Sambung Entry Cameron Highland Kami Datang haritu. Pergi Sabtu lepas kerja balik Ahad ~ 2H/1M jer. Isnin Aiman cakap ~ Ma .. i miss Cameron. Forget it Aiman .. i hate the jem. But i miss Cameron too. Next time ye Darling. Kita ajak diaorang semua ~ that's my promise to Darling Aiman.
Breakfast kat Tanah Rata. Sarapan Pagi Tosei, Nasi Lemak dan Capati ~ Hahaha .. Tekak very the Melayu, hoccay. Ingatkan duk kat tempat sejuk korang nak English Scone. Melayu tetap Melayu lah. Bangga siot jadi Melayu. Ehhh .. tetiba!! Hihi.
Lepas sarapan kita discuss. Nak gi Barat Plantation or Both Plantation? Last-last we decided to went to Boh sebab Bharat kita dah biasa. OK jom. Perjalanan naik bukit jalan sempit dan berliku nasib baik tak da yang muntah. Tahan lasak korang eh.
Dah sampai
Aiman and cousins dalam kereta masa dalam perjalanan. Korang comellah!
Mana lengkap hidup Misz-ella tanpa anak-anak
Pendakian ke puncak Ladang Boh Sg Palas dibantu oleh kasut Clark shining yang Darling Fita hadiahkan for me. Comfort gila kasut ni. Tq Fita Darling. U always remember me wherever you go eh. Kita kawan dari sekolah sampai sekarang .. moga persahabatan kita kekal sampai bila-bila.
At the Top
Dah naik kena la turun balik. Yeahhh .. mari kita turun secara berjemaah. Hati-hati tau .. pegang 'railing' tepi tu .. Ya Ampunnn .. bukan main bising mulut Misz-ella menghantar 'reminder' pada anak-anak semua.
They are cousins. Bertuahnya diaorang dapat membesar bersama. When i was at their age, i didn't get the same chance. Misz-ella hanya membesar dengan adik beradik .. terpisah dari saudara mara yang jauh duduknya. We only meet occasionally. My doa is agar diaorang kekal rapat sampai hari tua .. menyambung benih kasih sayang yang kami semai dari awal usia mereka lagi. In Sha Allah. Amin.
Scone di sini RM6.50 Sekeping.
Lepas tu konon-konon nak bawak anak-anak jalan-jalan lagi tapi traffik jem di Cameron Highland tersangatlah menyakitkan. So balik Hotel, makan Icecream Stoberi dan berkemas sahajalah kita.
Nak turun melalui Tapah. Masih perlu tempuh jem sebelum sampai Tanah Rata.
Berhenti makan tengahari di Kak Yan Corner @ Food Court Tanah Rata. For those of you yang mencari Souvenir, Baju Sejuk or Watsoever .. cari la di Kedai yang betul-betul sebelah Kak Yan Corner ni ya. Harga jauhhhh lebih murah dari Pasar Malam. Hewwwww .. tah apa-apa tah rega kat Pasar Malam tu.
Masih sejuk dan berkabus pada jam 2:30 petang. Gigil-gigil kitorang ok. Tadaaaa .. diaorang sudah mula ber 'sweater' seperti saya. Tapi yang hok Misz-ella kawe beli kat Jakarta bulan 10 dulu, yang diaorang beli kat CH jer. Murah ok kat Kedai yang Misz-ella sebutkan tadi.
Ladang Stroberi Al-Masyoor .. lagi best melawat Stroberi kat sini dibanding yang ladang stroberi kat luar-luar tu. Disini lebih tenang, aman dan 'privacy'.
Ehhhhh .. gambar udah tidak tersusun. Alif Hakeem dan Sarah Ardinie with Stoberi Ice Cream di Al-Masyoor Stoberi Farm.
We always love Cameron, even sudah berkali-kali kami ke sini. Nak datang lagi .. Nak datang lagi. Bukan sekarang ye tapi nanti-nanti. Lepas makan kitorang turun ikut Tapah. Banyak tanah runtuh sepanjang perjalanan so pemanduan haruslah berhati-hati. Sempat jugak we all singgah beli Petai dan Durian Hutan. Sedap sungguh Durian Hutan yang dijual Orang Asli. Pastu singgah kat Kolam Air Panas kat bawah tu .. rehat dan bersolat before we shoot back to to KL. Actually ada banyak lagi gambar .. tapi rasanya cukup-cukuplah.
Alhamdulillah for another quality time spend with the whole family. Ada 2 lagi Percutian pada bulan 12 haritu yang belum Misz-ella tulis di Blog ini. Will do. I will definitely do untuk dijadikan Kenangan kami sefamili. Ok lah. Got to go. Mekasih baca Entry saya. Bye.
10 comments:
kngh dah lama tak naik cameron. las naik ms adief umo 4-5 bulan gitu...
jom detim pi cameron kakchik! hihi :p
Dah lama betul kakcik tak jejak CH...
hahahah..sarapan tose kat CH! Teringin la pulak....:P
lame tak jejak CH..
Dah berbelas tahun Aina tak gi Cameron.
dh sgt lamaaa me tak gi CH...windu...
mem nyer yg x. tahan tambahan hari cuti sek...tp best kan..
tak pernah ku jejaki CH...hu hu hu..
wahhh..seronoknyer holiday kat CH... =)
salam kenal..ila follow sini
Post a Comment