisk' lepas tu curah di atas bancuhan kopi tadi.


Lepas tu Auntie Evelin guna kopi jugak untuk cipta logo bintang *star bright* yang menjadi trademark beliau sehingga hari ini. Auntie Evelin ni peramah, sentiasa senyum dan rajin layan pelanggan walaupun penat kerana berdiri dari pagi. Beliau sangat menghargai pelanggan-pelanggan yang menyokong kopi beliau sehingga beliau dikenali ~ Saya tak pernah suruh orang masukkan kopi saya dalam facebook tapi customer sendiri buat. Saya banyak 'ong', kan .. kata Auntie Evelin.


Selain dari kopi biasa, kami order Mocha (milo + kopi) jugak. Yang ni pun sedap!

2 cawan kopi (1 kopi biasa dan 1 Mocha (Milo + Kopi) ni hanya RM5.50 sahaja. Yeay .. happy ..happy kerana sangat murah dan yang penting sedap!


Thank You Auntie Evelin kerana sangat ramah melayan kami yang banyak tanya dan akhirnya .. mintak posing ! You all kalau mahu ke sini, waze sahaja Kopi Viral Aunty Starbright, OK dan kalau tak mau beratur panjang, sila datang bukan musim cuti seperti kami. Senang you alls..





2 comments:

Kisah Tatie said...

pinjam topi :p

A m m i said...

bercuti diwaktu orang lain bekerja dan sekolah memang best kak. Saya masa anak-anak belum sekolah selalu jugak buat macam ni. Sekarang terpaksalah follow jadual anak-anak