Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

Hari ke 5 ~ Puncak, Monas, Masjid Istiqlal dan Plaza Indo

Hari ke 5 ~ Bangun, sarapan ramai-ramai di Coffee House Aston Braga Hotel & Residence, Chek-Out dan menunggu Faisal untuk pulang ke Jakarta. Sebelum tu, meh Misz-ella nak cerita tentang Aston Braga Hotel & Residence. Misz-ella booked 3 rooms Condotel and i got it at a very reasonable price, lebih kurang RM450/semalam. Publish rate is Rp2,900,000/malam *lebih kurang RM925*. Jauh beza harga, kan. Misz-ella kalau ke mana-mana mesti akan book thru Agoda *i member Agoda since tahun 2007* atau Booking.com. Condotelnya besar, ada 2 bilik air dan sangat selesa untuk Grup kami ni.  Aston Braga terletak di Jalan Braga yang lokasinya betul-betul dalam Pusat Bandar. Mahu ke mana-mana dekat dan senang. Ini kali ke 2 Misz-ella duduk di sini.  Kali pertama masa pergi "Ladies Trip" dulu. My tips untuk korang yang looking for accomodation and D.I.Y. macam kami, sila la Survey sampai korang betul-betul puashati.

Ada banyak hotel or guesthouse kat Bandung ~ bermula dari serendah RM70. Tempat paling best nak duduk dah tentulah Jalan Riau, Jalan Dago, Jalan Cihampelas, Jalan Braga dan Jalan Setiabudhi .. bergantung pada apa tujuan korang ke sini. Kalau nak rest, duduk kat daerah Lembang. Kalau nak shopping, duduk la di jalan-jalan yang Misz-ella sebutkan tadi. Misz-ella ni 'adventure' sikit .. 3 Malam di Bandung, 2 hotel kami duduk. Dua-dua pun best dan puashati.  

Perjalanan ke Jakarta melalui Puncak-Bogor

First timer, please follow this road. Walaupun agak jauh tapi seriyus tak boring.  Keluar masuk kampung, tengok gaya hidup orang tempatan, jumpa kuda di tengah-tengah jalan. Funn!! Lepas tu kita akan jumpa Ladang teh yang cantik macam gambar di atas. Biasanya kita akan berhenti rehat di Masjid Atta'Atawun, solat dan ambil gambar.

I told my family ~ Nanti kita makan kat Gerai-gerai ni ye. We have to experienced makan di tempat "local people" makan. Dont worry, i have eaten here before. Gerenti tak sakit perut. They agree. Kalau ke Puncak, jangan lupa singgah Warung Raihan untuk makan Nasi Goreng IDR13,000 dan Baso IDR15,000. Sedap sangat masakan dia.

Ladang Teh di Puncak, Bogor adalah sangat cantik. I have taken photos many times here tapi masih tak puas lagi. 



Sejuknyaaa .. Kena buka kasut dan lintas air tu untuk memasuki Masjid.



Ruang solat lelaki kat Masjid Atta'Awun, Puncak, Bogor


Lepas Solat dan lunch, kami terus ke Jakarta. Melewati Safari *tapi tak singgah*, Pekan Bogor dan terus ke Jakarta. Kat Bogor juga dikenali sebagai "Mini Bandung" sebab kat sini ada jugak sikit-sikit "factory outlet". Buat orang yang tak berpeluang ke Bandung, diaorang akan pergi ke Bogor untuk bershopping. Misz-ella pernah ke situ sekali dulu. 

Sampai Jakarta, kami ke Monas ~ Tugu Monumen Nasional. Ala-ala Dataran Merdeka di tempat kita.  Orang kata tak lengkap kunjungan ke Jakarta kalau tak ke Monas. Sebagai pelancong, harus ambil gambar disini walau buat Misz-ella sudah berkali-kali. Hakeem ... buat camni jom.

Cuaca petang yang redup dan berangin buat kami teruja. 
Fly hakeem .. flyy. Yeahhhh .. camtu le.

Wohohoho .. lagi best bila ramai-ramai buat aksi macam ni. Fun!!



