Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

Orang Dia. Orang Kita.

Bila duduk dengan Orang Dia dan Orang Kita .. boleh nampak beza keduanya.

Orang dia bila salah tak kesah cakap 'My mistake. Sorry'

Orang kita walau salah macamana pun tetap belit ber Kung-fu Tai-chi.

Orang dia walau kaya tetap merendah diri.  Orang kita kaya sikit dah pandang orang lain sengkek dan sebelah mata. Hurmmm .. Kaya dunia, bukan jaminan masuk Syurga.

Tak pe. Ada mata pandang, ada telinga dengar. Yang baik jadikan teladan. Yang buruk jangan jadikan ikutan. Dari dulu sampai sekarang i still believe kita hidup macam rantai yang berpaut sesama sendiri dan saling memerlukan. Jangan pandang sengkek atau rendah pada orang lain. Tup-tup esok-esok orang yang kau perlekeh tu tolong kau, camna?

Helloooo hari Rabu. I'm missing home already.  Tadi bawak Minah Canada jalan-jalan pusing KLCC naik 'buggy'. Walau penat, tetap rasa best dapat buat orang hepi. You happy i happy also you know. Trust me that making each other happy is responsibility. Trust me make people happy is a therapy. Paling penting, pahala ganjarannya bila kita buat orang gembira.

OK dah. Nak tido. Esok nak bangun pagi. Tq read my entry. Bye.




3 comments:

azieazah said...

Setuju seratus peratus!

Bila kita buat orang lain happy, automatik kita pun happy.

Dan sangat pedih rasa hati, bila orang pandang kita sangat sengkek. Kita rasa terhina macam kita ni tak layak jadi kawan dia. Mentang-mentang dia kaya.

Tapi... lama-lama fikir. Lantak dia lah. Ramai lagi kawan yang lain!

:: Mrs.Eady :: said...

betul kak..

Kesuma Angsana said...

setuju sgt tu !