Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

Satu Hari Misz-ella Berkenduri

Alhamdulillah. Tertunai sudah hasrat di hati untuk buat Kenduri Kesyukuran/Doa Selamat buat Aiman.  Bermula dari Aiman ditimpa kemalangan pulangnya dari sekolah pada 25/6/2012 .. segala urusan buat Aiman dipermudahkan Allah SWT. Aiman ditemui Cikgu sekolahnya yang membawa dia ke Klinik dan bila Aiman menunjukkan symptom-symptom yang memerlukan rawatan lanjut, Aiman dibawa Cikgunya ke Hospital Sg. Buloh.  Prosedur Hospital berjalan lancar. Dari Wad Kecemasan hinggalah ke Wad Neurologi. Hanya Allah SWT yang tau perasaan Misz-ella saat dimaklumkan Aiman perlu dibedah untuk mengeluarkan darah beku di kepalanya. Saat menurunkan tandatangan di Borang Persetujuan, saat mengiringi Aiman ke Dewan Bedah, saat menunggu Aiman di luar Dewan Bedah, saat menunggu Aiman sedar selepas dibedah, saat di 'update' oleh Para Doktor ... semuanya Misz-ella lalui dengan penuh debaran. Ahli keluarga, saudara mara dan para sahabatlah penguat semangat Misz-ella. Misz-ella cekalkan hati. Misz-ella berjanji pada diri sendiri takkan menangis sepanjang Aiman berjuang untuk dirinya sendiri. Hanya bergenang airmata sebak terharu saat bersalaman dengan kalian yang datang memberi sokongan. Hanya menitis airmata syukur saat Doktor khabarkan Aiman telah melepasi tahap kritikalnya. Sesungguhnya Allah SWT itu Maha pemurah. Pesanan Misz-ella, Redha lah kita bila diduga. Jangan rasa kita malang kerana Allah SWT tidak pernah kejam pada hambaNya. Andai kita bisa redha, In Sha Allah .. ganjaran yang manis balasan Allah SWT buat kita. In Sha Allah.

Masih terbayang, Aiman salam dan cium pipi Misz-ella sebelum dibedah. Aiman tukar bajunya sendiri sebelum dibedah. Aiman yang masih sedar dan menyahut bila namanya dipanggil Doktor sebelum dibius. Aiman anak Mama yang mewarisi semua kekuatan yang Mama ada. Aiman yang mewarisi sifat penyayang yang ada di dalam diri Mama. Aiman yang tidak pernah kedekut dan berkira seperti Mamanya. Aiman yang disenangi ramai. Aiman yang pandai mengambil hati orang-orang disekelilingnya. Mama doakan yang baik-baik untuk Aiman. Amin.

OK. Ini cerita tentang kenduri. Bermacam peristiwa terjadi sebelum kenduri. Hanya ahli keluarga rapat tau dan memahami perasaan dan emosi Misz-ella ketika itu. Tq mom, dad, brother-sista for the support. Alhamdulillah .. segalanya berjalan lancar. Allah SWT permudahkan urusan kami. 

Masa 'booked Canopy' 5 hari sebelum Kenduri, i didn't ask Canopy macamana Hafiz nak bagi dan disebabkan harga Canopy kosong dan ber scallop tak jauh beza, Misz-ella setuju bila Hafiz syorkan Misz-ella ambik Canopy ber scallop.  Bila ditanya scallop warna apa .. Misz-ella jawab Biru sebab terbayangkan baju melayu biru Abah Aiman dan Aiman. Bila canopy siap dipasang, Aiman kata .. Ma .. birunya sama macam Baju melayu Aiman *senyum*. Ye la Aiman .. tak sangka sama ye.  Masa order mama tak tanya pun light or dark blue.  Mama tak tanya pun Canopynya Arabian Style or Pyramid Style.  Tq Hafiz for the lovely Arabian Style Canopy. Misz-ella happy even terpaksa korbankan sedikit dahan pokok mangga depan rumah yang mengganggu.

