Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

Jakarta-Bandung Entry Last

Entry last untuk Trip Jakarta-Bandung. Disebabkan terlalu kerap ke Jakarta-Bandung, kadang-kadang Misz-ella ada rasa tak nak pegi sana lagi. Rasa je sebab lepas tu balik-balik muka ku di sana. Serasi kot Misz-ella kat sana ye? Hehehe. Sebenarnya its not easy for me to prepare Entry Trip ni. Misz-ella kena ambik gambar kat sini sana .. ada yang dari FB KY, ada dari FB Hakeem .. ada yg dari FB Aiman. Kalau tak kuat semangat .. memang takkan buat la Entry Trip  Jakarta-Bandung ni. Tapi atas dasar rasa ingin berkongsi .. penat-penat pun ku redah aje.  Alhamdulillah .. entry ini sudah sampai ke penghujungnya. Yeszzz!!



Favehotel Jalan K.H. Wahid Hasyim - Hotel kami di hari terakhir.  Keluar hotel ke kiri jalan kaki lebih kurang 10-15 minit kita akan jumpa Kompleks Tanah Abang.  Ke kanan jalan kaki dalam 10-15 minit kita akan jumpa Plaza Indonesia, tempat shopping golongan elit di Indonesia.  Masuk kena scan dulu ye .. diaorang takut kita bawak bom. Hehehe.

Ini budget hotel ye. Lebih kurang RM180 semalam termasuk sarapan untuk dua orang. OK la bilik dia tapi bukan semua 'gratis' disini. Nak 'shower cap' kena bayar .. nak itu ini perlu wang. Mintak 'hair dryer' tak ada. Air panas dalam bilik pun tak ada. Nama pun budget hotel.

OK la keluasan bilik hotel kat sini ~ tak besar .. tak kecik. Sederhana.


I panggil The Pink Hotel sebab i.d. hotel ni banyak yang pink kaler.  Breakfast disini sangat 'basic' ye ~ Satu nasi dan dua lauk, telor, roti dan buah ~ Belas ringgit untuk dewasa dan lebih kurang RM7.50 untuk kanak-kanak.

Yang ni ialah buffet breakfast di Aston Braga

Carrot soup ye Dini?

Ada Sushi jugak. Aston Braga ni kiranya 4 star la dekat Bandung. Tu yang buffet breakfast dia meriah.

See. Besar dan banyak pilihan, kan.

Ada Free Computer ber Wi-Fi kat lobby. Favorite spot bujang dua orang ni.

Beg beranak adalah situasi biasa kalau ke Jakarta-Bandung. Datang jutawan, balik muflis. Auwwww .. sopink tak ingat dunia!!

Lobi hotel Aston Braga

Minum kopi sebelum tidur adalah amalan biasa Misz-ella. Orang kata kalau minum kopi nanti susah tidur.  I oke je sebab i akan melenjan diri siang hari supaya malamnya boleh tidur dengan lena . Ada Circle K 24 jam sebelah Favehotel. Perghhhh .. bestnya boleh beli kopi.

Jangan habiskan duit tau.  Sila ketepikan Rp150,000 untuk bayar Airport Tax masa nak balik nanti or else you will end up like one Indian man that we met at our next Check In counter. Menjerit-jerit marah petugas kaunter tu sebab tak nak bayar Airport Tax. Haiyoyo .. sungguh tak pro la you. Malu ok bergaduh kerana Rp150,000 (lebih kurang RM45)

Sepanjang di Jakarta, Misz-ella guna Elf 15 seater yang disewa dari Vico of Griyamobil. Harga dia ok, tak mahal. Kalau berminat u ols email dia di griyamobilkita@gmail.com. Di Bandung, Misz-ella guna Van Pariwisata yang disewa dari Hayuka Bandoeng. Kalau berminat add Hayuka Bandoeng di FB dan berhubung dengan Yus. She will give you the quotation. A day before they will email or sms you the driver's name. OK dah habis cerita. Dah tak ada apa nak cerita lagi rasanya. So lepas ni kita cerita pasal lain pulak ye. Bye kawan-kawan. Mekaseh baca entry saya.

KY, Hakeem, Aiman .. thanks for the photos.







13 comments:

faraherda.razalan said...

