Hmmmm .. Al-kisahnya Misz-ella dah lama jadi Korean Mania. Zaman Winter Sonata, Hotelier, Autumn in My Heart pastu Full House dan sekarang Lee Min Ho hero pujaan hati anak gadis masa kini. Hero Korea pujaan hati saya sudah semestinya Bae Yong-Joon hero Winter Sonata yang tinggi lampai, hidung mancung, mata sepet berkaca mata yang buat hati Misz-ella cair you. Perghhhh .... gatal sekejap bila tengok orang handsome. Tehehehe. Sapa tak kenal Bae Yong-Joon sila gugel sendiri ye.
The Great Doctor, The Inheritors, Your Lady, That Winter The Wind Blows, The Strange Housekeeper, dan banyak lagi antara Drama-drama Korea yang tengah 'running' kat Channel 133 dan Misz-ella pun layan jugaklah kalau free.
Terfikir tak? Terfikir tak? Kenapa orang suka sangat tengok Drama Korea compare to Drama Thai, Filipina, Indonesia dan yang lain-lain?
For me Korean drama is a successful product of marketing.
Kalau kita tengok cerita dia, pelakonnya sume cantik-cantik dan hensem-hensem - they promote klinik kecantikan dorang thru this.
Baju yang dorang pakai lawa-lawa, ada gaya - they promote Korean fashion. Kualiti gambar cantik dan paling penting, pemandangan dalam every scene adalah sangat cantik!! Penonton boleh jatuh cinta dengan Korea hanya dengan menonton dramanya sahaja. Tengok rumah-rumah dia, jalanraya dia, sekolah dia, pokok-pokok cantik dalam cerita, tengok je terus rasa nak terbang ke sana, kan. I seriusly think they promote their products and Country through Drama. Ce tengok, only Samsung handphone digunakan dalam setiap cerita, only Korean car drive by the people in the drama, tak da Mercs or BMW yang melambangkan kemewahan dan ke elitan orang kaya raya seperti dalam filem dan drama di Malaysia ni ha. Asal kaya je Mercs, asal kaya je BMW, kat Korea kaya raya pun keretanya tetap Made in Korea.
Kesimpulannya, Korea sangat bangga dengan produk keluaran mereka and they
blast it out thru their drama. Their music .. perghhhh mak-mak pun hanyut dan download lagu Korea ok .. their fashion menjadi ikutan ramai, their beautiful places and Klinik pembedahan kosmetik dorang yang canggih dan berteknogi tinggi itu, their Samsung handphone yang dikatakan Samseng oleh Cik Epal sampai berlaku insiden 'See You In Court'
Dengan promosi 'All-Out' mereka thru their drama yang telah menyebabkan Korean Mania, tak heran lah produk-produk mereka diterima dunia. Malaysia, macamana, tak nak letupkan barangan buatan Malaysia melalui filem dan drama je?
10 comments:
saya pon suka je tengok drama korea... dan juga drama cina...
suka sbb cerita dorang x laa meleret mcm drama melayu..indon....
sama la..suka layan cita korea sbb jalan cerita dia tak sama ngan cita melayu or inggeris..diaorang kreatif la buat drama & byk idea..plus pelaon pun comel & hencem..memang best la.
Assalamualaikum,
Jom pi korea main salji hu hu hu hu
Itulah keajaiban The Korean. Dari negara mundur, terus boom! Betapa geniusnya kan KC?
Betol tu kakcik..nekcik mmg dari muda tak brape nak minat citer citer mlayu ni...sorri about that...sekarang ni mula mula tumpang anak nengok..tapi akhirnya terus terjebak...uols perasan tak drama korea ni pnuh pngajaran untuk anak anak dan kita juga...cara mereka mnghormati nenek nenek..ibu mertua...sangat kurang sepak terajang dan penampar..jerit jerit. ..mmg best...kbsw 24 jam...org sana pun baik baik kan
sis dah tgk lum the heirs sampai abis?best kan..kat blog sy ada tepek link..bosan2 leh tgk balik..hihi
jepun korea..semua gitu.. tapi jepun dah takde idea fresh.. sekarang saya pun agak gila nak belajar bahasa korea.. tapi malas..hahaha..
saya tak minat cerita Korea..hehe tapi lagu2 Korea ada la satu dua yang saya minat..berdrama sambil mempromosikan negara, memang terbaik..
tk pnh suka cite korea.. tkthu knp hehe
Dalam rumah kami, semua anak perempuan adalah giler Korea. Lagu, filem, muzik... semua.
Semua drama depa download, sampai Kak Azie pun ikut terjebak. Tak cukup kat channel KBSW, tak sabar tunggu pengabisan citer, download lak dari web korea.
Ahhhh Kim Tan!
Post a Comment