Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

Single .. single .. double ~ Version 3

Lagi tentang single .. single .. double. Kali ni versi orang kawin. Jom kita kongsi pengalaman sama-sama. Mula-mula kawin, rasa pelik je, kan. Dulu single, sekarang dah double. Dulu 1 katil kita monopoli sorang-sorang. Boleh pusing 360 darjah. Pas kawin sume berubah. Eh .. sapa ni? Tepi la sikit. Sibuk je. Oopss sori .. i terlupa. Dah bersomi rupanya. Haha. 

Lagi entry lain-lain versi Single .. Single .. double di sinisini dan sini.


Sepetang dengan Famili ~ Feeding the monkeys

Sambung kisah ke Bukit Malawati yang entah ke berapa kali buat ku dan famili tetapi pertama kali buat KY's famili and Mom. Tak pe lah, demi kesayanganku, aku rela memanjat berulang-ulang kali, asalkan dapat kita bersama-sama menuai kasih menyulam cinta di Bukit yang tinggi itu. Waduhh .. over!! Hihi.


BTW, before u proceed with this entry, let me tell u that this Entry is specially dedicated to my beloved family and this entry is full of monkey, monkey and monkey. Kitorang kan pencinta haiwan. Melayan haiwan is fun!! Hihi.

Aiman membelai manja the monkey. 

My sista Aishah dengan bergayanya 'Feeding the monkey'

Laki ko "Monkey Salleh" eh? No wonder anak ko puteh. Hihi 

Pokok besar yang entah berapa ratus tahun usianya 
~ Jadi tempat tumpuan "Family Monkeys"

Aliff Haqeem pun berani oke!!

Tiga orang budak berposing dengan seekor Monkey

Amir Izzat pun tak nak kalah .. Nak jugak!!

Yang ni 'cool' ~ Vegetarian kot? Hihihi

Sebelum balik, kita posing kat sini sebab ini je 'seat' yang 'free without the monkeys". Hihi.

BTW, banyak attraction lain kat Bukit Malawati ni sebenarnya but since the kids enjoy 'Feeding the Monkeys" so aktiviti lain dah tak penting lagi buat kami. All in all in we had a fun day spending our quality time together. Bermula dari Sarapan pagi berjemaah di rumah ku, ke  Tanjung Karang menghadiri kenduri kawin sepupu, menjamu selera dan tekak dengan Mee Udang dan seterusnya beramai-ramai menaiki Trem di Kaki Bukit Malawati menuju puncak. Dari kaki ke puncak bukit, kami disambut oleh monyet-monyet jinak sahaja. Sampai di teropong tengok anak bulan tu pun Kaum Monyet yang berkuasa.



Jangan lawan kalau tak cukup kuat

Ini cerita untuk semua .. no specific person appointed in this entry.

U wanna fight or argue on something?
Be prepared. 
Kuatkan mental dan fizikal.
Jangan lawan kalau tak cukup kuat.
Nanti terkedu dan malu.

Ini pulak situasi yg pernah terjadi and it can happen to anyone of us. Bila tau cinta dikhianati .. doesn't matter samada buat yg asyik bercinta atau sudah berumahtangga .. Hati sakit dan terluka. 'Let me go .. let me go .. ' mungkin kah itu permintaan kita? Bersediakah kita sebenarnya? Atau hanya tuntutan  emosi semata-mata?


Kesimpulannya, Jangan lawan kalau tak cukup kuat. Perhati dan adili diri. Hanya kita yang kenal diri kita sendiri. Kalau agak dah cukup kuat .. "lawan". Kalau belum cukup kuat  .. duduk diam-diam.  Hihihi.








Hujung minggu di Tanjung Karang dan Kuala Selangor

Bermula dengan makan pagi berkonsep 'Pot Luck Eastern and Western' di rumah kita di pagi Ahad yang cerah pastu kita ber rombongan ke Kg. Sg. Sireh, Tanjung Karang untuk makan kenduri. 

My sepupu kawin dengan Orang jauh~dari Surabaya.
Mekaseh tuan rumah i.e. Makcik Sal untuk makanan yang sedap sgt2.
Bertambah kami makan.