For those of you sekitar Kuang-Sg Buloh yang sedang mencari Canopy, sila call Hafiz di 019-3444674.  Bagitau je dapat tau dari Blog Kak Ella. Harga dia OK. Servis dia tersangat la OK.  



15 jenis kueh mueh dihidang buat tetamu. Hanya Red Velvet dan Agar-agar Laici yang dirancang Misz-ella selebihnya sumbangan ahli keluarga, para sahabat dan jiran tetangga.  Alhamdulillah ... rezeki tetamu Misz-ella dapat makan juadah yang banyak, enak dan sedap.

Banyaknya makanan hinggakan 12 kaki Buffet Line tak muat dan Misz-ella terpaksa sambung dengan Buffet Line kepunyaan Misz-ella sendiri yang panjangnya 6 kaki. Alhamdulillah .. rezeki tetamu.

 Penang Pasembur yang dibuat jiran Misz-ella Kak Ani.

Tepung Pelita jiran Misz-ella Noor-Sani yang bagi. Kueh Karipap dan Kueh Kasturi sumbangan Az jiran belakang rumah. Puding kawan Misz-ella bagi. Agar-agar warna warni diberi Kak Ti, jiran depan rumah. Terima kasih banyak-banyak.

10kg Kari Daging yang kami masak sendiri. Alhamdulillah .. tetamu suka.

Sambal Tumis Ikan Bilis, Sambal Goreng Sayur kami masak secara berjemaah. Jiran sepakat membawa berkat.  Keluarga yang kuat ikatannya membawa bahagia.  Alhamdulillah .. Syukur Misz-ella dikurniakan jiran yang baik dan ahli keluarga yang rapat. Allah SWT pemurah. Dia beri kita rezeki dengan berbagai cara dan inilah salah satu dari nya. Syukur.

Red Velvet dari Kek Nipis, Talam Berlauk dibuat KY, Seri Muka dan Tepung Pelita Ika bawak.  Kueh Bom yang sedap tu Mama bagi. Buah tembikai adik bagi. Alhamdulillah ... rezeki tetamu Misz-ella petang itu.


Pukul 2:30 petang  ~ Sepupu Misz-ella dari Selayang.  Jiran depan, jiran tepi dan jiran belakang.  Bestfriend Aiman Syafeera, Cikgu Aiman dan orang Surau yang baru habis baca doa. 

My sister Aishah dan adik ipar kakak Misz-ella @ adik angkat kami Jijai sedang 'refill' nasi. Satu tong penuh tu dah habis so mari kita tambah lagi. Tetamu lapar dan sedang menunggu.

Kakak Ipar saya Kak Ngah & My Sister KY. Kita bancuh air dalam besen, tuang dalam Botol pastu gi refill kat depan. Tq KY and Kak Ngah. Tq my jiran Cik Maryam Bibi bagi tumpang ruang untuk kami bekerja. Tq jugak kat Maryam yang turut sama buat kerja di belakang rumah hingga jam 1 pagi.

 Bila kita bekerjasama, yang berat jadi ringan. Yang susah jadi mudah.  Syukur Alhamdulillah dengan kasih sayang dan ikatan kekeluargaan yang rapat antara kami. Misz-ella, Ida ~ adik ipar Kak Yang (KY), Kakak Misz-ella KY, Kak Ngah my kakak ipar, adikku Aishah dan Ika. I'm sad when my stepmother Mama Ida tak dapat datang cos of her last minute commitment  tapi i percaya .. Allah SWT ada perancangannya yang tersendiri untuk kita. Ika overnight at my house dan hanya pulang pada Ahad malam. Tq Ika.  Menjelang tengahari Ahad, rumah dah siap dimop, kain lap pinggan dah siap dibasuh, kain lapik kaki dah berjemur. Syukur Alhamdulillah dengan kesihatan yang baik dan kekuatan Anugerah Allah SWT yang membolehkan kami berganding bahu menjayakan Majlis ini. My adik beradik and family .. I Love You. My jiran-jiran .. Dah 3 kali Misz-ella berkenduri sepanjang tinggal di taman perumahan ini dan semuanya kita jayakan bersama. No Catering. No order-order. Sayang korang sangat-sangatlah. 

