Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

Jumpa Kawan Baru dekat Restoran Mee Ketam

Satu hari Rabu, saya jumpa kawan baru. Bukan sorang tapi ramai. Yeayyy .. SUKA. SUKA. SUKA. Lokasi pertemuan :- Mee Ketam Seksyen 7, Shah Alam. Motif pertemuan :- Personal and business talk. Echewahhh .. ayat ke main korporat. Korporat la sangat. Hahaha.


The famous Mee Kari Ketam kat Seksyen 7, Shah Alam. Lokasinya belakang Unisel, masuk ikut jalan belakang Shell.  Unisel tu tepi main road je but if u come from Pusat Bandar Shah Alam, eh .. eh .. tak yah cite lah. Sekarang telefon masing-masing udah canggih, ada Waze, ada Google Map, sila tanya Encik Gugel ye korang.

Rasa Mee Ketam? Ermmmm .. boleh la tahan sedap sayangnya we ask for Ketam Nipah tapi dah habis katanya even Restoran baru je bukak. Ohhhh sedih, kecewa tapi sib baik la Ketam yang datang ada isinya .. if not .. hampa, kecewa tak tau nak cakap apa.  Rasa Kari lebih kepada Ala-Nyonya, bukan rasa Kari Melayu or Kari Mamak tapi sayang tak da Sambal kosong if not Misz-ella bagi 8/10 je. Alamakkkk .. pasaiapa tetiba kau dah macam Juri MasterChef je wahai Ella oiii .. Tehehehe.


Yeahhhhh ... licin sudah dikerjakan oleh Misz-ella.Percaya tak i never cook Ketam even i like it very much? Sebenarnya kan, kita tak tau camna nak siang ketam tu *tutup muka malu* hehehe. Sebab tu kita tak penah masak ketam.  Masa mula-mula kawin dulu lagi teruk, siang ayam pun tak tau, so kita beli ayam yang dah siap potong dalam tray jual kat Pasaraya tu je.  Ada sekali tu asben beli ayam sekor buh dalam peti ais. Seminggu kita buat tak tau. Then asben tanya .. apsal tak masak ayam tu ... masa tu baru la mengaku .. i tak reti siang ayam sebenarnya. Tehehehe . Tapi sekarang dah senang, ambik sekor suruh dia timbang dan siang. Balik basuh dan masak je, easy, right.

Yana, Ellina, Salina dan Mawar. Diaorang ni sume Misz-ella panggil The Green People cos background diaorang 'landscape'. Pensyarah landscape, Arkitek landscape, Misz-ella sorang je Tukang Kebun u alls, tu pun kat tanah sekangkang kucen Cik Yam jiran sebelah tu ha *tanah depan rumah lerrrr*

Motif perjumpaan ialah bertentang mata setelah berminggu Whatsapp together-gether, sambil bincang bisnes kecik 4 digits kitorang nih.

By the way, saya sangat gembira dapat kenal awak-awak semua.  Awak-awak semua sekarang telah masuk dalam senarai orang yang selalu buat S4 saya ting tong ting tong all the time. Whatsapp Ladiesbeez namanya. Seronok oke dapat teman 'chatting' macam dorang nih. 

Misz-ella kenal adik-adik manis ni melalui Yana *yang pakai spekmata tu*. Yana ialah blogger dari blog Saya Nak Cerita.  Gi arr baca blog dia. Boleh tahan best and for those nak tengok what she write about Vietnam, Sila la terjah ye sebab group ni baru balik dari sana. Yana ni pulak, pembaca blog Misz-ella dan kebetulannya kawan seasrama dengan Yanti si Bedak Sejuk my bestfren tu ha. Alolo keciknya dunia.

Newspaper cutting tentang Restoran Mee Ketam.  Sapa lum cuba sila lah cuba, try test ye. RM9.50 semangkuk i'm sure you wont regret punya lah.

Hoho Gambar curik.  Ni konfem Yana punya kerja. U takbaik tau .. ambik gambar curik camni tetiba buat i perasan glamer ala-ala retis you.  Al-kononnya femes sangat la, kan and Paparazzi tengah ambik gambar curi i la tu. Tehehehe .. sori Yana, Kak Ella gurau.

Sambil makan sambil bincang projek 4 digit sambil dorang ambik Rempah Kambing Panggang Istimewa.  Tak sampai seminggu lepas tu Mawar cakap OhMy Rempah Kambing, SEDAPNYAAAAA  .. i nak lagi 10 pack boleh? WahWahWah .. lawan tokey si Mawar nih. Hehehe. By the way, its so true that the Rempah is so sedap.  Lain rasanya dari Kedai-kedai yang charge GST tu tau.  Tak sama .. yang ni lebih kepada citarasa Asia, sangat sesuai untuk tekak Melayu Asli Sejati macam Misz-ella dan Mawar lagi best, bukan sahaja dia try kat Kambing dia dah try kat Chicken wing jugak and so meletops rasanya dia kata, sampai tak sempat nak ambik gambar tengok-tengok Chicken wing tinggal bekas je.  So buat yang berminat nak try, test dan cuba Rempah ni, sila e-mail Misz-ella di kakchik_ella@yahoo.com.  Harga masih tetap RM14/250gm boleh perap 1kg Lamb Shoulder dan berpuluh-puluh Chicken wings katanya. Meh. Meh beli.  Sambil makan sedap, sambil jimat berbelanja. Sapa cakap good quality food perlukan belanja besar? Perlu makan di Restoran 5 star mahal-mahal dan kena bayar GST?  Hmmm .. ok-ok .. panjang lak promosinya. Nak 'chiao' dulu, sok-sok kita sembang lagi ye kawan-kawan. Bye.













3 comments:

Kniedaz said...

wah KC, ada geng bisnes ya..semoga maju jaya..

Izwa Kamaruddin said...

aaaa...sedap nyer!

Ztee_Azwanis said...

kite bila lak nk jmp???