Lepas tu kita ke Masjid Istiqlal (Masjid Negara Indonesia) di Jalan Taman WijayaKusumah. Masjid yang menjadi simbol kemerdekaan kepada rakyat Indonesia setelah sekian lama dijajah, sebab tu lah ia diberi nama Istiqlal yang bermaksud "Kemerdekaan" dalam Bahasa Arab. Masjid terbesar di Asia Tenggara ni boleh memuatkan sehingga 120,000 orang dalam satu masa. Uniknya, Arkitek Masjid Istiqlal adalah Frederich Silaban, anak kelahiran Sumatera beragama Nasrani. Hmmm .. ini Kunjungan kali ke 3 Misz-ella ke sini. Nak tau betapa cantik dan besarnya Masjid ini? Mintak tolong Mr. Google ye kawan-kawan. 




Depan Masjid ada Gereja Katedral yang cantik senibinanya


Kita ambik gambar kat luar je

Lepas tu kita check-in di Favehotel, di Jalan K.H. Wahid Hasyim. Jalan dimana terletaknya banyak Hotel seperti Hotel Ibis Arcadia, Hotel Ibis Tamarin, Hotel Cemara, Hotel Akmani, Hotel Maxone Sabang, Hotel Grand Cemara. I have stayed in a few hotels here. Misz-ella suka duduk sini sebab dekat mahu ke mana-mana. Ke Hard Rock Cafe di Plaza Indonesia, ke Sarinah Dept Store jalan kaki sahaja. Di jalan ini juga ada McDonalds 24 jam ~ lengkap dengan 2 Komputer dan Free Wi-Fi. Ada orang panggil jalan ni Jalan Pelancong sebab ramai pelancong suka duduk di Jalan ni.

Rehat sekejap dan bersiap. Muka penat gila nak taruk bedak pun malas. Kitorang ramai-ramai jalan kaki ke Sarinah Department Store sebab kat situ ada Food Court. Nak cari "light food" ler kononnya.

Ini namanya "Skoteng". Skoteng ye kawan-kawan .. bukan skodeng. Skoteng ni sejenis manisan bersusu dalamnya ada kacang. Ada rasa manis dan rempah-rempah sikit.


Lepas tu kami jalan kaki ke Plaza Indonesia ~ Satu lagi tempat yang Misz-ella suka sangat pergi kalau ke Jakarta. Jakarta is a safe city. Misz-ella pernah jalan kaki berdua dengan Kak Nani pada waktu malam kat sini dulu. I love Plaza Indo. Selalunya kat sini i akan beli "perfume" sebab harga kat sini jauh lebih murah dari di tempat kita. Lepas tu, kat tingkat atas ada "Jolly Time" ~ Kedai jual Popcorn beraneka warna dan rasa. Best!!

Lepas tu kita balik dan berkemas sebab esok kita kena terbang pulang. Sedih dah masa ni. Sedih sebab kami harus pulang meninggalkan semua yang indah disini. Bak kata anak-anak buah Misz-ella .. Mula-mula sampai rasa macam tak best .. rasa macam nak cepat balik ke KL .. bila dah duduk lama-lama rasa best ..sedih pulak nak balik. Balik hotel, bersihkan diri dan zupppp .. terus terjun katil. Perghhh .. selesa gila katil kat Favehotel .. boleh tidur 3 orang. See you all next morning ya. Bye.

5 comments:

Izwa Kamaruddin said...

syokkk syokkk!~

safurara said...

lama jugak akk g sana kan.lebih 5 hari

Unknown said...

banyak nye gambar2 cantik..
kat sana sejuk ke kakchik??ke sama je macam cuaca kita panas 2..
sebab tengok gambar macam awan berkabus je..macam sejuk je kat sana..

Akak Kembang said...

Alin pun ddk Aston Braga ms bos belanjer dululah..hehehe..hotel dia selesa..

azieazah said...

YA... Dataran Monas tu best, sebab berangin cuma ramai sangat pondan cari makan kat situ.

Masjid Istiglal tu pelancung pun bebas masuk tak tutup aurat pun.

Sarinah tu popular sebab banyak jual pakaian muslimah dan tudung, tapi I still rasa ianya mahal.