Geng-geng GHMB ~ Wani, CT, Fiza dan Alin. Misz-ella terharu dengan kesungguhan Wani dan CT yang sanggup meredah jalan drive sendiri kerana asben masing-masing bizi. Nasib baik tak sesat. Korang memang best!

Belakang tu Abg Yon dan Kak Yon, rakan Blogger Misz-ella. Sumpah i missed them and i feel so happy when they came.  Kak Zana, Yanti Bedak Sejuk nun jauh di meja belakang.

 Sejujurnya .. i feel very closed with this Group cos we communicate with each other all the time .. selagi our Mobile Data ON. Banyak perkara kami kongsi bersama. Sedih, suka duka, tips kecantikan, kongsi resepi. In this group, i'm the eldest. Kc sana .. Kc sini. Hai la adik-adik .. Kc sayang korang semua ketat-ketat dan ketat sangat-sangat.




Blogger Alin Marlini, Kakcik Juariah dan Dato' Abdullah serta Datin Aishah. Dari jauh mereka datang memeriahkan Majlis ini.  Tq Dato', Datin, Kakcik, Abg Mus, Alin dan suami.  Moga ukhuwah ini berpanjangan sampai bila-bila hendaknya.






Kata Kakcik Juariah di FB - sedap sungguh makanan hidangan kenduri. Kalau tak malu, mau kakcik mintak bungkus bawak balik. Kata Kak Yon, sedap sungguh lauk pauk dan hidangan yang kami masak sendiri sampaikan air sirap tu pun sedap.  Alhamdulillah .. memang niat Misz-ella dan famili mahu tetamu pulang dengan rasa gembira dan hepi. Gambar dari FB Kakcik. Ella pinjam ye Kakcik. Tq.




Azza, Noor Sani dan Kak Ti yang menyinsing lengan membantu Misz-ella di dapur bermula jam 9 malam hingga 1 pagi sebelum kenduri.  Konsep Jiran Sepakat Membawa Berkat masih kami amalkan di perumahan kami.  Alhamdulillah. Gambar dari FB Falin. Tq Lin.



Hanya  Blackpepper Roasted Chicken yang ditempah. Gambar dari FB Falin. Tq Lin.

My Auntie Cik Ah @ Datin Fahimah Yaacob dan suami, Dato' Muhamad Noor Yacob. Uncle dulu KSU kat Kementerian Pembangunan Wanita dan Keluarga, Cik Ah dulu orang kuat Bank Negara. After retired from Govt, diaorang merantau ke Switzerland dan Singapore and now back to Malaysia for goods. Betul kata Cik Ah .. benih kasih sayang yang disemai nenek moyang kami sedari dulu merapatkan hubungan kami generasi demi generasi. Tq Cik Ah and Uncle.  Walau bizi .. tetap datang meraikan Kenduri Ella. Kami terharu dan hargai.

 Wah .. khusyuknya korang dengar cerita Kc. Hihihi.

 Ztee .. Mek Kelate yang manis dan anaknya Likha yang comel, My darling Fiza, CT, Wani, Alin dan Atie.  Atie datang dari jauh .. Wan Haryani tak dapat datang cos husband dia kena attend last minute operation, Aieda adik gebu Misz-ella dah balik masa ni. 

 One thing that i missed is tak puas sembang dengan diaorang. I was packed with the guests from 2-7pm even kenduri sepatutnya berakhir jam 5 petang. Alhamdulillah .. 80% yang dijemput datang. Yang tak dapat datang, its because of diaorang ada hal. Tak ape. Ada jodoh kita jumpa di lain masa ye.