Wah!! Bila baca last entry ni, mcm sy lak yg bercuti ke sana. Mmg enjoy betul la. Mmmm...terpk2....ade ke kesempatan sy nak ke luar msia ni eh? hehehehe!

ain zulkarnaind said...

mak datuk.. byk btol beg nyer kc

Mrs.Critical Thinking said...

hi kak, i'm yr silent reader.

oh my rm180 for a budget hotel is waaayy too expensive!! budget hotel range should be between rm80-rm120. Just my 2 cent :)

Mama Zharfan said...

besh baca entry KC at bandung ni ;)

Ztee_Azwanis said...

tp tk suka hotel yg biliknya tkde karpet huhu sejuk !!!

wahida said...

mak aiii...byknya beg...mmg shopping sakan namanya tu...

Sukma said...

teruja jer...nanti kalau nak pergi nak kena nie...

Unknown said...

kakchik..biasa kalau kakchik pi makan angn gini bab2 basuh baju cemana??dobi eik??kalau kat bandung kat mana??ke simpan je ??heheh

Dr K said...

hahahha..tergelak besar saya baca caption " Dtg jutawan, balik muflis" tu! beranak anak beg ..;P

Nieda Ramly said...

Hotel bajet tapi mahal juga tu..tapi hiasannya cantik banget sih!

el said...

dah mcm tune hotel..nak tu nak ini kena bayar hehehe
tp siyes bilik dia sgt comel :)

tony transport bandung said...

Assalamualaikum Wr.Wb. Tuan / Puan

Kami menawarkan kereta yang baik dan selesa untuk sewa dengan pengalaman dan pemandu mesra dalam mengendalikan pelancong.

Jika anda mempunyai sebarang soalan, jangan teragak-agak untuk menghubungi saya melalui e-mel atau sms panggilan.
Hubungi kami Bilangan +62 858 6137 8328 ( Whats app bersedia ) atau email: tonybandung@smartfren.blackberry.com

Free & Eazy Program Tour (up to you)

Kereta + Pemandu + Parking + tol + makan pemandu ( semua dalam pakej)

Kereta Taip Daily/14 hour

Suzuki APV ( 7seat ) Rp 425,000

Toyota Avanza ( 6seat ) Rp 425,000

Toyota Innova ( 7seat ) Rp 600,000

KIA Pregio ( 10seat ) Rp 650,000

Isuzu Elf ( 11-15 tempat duduk ) Rp 750,000

Isuzu Elf Long 16 tempat duduk IDR 950,000

Mengenai untuk pengesahan tempahan kereta kita perlu maklumat penerbangan anda / nombor atau nama hotel di mana anda tinggal di Bandung. Kami percaya pelanggan kami. Apabila anda mengatakan bahawa tempahan kereta untuk tarikh tertentu disahkan, maka ia disahkan. Kita tidak memerlukan wang pendahuluan . Sila ingat bahawa Kami akan menjemput anda jika anda mengatakan bahawa tempahan kereta disahkan.

CALL / hubungi / sms / whatsapp / konsultasi percuma : +62 858 6137 8328
telefon office : +62 8888 9177 00
WhatsApp : +62 858 6137 8328
pin blackberry : 30D1 82F0
email: tonybandung@smartfren.blackberry.com

Ayung bandoeng said...

Salam sejahtera tuan/puan semohga senantiasa semua di berikan kesihatan dan di murahkan rezeki nya (amiin) . Kami disini nak menawarkan sewa kereta tuk (bandung/jakarta city tour) bagi sesiapa tuan/puan yg dah ada plan tuk bercuti di bandung/jakarta dan memerlukan kereta untuk transportasi semasa di bandung/jakarta boleh WASAPP sahaja dekat number ni : +6289619522797 atau EMEL: ayunk.hayukka@gmail.com FB: ayunk hayukka (untuk lebih detail nya) Dijamin kami bagi harga yg sangat berbaloi & service yg terbaek/layanan 5bintang ***** (insha allah) mohon maap tuan/puan apabila ada ayat yg kurang berkenan dalam promotion yg kami tawarkan ..

Nb:yang lebih mahal banyak yang lebih murah pon ada,tp kami jamin yg terbaek tetap HAYUKKA BANDOENG (insha allah) jom jom bercuti di bandung murah jer TERIMAKASIH :)