Pastu kita makan kat sini
*walau perut masih kenyang-kenyang manja dan tak mahu diisi*

My sista Aishah and her darling

RM6 sahaja dengan 6 ketui Udang Gred A.
Berbaloi-baloi.

Pastu kita gi sini. 
Hurmmmm .. camtu la cerita Hujung Minggu kita. 
Nak tau 'detail' lagi? 
Jap-jap eh. La ni teman bizi. Hihi.

Hari Sabtu Malam Minggu

Hari Sabtu Malam Minggu ~ hari yang ditunggu-tunggu.
Pagi pegi kerja, petang lepak dengan Blogger, malam lepak dengan keluarga ~ Agenda malam minggu kita.


Sarapan pagi sorang-sorang sambil melayan 'mood' yang melayang bertemankan 'eyebag' yang sangat ketara dan bibir yang langsung tak merah menyala. Dalam hati ada banyak tanda tanya ~ Mengapa .. Mengapa .. Mengapa? Susah sungguh kita sebagai manusia mahu menerima tiap kejadian, kan. Baik buruk  dan cantik atau jelek satu perkara semuanya datang dari Sang Pencipta ~ Allah SWT. 

Saya masih ingat kata-kata seorang teman ~ Yang baik orang tak puji yang buruk pasti dikeji. Manusia memang lebih suka memperlekeh, menghina dan mencebik dari berkata baik tentang sesuatu perkara. Manusia memang lebih suka memandang benda yang remeh dari memandang kemuliaan sesuatu perkara. Hurmmmm ... cukup lah sampai sini. Rahsia hati, kalau terluah boleh jadi "Kontroversi" .. Simpan sahaja untuk diri sendiri. Hihi.

Supermak dan rutinnya

Hai. Misz-Ella memang suka Main kejar-kejar. Mengejar masa dan hidup umpama Emejing Res adalah perkara biasa buat dia. Supermak lah kononnya. Malam semalam pun gitu. Pagi tadi pun cenggitu. Esok jer free sebab ujung minggu kita gantung kuali*masa untuk memanjakan diri*

Balik awal la konon tapi dek kerana udah terbayang Nasi Goreng Kampung hasil tangan sendiri maka kita singgah Pasar Malam Paya Jaras dulu untuk shopping kangkung dan Ikan Bilis rangup. Maka terhasillah Nasi Goreng Kampung Pedas Idaman hati sedari siang tadi untuk dinner kami di  malam hari. Chewah. Hihi.

"Add On" Cendawan Tiram Goreng Tepung yang rangup dan marbeles menggunakan Tepung keluaran Bumiputera yang tersangatlah murah harga nya. Ohsemmm ok. 

Lepas tu, kita buru-buru naik atas mandi dan siapkan diri untuk ke Lantai Tari. Berterapi dengan Cinta Pertama memang best. Lupa segala masalah dunia yang melanda*mcm la kau Perdana Menteri*Hihi.  

Selepas Subuh pagi ini, bergegas di dapur lagi. Ikan Merah Masak Taucu dan Telur Mata Sweet Sour buat anakanda berdua tengahari ini. Berdua sebab anak buah kita Si Daniel 'overnight at our house'. Daniel dan Aiman sama-sama kerja di Puncak Alam sempena Cuti Sekolah ni. Lepas tu bersiap untuk hantar Daniel  ke tempat kerja sebelum balik*sib baik less than 10km* dan bawak Aiman pegi Klinik pastu terus pegi ofis. Tak cukup Supermak ke ai ni eh? Hihihi.




Love "Halia"

I love "Halia". My selera and stomach welcome all kinds of halia termasuk la Lotion halia. Sampai ai terfikir .. Patut my mom bagi ai nama Norhalia instead of Norzaila. Haha. Sedap gak nama tu eh.


Makanan minggu minggu lepas. Dua-dua penuh dengan halia instead of bawang putih. Macam tau-tau jer ai peminat halia and hate bawang putih. Hihi.