 Walau jarang jumpa, kasih sayang kami tetap kuat. Strong binding within us buatkan kami sokmo 'excited' when one of us hosting an event. Bila salah seorang dari kami 'hosting an event', masing-masing mula memujuk sang suami agar sudi accompany para isteri ke majlis. Masing-masing beranak kecik maka haruslah sang suami menjadi Driver mereka, kannn.

Ztee,Thanks for the souvenir from Disney. Adik-adik Kc .. thanks datang memeriahkan Majlis Kc. Kc sayang korang ketat-ketat dan ketat lagi. Ketat sampai takmo lepas ok. Hihihi.


My anak buah Puteri yang comel ~ Mama Udaaaa .. i love you. Mama Uda sibuk lagi ke? Meh la kita ambik gambar. Menjelang Maghrib, tetamu sume dah tak ada, muka Misz-ella pun dah 'berlemuih' dek minyak muka baru dapat layan dia. Mama Uda miss you Puteri. Sapa la saya tanpa anak-anak buah kesayangan ini?

Buat semua tetamu Misz-ella pada hari itu .. baik rakan ofis, rakan aerobik Meru 3, jiran lama, rakan Blogger, rakan FB, saudara mara dan jiran tetangga Tq ya. Even jemputan hanya dikeluarkan 7 hari sebelum kenduri, kesungguhan mereka untuk datang sangat Misz-ella hargai. Buat semua yang menyumbang tenaga, makanan dan sebagainya .. Terima kasih banyak-banyak. Moga Allah SWT membalas jasa baik kalian semua.

Berakhir sudah sebuah Majlis yang indah. Seindah hati dan setenang perasaan Misz-ella saat mahu mengadakan Majlis ini. Impian Misz-ella masa tu adalah mahu sebuah majlis yang manis dan seringkas mungkin yang mendekatkan silaturahim sesama kita. Terima Kasih Allah kerana menunaikan impian saya. Terima Kasih.

12 comments:

Anonymous said...

meriahnyer KC..tumpang gembira !

Farah Deeb said...

Huhu sian gambo den tak hado hahaha.. tapi takper as long sume dah berjalan dengan sempurna kann.. alhamdulillah!

kasihibu said...

Alhamdulillah berkat kenduri tu
yang membaca pun terasa meriah dan seronoknya

Dr K said...

Alhamdullilah..berjalan lancar majlis tersebut...meriah nampaknya..makanan sedap2.....bagus jiran yg membantu ni...tak perlu duduk di kampung, tapi dpt suasana kampung..tu yg best..hihihih

Anonymous said...

meriahnya

huhu kalau tau sampai pukul 7 tina dtg jgk, ni sebab ingat dah lambat tak jadi pergi wlupun dah siap time tu

takpelah takde rezekilah nampak gayanya

Kakcik Seroja said...

Alhamdulillah semuanya berakhir dengan baik. Terima kasih kerana mengundang. Semua makanan yang kakcik jamah memang super duper sedap.

Kak Yon tu blogger Pangkin Nenek ya? Rugi kakcik tak berkenalan dengan dia...

ellynadyra said...

amboi meriahnya....segalanya nampak meriah!

azieazah said...

Syukur, dengan niat yang ikhlas jujur pasti akan mendapat pengakhiran yang baik juga. Alhamdulillah.

Unknown said...

meghiahnye kueh mueh tu...hehe

Sheherazade said...

Alhamdulillah dpt dtg,sorry xdpt cit cat lame2

dtg mkn je

@deeb alaaa mak mcm mane blh xjumpe ni,hehe

yanamib said...

mmg meriah kenduri kc...semoga apa yg dihajati dimakbulkan Allah swt..insyaAllah.. :)

Mama Damia said...

gmbr kita tkde pn..thanks kc jemput eja..siap dpt berkat lg..