Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

Melayan

I'm sure as a Mother .. the best thing in the world is bila dapat melayan kehendak Anak. Bawak dia pergi mana dia nak pergi .. masak makanan kegemaran dia .. dapat penuhi impian dan permintaan dia. Hepikan kita bila tengok anak hepi. Bahagia kan kita as a mother? Ke ada mak yang tak ada rasa? Ada ke? I dont think so. 


Aiman spend his time with me more than his father. Father dia sibuk. Balik kerja buat kerja lagi. Ahad pun bizi. Kalau Aiman nak apa-apa, nak pegi mana-mana .. itu Misz-ella punya kerja. Tapi tak apa .. saya bahagia. He was trained from his earlier days to follow wherever i go. Masa umur dia 4-5 tahun, Misz-ella bawak dia gi Salun, bawak dia gi Jogging. Ke mana saja Misz-ella akan bawak dia. Tak pernah Misz-ella tinggalkan dia dengan sapa-sapa. Dia peneman yang setia. Sampai sekarang, dia akan temankan Misz-ella ke mana-mana melainkan jika dia ada hal. Sometimes he will act as my Assistant. Sambil drive .. Aiman tolong jawab SMS mama. Misz-ella sebut dia tukang taip. Semua kegiatan Misz-ella, sapa bestfriend Misz-ella .. sume dia kenal. Pasword handphone Misz-ella pun dia tau. Masa kecik, dia selalu kena ejek Anak Mak oleh kawan-kawan. Tapi dia tak kesah. Syurga bawah tapak kaki mak, katanya. Misz-ella doa satu je .. Harap-harap Aiman akan bertemu pasangan yang boleh menjaga Aiman sepertimana mama jaga Aiman sekarang. Harap-harap mama akan jadi Mak yang sentiasa membahagiakan Aiman. Harap-harap bila mama jadi Mak mertua nanti, mama akan jadi mak mertua yang disayangi. Kadang-kadang kita tengok situasi rumahtangga orang kita jadi takut. Bila kawan cerita mak mertua dia camni, camtu .. Misz-ella mula berdoa .. harap-harap aku tak jadi la mak mertua yang macamtu .. yang menyusahkan anak menantu dan cucu-cucu.

Dah puas jalan-jalan, meh kita mandikan kereta. Sian dia bekerja kuat membawa kami ke sini sana. Tuannya mandi tiap-tiap hari .. dia sesekali. Sesekali ok la .. dari tak mandi langsung, kan. Hihihi.




12 comments:

ct cheery said...

haha..hope aiman dpt wife yg baik dan setia mcm dia..in sha allah

Unknown said...

sy pon nak mcm nih nnt..

Sukma said...

tinggi harapan mak...
dapat anak yang tinggal jauh dari kita...

Hajjah Noraini @Nanie said...

AsSalam KC,

Soalan KC, Ada mak yang tak ada rasa? Ada ke?

Ada belambak, mak yang buang anak, mak yang kongkong anak utk kepentingan diri, mak yang mendera anak kerana bosan dgn kehidupan, paksa anak kawin ngan org kaya, paksa anak bercerai dan berbagai2 lagi..
Pentas dunia utk mengambarkan antara baik dan buruk.

Misz-ella said...

@Auntie Marina .. betul jugak, kan. Ada jugak mak yang macam auntie sebutkan tu. Harap2 Kc tak macam tu la auntie.

Kniedaz said...

Saya pun berdoa agar saya jadi mak mertua yang baik..yang tak mengganggu anak menantu dalam hal rumah tangga..semoga Aiman sentiasa menjadi anak yang baik kc..saya juga berharap anak-anak saya begitu

Kakcik Seroja said...

Kita sentiasa ingin dan doakan yang terbaik buat anak2 kita. Kalaulah boleh diaturkan, biarlah semuanya yang elok2. Tapi kita tak tahu apa yang akan terjadi kemudian nanti... (pendam rasa hati ini...)

munna said...

seronok kan KC.... tak sabar pulak tunggu anak munna besar....

azieazah said...

2 kali jumpa AIMAN, tak hairan lah dia disebut anak mak. Tapi dia sangat setia, sangat prihatin. Susah nak cari anak lelaki yang rapat mak dia macam Aiman. Sesuai nama Aiman Tak Kisah. hehehe

Dah lama tunggu cerita yg fokus tentang Aiman, akhirnya...

ummi_khalish said...

assalam kakchik..semoga Aiman sentiasa menjadi anak yg soleh yg menyejuk hati kedua ibubapanya..juga buat anak2 dil..sejuk hti tengok aiman ni..:-)

Ztee_Azwanis said...

aiman anak yg baik... org baik akan bertemu jodoh dgn yg baik insya allah kc :))

Anonymous said...

betul tu, kena ikutkan kdg2 anak ni !